Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 1hb Ogos 2014  


DBP anjur Pertandingan Monodrama Johor 2007  

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan menganjurkan Pertandingan Monodrama Johor 2007 sebagai usaha menyemarakkan seni dan sastera di negeri itu khususnya generasi muda mendekati teater.

Antara objektif pertandingan termasuk melahirkan karya dan pementasan drama berkonsepkan monodrama menerusi skrip dan mesej pementasan yang mempunyai nilai baik dan bermutu, selain memupuk bakat baru terutama remaja dan anak muda dalam konsep pementasan drama mini sedemikian.

"Ini penting sebagai laluan dan pengalaman ke arah penghasilan pementasan drama dan teater yang berskala lebih besar dan secara tidak langsung dapat menambahkan kegiatan pementasan teater dan drama daripada kumpulan sedia ada di Johor.

"Penganjur menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM10,500 untuk pelbagai kategori," kata Pegawai Perancang Bahasa DBP Wilayah Selatan, Rusdi Abdul Rahman.

Rusdi berkata, pementasan teater mini berkonsep monolog ini digerakkan DBP Wilayah Selatan sejak 2005.

"DBP Wilayah Selatan pernah mementaskan enam teater mini berkonsepkan teater monolog yang semuanya dipentaskan di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan. Semua pementasan digerakkan kumpulan teater generasi muda Johor seperti judul Nilai Maruah, Langkah Kiri dan Kahwin Lagi? oleh kumpulan Red Cactus, selain Naluri oleh kumpulan Tari Alif serta Alur Sesat dan Jiwa Bangsa oleh Kumpulan Kesuma I Johor Bahru.

"Pertandingan untuk musim 2007 bakal diadakan April ini, iaitu buat julung kalinya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Johor, Majlis Teater Negeri Johor dan Persatuan Penulis Johor.

"Syarat dan borang penyertaan boleh didapati di Kuanter Pengawal, DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 1 Mac ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 07-2358802 atau 07-236 8282 atau emel: e-mel:
rar@dbp.gov.my," kata Rusdi.

Penyertaan hendaklah dialamatkan kepada Urus Setia Pertandingan Monodrama Johor 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, No. 1 dan 3, Susur Dato Muhd Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru (u.p: Rusdi Abdul Rahman). 

 (Sumber : Berita Harian   (03/01/2007) )

 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 4779387
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11937382119373821193738211937382119373821193738211937382119373821193738211937382 
Hari Ini 70
Semalam 557
Minggu Ini 3691
Minggu Lepas 8743
Bulan Ini 70
Bulan Lepas 37087
Semua 11937382

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 25/07/2014