Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 16hb April 2014  

Berbalas pantun masih banyak kelemahan

FESTIVAL Pantun Korporat menjadi antara program tahunan badan-badan korporat seluruh negara. Antara lain, bertujuan mengajak kakitangan sektor itu mendekati bidang kesenian tradisional itu.

Saban tahun sekitar 20 pasukan berentap untuk merebut juara walaupun hadiah yang ditawarkan tidak sebesar mana. Cukup dengan sejumlah wang tunai dan piala pusingan.

Bagaimanapun, ia tetap menarik minat pelbagai badan korporat untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat serta kebolehan masing-masing.

Namun, mungkin ada perkara yang tidak disentuh dan diteliti oleh pihak yang terlibat dalam penganjuran atau peserta yang mengambil bahagian dalam festival tersebut walaupun ia merupakan perkara dasar yang sangat penting.

Dengan lain perkataan, di sebalik keghairahan peserta membeli dan menjual pantun kepada pihak lawan, banyak perkara diabaikan khususnya tentang kedudukan pantun itu sendiri.

Mereka mengabaikan banyak aspek dan ciri sesebuah pantun Melayu hingga nilai-nilai estetika dari aspek rima dan jumlah perkataan diketepikan secara tidak langsung.

Menurut pengkaji sastera tradisional Melayu, Prof. Dr. Harun Mat Piah, sebahagian besar pantun yang diketengahkan dalam festival tersebut mempunyai rima yang janggal dan ada yang tidak mempunyai rima sama sekali.

Katanya, kedudukan itu akan menjejaskan fungsi atau estetika pantun Melayu yang sememangnya mempunyai ciri yang tidak pernah berubah sejak zaman berzaman.

‘‘Agak malang ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan.

‘‘Walaupun kita akui, prestasi dan suara peserta tidak ada kecacatan, tetapi kelemahan-kelemahan ini memberi kesan kepada pantun yang disampaikan,’’ katanya ketika mengadili pertandingan akhir Festival Pantun Korporat 2007 baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan ketua panel juri berkata, pantun-pantun yang dipersembahkan juga kurang menggunakan unsur perlambangan (simbolisme).

Katanya, ia bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan.

Harun berkata, jika unsur perlambangan tidak digunakan, ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal terserlah.

‘‘Selain itu, tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga kadang-kadang pantun jenaka menjadi tidak jenaka. Ia agak lari dari tema dan istilah berbalas pantun yang sering diadakan dalam masyarakat Melayu tradisional,’’ tambah beliau.

   (Sumber : Utusan Malaysia  (22/02/2007) )

 
Dikemaskini pada 14 Jan 2009
: 4477590
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian

e-Komuniti

e-Karya

e-Perkhidmatan

e-Penerbitan

e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11771085117710851177108511771085117710851177108511771085117710851177108511771085 
Hari Ini 1249
Semalam 1374
Minggu Ini 4666
Minggu Lepas 8430
Bulan Ini 20034
Bulan Lepas 34779
Semua 11771085

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9461 (Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 15/04/2014