Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 30hb Oktober 2014  

Dunia Buku : Perkamusan Melayu
Bersama Unit Sastera


PERKAMUSAN Melayu Teori dan Amali tulisan Dr Ibrahim Ahmad membincangkan leksikografi atau penulisan kamus berdasarkan prinsip ilmu metaleksikografi iaitu penyelidikan leksikografi.


Topik yang jarang disentuh ahli bahasa negara ini dibincangkan pengarang terbabit dalam enam bab dan boleh menjadi alternatif kepada sumber rujukan bidang berkenaan yang selama ini menggunakan sumber dari Barat.

Perbincangan mengenainya mengambil kira perkembangan perkamusan Melayu di Malaysia, perkembangannya dalam konteks Indonesia dan Brunei Darussalam kerana tiga bahasa itu adalah variasi bahasa Melayu daripada induk yang sama.

Bab 1: Perkamusan dan Leksikografi: Suatu Pengenalan mendedahkan konsep perkamusan secara ringkas dengan rumusan sesuai dijadikan rujukan kerana mengandungi kata-kata sesuatu bahasa yang disusun mengikut abjad, diberi makna dan keterangan lain.

Bab kedua buku ini pula membincangkan perkembangan perkamusan Melayu berdasarkan analisis tipologi atau sistem klasifikasi bahasa berdasarkan ciri fonologi, tatabahasa atau leksikal untuk menentukan jenisnya.

Bab ini turut menilai kedudukan perkamusan Melayu dalam proses memartabatkan leksikografi Melayu di pentas dunia selain perbezaan dan sejarah kamus ekabahasa, dwibahasa dan pelbagai bahasa yang membabitkan bahasa Melayu turut diberi perhatian.

Pengarang turut memberi perhatian kepada sejarah perkamusan Melayu dalam bentuk dwibahasa yang mempunyai kedudukan penting dalam konteks tamadun kerana berada di tengah-tengah era Kebangkitan Eropah.

Contoh kamus dwibahasa terawal ialah A Chinese Vocabulary of Malacca Words and Phrases Collected between AD 1403 and 1511 yang dihasilkan sebelum kedatangan Portugis ke Tanah Melayu,.

Selain itu, daftar kata 426 Itali-Melayu yang disusun pengembara Itali, Antonio Pigafetta yang mengembara bersama-sama Ferdinand Magellan pada 1522, iaitu Vocaboli De Quedti Popolo Mori.

Kamus pelbagai bahasa pula diterbitkan seawal 1603, membabitkan bahasa Melayu, bahasa Madagascar, bahasa Arab dan bahasa Turki susunan Frederick de Houtman; membuktikan perkamusan Melayu berdiri sama tinggi dengan perkamusan Barat.

Buku ini turut menampilkan bab yang membincangkan perkamusan Melayu dalam proses kodifikasi bahasa, pencerakinan maklumat linguistik dalam kamus Melayu, isu perkamusan Melayu dan masa depan perkamusan Melayu.

Penulis buku setebal 183 halaman terbitan Penerbit Universiti Malaya (UM) yang berharga RM25 senaskhah ini. turut mengambil kira dilema dalam penyusunan kamus Melayu.

    (Sumber : Berita Harian   (19/01/2007) )

 
Dikemaskini pada 5 Jul 2012
: 5036017
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12055065120550651205506512055065120550651205506512055065120550651205506512055065 
Hari Ini 1189
Semalam 1058
Minggu Ini 5318
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 40448
Bulan Lepas 41037
Semua 12055065

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 29/10/2014