Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Isnin, 22hb September 2014  

DBP Usaha Lahirkan Penulis Pelapis Melalui Program Pembinaan Penulis

Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sedang berusaha melahirkan seramai mungkin penulis pelapis sepanjang tahun 2007 sejajar tiga objektif utama sastera iaitu memaksimumkan jumlah penulis dan khalayak, memperkayakan produk sastera serta melahirkan ilmuwan atau pengkritik dalam bidang tersebut.

 

Pada tahun ini, sebanyak enam (6) bengkel penulisan telah dirancang pelaksanaannya melalui program pembinaan penulis dan pemupukan bakat sastera yang akan dilaksanakan secara konferensi dan praktikal. Semua bengkel akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh dan tempat yang ditetapkan penganjur.

 

Tiga genre difokuskan bagi tujuan tersebut, iaitu cerpen, novel dan skrip drama adaptasi karya sastera. Bagi mencapai matlamat dan justifikasi pelaksanaan bengkel, Jabatan Sastera telah melantik beberapa orang pembimbing yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing untuk berkongsi ilmu mereka dengan para peserta. Antara pembimbing yang dilantik ialah Zaharah Nawawi, Mohd Faizal Musa (Faizal Tehrani), A. Wahab Hamzah, Zakaria Ariffin dan Marlenny Denerwan.

 

Bengkel yang akan dilaksanakan adalah Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda, Bengkel Penulisan Untuk Bakal Pesara, Bengkel Penulisan Skrip Drama Adaptasi, Bengkel Penghayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif, Bengkel Penulisan Cerpen Pelbagai Kaum dan Bengkel Penulisan Karyawan DBP.  

 

Setiap bengkel, penyertaan hanya dibuka kepada 20 orang peserta sahaja. Setiap peserta bengkel cerpen dikehendaki menghantar cerpen sepanjang antara 6 hingga 8 halaman dengan saiz aksara 12 point Times New Roman ditulis jarak dua baris, peserta bengkel novel diminta menghantar sinopsis novel masing-masing sepanjang 5 halaman dan peserta bengkel penulisan skrip adaptasi perlu menghantar skrip yang pernah dihasilkan untuk dinilai oleh pembimbing dan penganjur. Penyertaan dibuka kepada warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengikut kumpulan sasaran. Setiap peserta dikehendaki mempunyai e-mel, bagi kemudahan menjalani bimbingan susulan. 

 

DBP menyediakan pembimbing, tempat penginapan dan makan minum sepanjang bengkel dilaksanakan. Penyertaan adalah PERCUMA.

 

Penyertaan dibuka mulai 15 Mac 2007. Penyertaan serta penghantaran cerpen, sinopsis novel dan skrip drama hendaklah sampai di meja urus setia sebelum 15 April 2007. Maklumat lanjut pelaksanaan program serta borang penyertaan boleh diperoleh melalui laman sesawang www.dbp.gov.my. 

 

Permohonan menyertai bengkel serta pengiriman cerpen, sinopsis novel serta contoh skrip drama hendaklah dihantar kepada:

 

                                    Urus Setia,

                                    Program Pembinaan Penulis / Pemupukan Bakat Sastera

                                    Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan

                                    Jabatan Sastera

                                    Aras 22, Menara DBP

                                    Peti Surat 10803

                                    50926 Kuala Lumpur.

 

Atau hubungi melalui telefon / e-mel : Mohd Zamri Hj. Abdul Hamid zamri@dbp.gov.my (03-21482558) Abdul Aziz Ibrahim aazizib@dbp.gov.my (03-21482567) Fatin Suraya @ Wati Hashim suraya@dbp.gov.my (03-21482614) Rafidah Ramli aj_rafida@dbp.gov.my (0321482623).   

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

PROGRAM PEMBINAAN PENULIS / PEMUPUKAN BAKAT SASTERA

BAHAGIAN PENGEMBANGAN SASTERA KEBANGSAAN, DBP

 

 

Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda

·          Terbuka kepada semua warga negara Malaysia berumur di antara 18-35 tahun.

