Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 23hb April 2014  

 

 

 

 MAJALAH - DEWAN BAHASA

PUISI BAHASA

 Kitab Bahasa yang Terbuka
Siti Zaleha M. Hashim.

BICARA BAHASA

"Dianjungkan Seperti Payung..."
Ritah Yahya

AGENDA BAHASA

Bangsawan, Kebangsawanan dan Bahasa
Muhammed Salehudin Aman

 Gaya Bahasa dalam Bangsawanan
 Puteri Roslina Abdul Wahid

Kata Ganti Diri Nama Pertama dalam Bahasa Bangsawanan
 
Raja Masittah Raja Ariffin

Menobatkan Bahasa Bangsawan
Zaitul Azma Zainon Hamzah

Kelangsungan Hayat Kata Klasik
Indirawati Zahid

Ceritera Bahasa Istana
S. Nathesan

Tentang Bahasa Mohd. Pauzi Mahmad

Mengabadikan Bahasa Diraja Roosfa Hashim

Kepekaan Kerajaan Johor Lama Terhadap Bahasa Melayu
Ismail Salleh

BAHASA  DAN MASYARAKAT

Bahasa Bungo Masih Relevan?
Zainol Abidin Kasim

Orang Malaysia Tidak Suka Berbahasa Melayu?
 Abdullah Yusoff

Peribahasa "Raja"
Siti Suhana Mohd. Amir

Bangsawan antara Warisan dengan Kesenian
Khalid Salleh

BAHASA DAN PENDIDIKAN

Pengujian dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Yahya Othman

REAKSI BAHASA

Selamat Jalan Bahasa Melayu!
Mohamad Sofee Razak

SAYA DAN BAHASA

 BAHASA DAN PENYELIDIKAN

Prasasti Bukti Nilai Ekonomi Bahasa Melayu
Mohd. Supian Sabtu

 BAHASA DAN PERISTIWA

Memperbaharui Tekad Membudayakan Bahasa Kebangsaan
Rusdi Abd. Rahman

BUKU 

Kiasan Gaya Bahasa yang Berkesan
Aiman Marbawi

DARIHAL BAHASA

"Sir" Salman Rushdie
Ritah Yahaya

50 TAHUN KEMERDEKAAN

Legasi Tun Abdul Razak Pemersatuan Bangsa Melalui Bahasa Melayu
Abdul Rahman Arshad

SALAM DARI TEMBOK BESAR

Tembok Besar Mengeratkan Kemesraan
Habibah Mohd. Samin 

PETIKAN BAHASA

 

BICARA BAHASA

“Dianjungkan Seperti Payung  ... .”

Dalam sistem sosial masyarakat tradisional, kerabat diraja dan golongan bangsawan memiliki darjat yang tinggi, justeru dianggap berdaulat oleh golongan marhaen. Bahkan, kerabat diraja dan golongan bangsawan masih serta terus berada pada darjat yang tinggi dan dianggap berdaulat oleh golongan marhaen dalam sistem sosial masyarakat moden. Sejarah Melayu meyusurgalurkan Kesultanan Melayu Melaka, bermula dengan Raja Suran, keturunan Raja Iskandar Zulkarnain, yang dikatakan leluhur pemerintah Melayu. Bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka, kuasa pemerintahan dan pentadbiran bagi negeri-negeri di Tanah Melayu adalah dalam kalangan kerabat diraja dan golongan bangsawan. Walaupun campur tangan British di Tanah Melayu telah mengubah dan menjumudkan kuasa pemerintahan yang sedia ada, Persekutuan Tanah Melayu (kini, Malaysia) yang merdeka daripada British pada 31 Ogos 1957, masih mengekalkan sistem pentadbiran beraja, iaitu sistem Raja Berpelembagaan yang berkonsepkan trias politica, melalui sistem Demokrasi Berparlimen. 
    Dewan Bahasa Ogos 2007 memfokuskan “Bahasa dan Bangsawan” sebagai penghormatan kepada golongan diraja dan bangsawan yang menjadi tonggak dan wenang sistem Raja Berpelembagaan yang berdaulat, memayungi hak-hak istimewa rakyat jelata Malaysia selama 50 tahun merdeka. Mana-mana negeri atau negara di dunia yang berupaya mengekalkan institusi berajanya, akan dilihat istimewa, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi ini, yang nilai, budaya dan warisan tradisional yang diwarisi daripada leluhur, sukar dipelihara dan dipertahankan. Hal ini termasuklah bahasa dan variasi bahasa, sama ada bahasa istana atau bahasa bangsawan, bahasa basahan ataupun bahasa kebangsaan.
    Hatta, warisan seni budaya dan warisan tanah air oleh rakyat seperti institusi beraja, bahasa, termasuk juga warisan ketara dan tidak ketara yang lain, harus dilestarikan dan dipertahankan. Justeru, pembudayaan warisan seni budaya dan warisan tanah air yang dibudayakan dalam kalangan rakyat akan menjadi nilai tambah pada ketamadunan dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50 dengan kesyukuran dan keinsafan!

