Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 23hb Oktober 2014  

Sumbangan Malaysia demi bahasa melayu

APAKAH kepakaran yang Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim panjangkan dalam pengajaran bahasa Melayu di Singapura? Mereka menulis buku teks bahasa Melayu untuk persekolahan dan menjemput pakar rujuk dalam bidang bahasa dan pedagogi dari Malaysia termasuk saya. Kami menghasilkan pelbagai jenis buku teks bermula sekolah rendah hingga sekolah menengah, selain bahasa Melayu peringkat permulaan, lanjutan dan tinggi. Saya sudah mempunyai hubungan rapat dengan Kementerian Pendidikan Singapura dan pernah diundang mengajar tatabahasa kepada guru sekolah, selain turut dijemput memberi kuliah mengenai sebutan bahasa baku. Singapura mengamalkan sebutan baku jauh lebih baik daripada Malaysia sehingga media massa terutama radio menggunakan bahasa dan sebutan baku. Kita pula menerima pada prinsipnya, tetapi tidak mengamalkannya.

Apakah sasaran yang diletakkan Singapura dalam pengajaran bahasa Melayu?

Mereka hendak mengajar bahasa Melayu baku yang terbaik sehingga menjemput pakar dari negara jiran. Sasarannya agar pelajar di sekolah lulus dalam mata pelajaran itu dan menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dalam konteks penghasilan buku teks, unsur kenegaraan dan nilai murni turut dimasukkan, selain keutamaan kepada aspek bahasa, sebutan dan tatabahasa. Mereka memperakukan sumbangan ahli bahasa dan linguistik dari Malaysia kerana usia yang lebih tua, sekali gus menyebabkan Singapura dan Brunei Darussalam menoleh ke negara ini untuk mendapatkan pakar. Saya sendiri turut membantu Brunei Darussalam dengan menulis buku tatabahasa dan buku teks tingkatan 1 hingga 5. Penggunaan bahasa Melayu di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam boleh dikatakan sama dan seragam manakala Indonesia mempunyai lenggok tersendiri.

Apakah rujukan yang digunakan Prof Emeritus Nik Safiah untuk pengajaran
bahasa Melayu di negara berkenaan?

Saya menggunakan Tatabahasa Dewan untuk rujukan di Singapura dan Brunei Darussalam, sekali gus menyebabkan buku teks tiga negara itu lebih kurang sama. Hal ini baik kerana keseragaman bahasa terkawal di negara terbabit. Barangkali Indonesia dan Selatan Thai berbeza disebabkan mereka tidak menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu di Selatan Thai lebih mirip pada bahasa Melayu Pattani yang dekat dengan loghat Kelantan.

Apakah yang dapat kita pelajari daripada pengajaran bahasa di Singapura
dan Brunei Darussalam?

Kita dapat mempelajari kekayaan perbendaharaan kata kerana perkembangan bahasa Melayu mempunyai corak tersendiri. Bahasa Melayu Brunei ialah dialek bahasa Melayu yang kaya dan agak tua. Contohnya, sistem kata ganti namanya menarik dan kaya seperti `biskita' yang bermakna untuk kita dan awda, iaitu kependekan daripada awang serta dayang. Di Singapura, kita boleh belajar ungkapan khusus bagi bahasa Melayu Singapura.

Bukankah ini bermakna bahasa Melayu boleh diangkat pada peringkat
serantau?

Bahasa Melayu sudah diangkat tinggi dalam bidang pelajaran kerana ada bahasa yang sama untuk tiga negara ini. Saya anggap langkah ini baik untuk menuju ke arah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Asean. Meskipun ia lambat untuk dicapai kerana Asean sudah berkembang kepada 11 negara, empat negara asal Asean mempunyai bahasa Melayu yang rapat dengan masyarakat. Kita sewajarnya menyusun langkah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Asean.

Mengapakah Singapura memberi tumpuan kepada bahasa Melayu?

Singapura menyedari negara mereka terletak dalam lautan penutur bahasa Melayu sehingga mereka memilih bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka tidak mahu menonjol tanpa dikaitkan dengan soal bahasa. Meskipun urusan kerajaan dan perniagaan belum menggunakan bahasa Melayu, mereka mahu mempertahankan imej negara Asia Tenggara.

Bagaimanakah bahasa Melayu boleh berfungsi dalam konteks pelancongan di negara kita, khususnya Tahun Melawat Malaysia 2007?

Hakikat yang tidak difahami masyarakat kita ialah pelancong datang ke negara ini adalah untuk melihat keistimewaan negara kita. Mereka tidak mementingkan aspek yang sudah sedia ada di negara mereka sehingga tidak mencari disko dan hotel seperti di tempat mereka. Mereka mencari sesuatu yang tidak ada di tanah air sendiri, iaitu unsur budaya dan pemandangan semula jadi. Bahasa menjadi aspek budaya sehingga untuk memperkenalkan negara dan bangsa, kita perlu turut memperkenalkan bahasa. Bukan bererti pelancong belajar bahasa Melayu sehingga ke tahap pandai menulis karangan, sebaliknya cukup sekadar mereka pulang ke negara dengan kosa kata bahasa kita.

Bukankah bahasa Inggeris berfungsi memberi kemudahan kepada pelancong?

Konsepnya adalah jangan sampai tidak menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak dapat berhubung dan memahami kita.

Bagaimanakah penamaan destinasi dan lokasi pelancongan dalam bahasa Inggeris seperti Eye on Malaysia?

Saya rasa sedih kerana kita ghairah dengan bahasa Inggeris. Sepatutnya, nama Melayu diberikan untuk menimbulkan jati diri dan sebagai lambang kita. Mungkin penggunaan eye adalah untuk meneruskan tradisi seperti Eye on Dubai.

Apakah projek Prof Emeritus Nik Safiah sebagai Karyawan Tamu di Universiti Malaya (UM)?

Saya menulis mengenai panorama bahasa Melayu sepanjang zaman dengan melihat bentuk bahasa ini bermula zaman awal seperti melalui batu bersurat dan perubahan dari zaman ke zaman.

PROFIL
  Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim
  * Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan
  * Tarikh lahir: 17 Disember 1939
  * Pendidikan: Sarjana Muda di Universiti Malaya (UM), Singapura; Sarjana Pengajian Melayu di UM, Kuala Lumpur dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
  * Buku: Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Wanita Malaysia: Kumpulan Esei dan Ceramah (Pustaka Ilmu Raya); Bahasa Melayu: Persoalan & Pergolakan (Gateway Publishing House); Wanita Malaysia: Harapan dan Cabaran (K Publishing); Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran (Fajar Bakti) dan Laras Bahasa serta Strukturalisme Dalam Ilmu Linguistik (Nurin Enterprise).
  * Buku terjemahan: Sosiolinguistik: Satu Pengenalan/Peter Trudgill terbitan DBP.
  * Anugerah: Anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa 2001 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

     (Sumber : Berita Harian   (06/03/2007) )
 
Dikemaskini pada 4 Jul 2012
: 5019605
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12047573120475731204757312047573120475731204757312047573120475731204757312047573 
Hari Ini 735
Semalam 1042
Minggu Ini 5175
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 32956
Bulan Lepas 41037
Semua 12047573

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 20/10/2014