·          Semua penulis karya kreatif dari kalangan peserta peraduan dan penulis-penulis muda yang pernah menghantar karya ke DBP untuk pertimbangan penerbitan adalah dialu-alukan.

·          Pemilihan peserta adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam menghasilkan karya kreatif yang akan dinilai oleh pembimbing dan pihak urus setia.

·          Peserta perlu mempunyai e-mel dan boleh berinteraksi dengan pembimbing untuk bimbingan susulan selepas bengkel.

·          Setiap peserta dikehendaki mengirimkan biodata diri, gambar dan salinan karya (untuk dinilai).

 

Bengkel Penulisan Untuk Bakal Pesara

 

·          Terbuka kepada semua warga negara Malaysia / penulis berumur 45 tahun ke atas yang masih bekerja di sektor kerajaan dan swasta atau telah bersara;

·          Pemilihan peserta adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam menghasilkan karya kreatif (cerpen).

·          Peserta perlu mempunyai e-mel dan boleh berinteraksi dengan pembimbing untuk bimbingan susulan selepas bengkel.

·         Setiap peserta dikehendaki mengirimkan biodata diri, gambar dan salinan karya (untuk dinilai).

Bengkel Penulisan Skrip Drama Adaptasi

 

·          Terbuka kepada semua warga negara Malaysia / penulis  berusia di antara 18 – 40 tahun;

·          Pemilihan peserta adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam menghasilkan karya kreatif yang pernah tersiar di media, terutamanya  yang pernah memenangi hadiah atau anugerah atau apa-apa sahaja bentuk pengiktirafan karya kreatif seperti peraduan cerpen remaja, hadiah cerpen kanak-kanak dan sebagainya.

·          Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai pengalaman menulis skrip drama.

·          Setiap peserta dikehendaki mengirimkan biodata diri, gambar dan salinan karya (untuk dinilai).

 

Bengkel Penghayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif

 

·          Terbuka kepada semua warga negara Malaysia / penulis karya popular di seluruh negara.

·          Pemilihan peserta adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam menghasilkan karya popular (novel) yang pernah tersiar di mana-mana penerbitan.

·          Penyertaan adalah dihadkan kepada 20 peserta sahaja.

·          Setiap peserta dikehendaki mengirimkan biodata diri, gambar dan salinan karya (untuk dinilai).

Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum

 

·          Terbuka kepada semua warga negara Malaysia dan para penulis pelbagai kaum dari IPTA, IPTS, maktab perguruan dan persatuan penulis yang berumur di antara 15-45 tahun.

·          Pemilihan peserta adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam menghasilkan karya kreatif (cerpen) yang akan dinilai oleh pembimbing dan pihak urus setia.

·          Penyertaan adalah dihadkan kepada 20 peserta sahaja.

·          Setiap peserta dikehendaki mengirimkan biodata diri, gambar dan salinan karya (untuk dinilai).

Bengkel Penulisan Karyawan DBP

 

·          Terbuka kepada semua penulis karya kreatif dari kalangan staf Dewan Bahasa dan Pustaka.

·          Pemilihan peserta adalah berdasarkan kepada pencapaian dalam menghasilkan karya kreatif yang akan dinilai oleh pembimbing dan pihak urus setia.

·          Penyertaan adalah dihadkan kepada 20 peserta sahaja.

·         Setiap peserta dikehendaki mengirimkan biodata diri, gambar dan salinan karya (untuk dinilai).

...klik di sini untuk Borang

...klik di sini untuk Jadual Pelaksanaan Program

 
Dikemaskini pada 7 Nov 2008
: 4928962
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  12001679120016791200167912001679120016791200167912001679120016791200167912001679 
Hari Ini 979
Semalam 701
Minggu Ini 1680
Minggu Lepas 6615
Bulan Ini 28099
Bulan Lepas 36268
Semua 12001679

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/09/14