                                              
                                    Dirgahayu Wangsa, Daulat Bahasa
                                       

                                                  

                                                               Ritah Yahaya 

 


 


AGENDA BAHASA

BANGSAWAN, KEBANGSAWANAN DAN BAHASA

Oleh:  MUHAMMED SALEHUDIN AMAN


Apabila disebut bangsawan, ada dua tanggapan umum tentangnya.  Pertama, bangsawan yang merujuk kepada bentuk seni pentas dan teater gaya opera. Kedua, bangsawan dengan pengertian orang yang berbangsa, maksudnya orang yang mempunyai sesuatu keistimewaan oleh darjat sosial.
     Bangsawan  dengan pengertian seni pentas tidak lain daripada bentuk teater tradisi yang dilakonkan oleh para pelakon tanpa menggunakan skrip (dialog) tertentu.  Bahasa yang digunakan dalam kata bual bebas dan terbatas, yang terbit secara spontan tanpa dikarang terlebih dahulu. Oleh sebab kata bual tidak banyak digunakan bagi menyatakan sesuatu cerita, maka para pelakon bangsawan akan bernyanyi, berpantun dan berseloka untuk melahirkan sesuatu tujuan cerita dalam watak tertentu yang dilakonkan.
     Lakonan bangsawan dipersembahkan di atas pentas.  Ada tiga jenis pentas, iaitu pentas kecil, pentas besar, dan panggung.  Ketiga-tiga jenis pentas ini mempunyai kelengkapan alat pentas yang bersesuaian dengannya.  Misalnya, peralatan pentas panggung lebih banyak, lebih baik dan canggih daripada peralatan sesuatu pentas kecil atau pentas besar.  Peralatan pentas ini termasuklah tirai daripada pelbagai jenis dan bentuk seperti tirai kain, tirai tebuk, tirai sisi; prop yang sederhana. Karyawan yang terlibat dengan bangsawan seperti pelakon, pemuzik, yakni mereka yang terlibat dalam menjayakan lakonan cerita bangsawan dikenal sebagai “orang bangsawan.”
      Bangsawan dengan pengertian yang satu lagi ialah golongan orang yang diberikan keistimewaan oleh masyarakat kerana darjat warisannya, atau kedudukannya yang dimuliakan. Bangsawan wujud dalam sistem organisasi yang bersifat feudal. Di Malaysia, golongan diraja ialah golongan bangsawan yang dimuliakan, apatah lagi jika golongan ini mentadbir sesebuah negeri di negara ini.
    Di Tanah Jawa, golongan bangsawan dikenal sebagai “ningrat” atau “borjuis”.  Jika gelarannya “adiningrat”, maksudnya golongan bangsawan yang utama.  Dalam budaya orang Inggeris pada suatu ketika dahulu, kaum bangsawan dikenal sebagai “aristokrat”.  Dalam sistem siasah dan sosial mereka, para pemimpin atau pemerintah harus dijawat oleh kaum aristokrat ini. Golongan aristokrat ini kaya-kaya atau yang tinggi martabatnya.
    Dalam pustaka kata bahasa Melayu (dan bahasa Indonesia), terdapat beberapa banyak kata dan istilah yang bersinonim dengan kata bangsawan, antaranya termasuklah “kesuma”, “permasan”, “menak” dan simpulan bahasa “kaum atas”. Seseorang yang bukan berasal daripada keturunan orang bangsawan, dapat mencapai taraf kemuliaan seperti bangsawan kerana kedudukannya sebagai ketua negeri, atau kepala daerah.  Kedudukan yang dimiliki oleh golongan ini begitu tinggi dalam strata sosial masyarakat. 
    Oleh sebab kedudukannya yang tinggi itu, maka individu daripada golongan ini dianugerahi pelbagai lambang tertentu, sama ada yang bersifat istiadat, mahu pun yang berupa tanda-tanda pengenalan diri. Tujuannya adalah untuk melengkapkan ciri kebangsawanannya yang membezakannya dengan golongan marhaen (orang kebanyakan). Penanda kemuliaan golongan bangsawan dapat dikenal daripada cara mereka berpakaian, gaya tutur dan laras bahasa, bentuk rumah dan kata gelaran di pangkal nama mereka...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Ogos 2007 Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                          

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
: 4490011
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian
 e-Perkhidmatan
e-Komuniti
 e-Karya
  e-Penerbitan
 e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11778278117782781177827811778278117782781177827811778278117782781177827811778278 
Hari Ini 1251
Semalam 1353
Minggu Ini 4603
Minggu Lepas 7256
Bulan Ini 27227
Bulan Lepas 34779
Semua 11778278

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9461 (Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/04/2014