Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 31hb Julai 2014  

DBP terbit lagu kanak-kanak

Oleh Mohamed Farid Noh

CD permainan, karaoke pupuk cinta bahasa ibunda

KUALA LUMPUR: Kemasukan muzik dari luar jika tidak diimbangi dengan muzik tempatan akan pendatangkan masalah kepada minda kanak-kanak, kata Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Walaupun pada zaman digital ini kanak-kanak terdedah kepada pelbagai gaya hidup berkaitan teknologi seperti permainan komputer, internet, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel, mereka juga seharusnya mendendangkan lagu Melayu.

Ini supaya mereka kenal serta berasa bangga dan cinta kepada bahasa ibunda dan ia seharusnya berputik dari alam kanak-kanak lagi.

“Saya yakin, langkah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menerbitkan cakera padat (CD) Lagu Kanak-kanak Jilid 3 dapat menampung kekurangan muzik Melayu bermutu untuk kanak-kanak,” katanya ketika melancarkan CD berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Selain CD berkenaan, Rosmah turut melancarkan CD Bahasa Melayu Prasekolah Jilid 1 dan 2 serta Koleksi Puisi Bergambar Jilid 8.

Rosmah turut memuji usaha DBP menerbitkan beberapa CD interaktif serta mendedahkan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah.

“Bahan bermutu harus diterapkan sejak pada peringkat prasekolah lagi dalam usaha untuk melahirkan masyarakat modal insan kelas pertama.

“Saya percaya dengan penggunaan CD ini yang mengandungi audio, permainan dan karaoke akan mewujudkan satu bentuk pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak prasekolah,” katanya.

Katanya, selain menekankan hiburan, unsur pendidikan, motivasi, kasih sayang, patriotisme serta kemanusiaan dapat diselitkan melalui pembelajaran mereka dan ia akan membentuk jati diri yang kuat dalam jiwa kanak-kanak.

    (Sumber : Utusan Malaysia   (01/05/2007) )

 
Dikemaskini pada 30 Dis 2008
: 4778575
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11936945119369451193694511936945119369451193694511936945119369451193694511936945 
Hari Ini 190
Semalam 917
Minggu Ini 3254
Minggu Lepas 8743
Bulan Ini 36720
Bulan Lepas 64031
Semua 11936945

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 25/07/2014