Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 24hb Oktober 2014  

BM - Punca Penutur guna bahasa rojak (22/07/2007)

 

Punca penutur guna bahasa rojak
Oleh Johan Jaaffar
ORANG seperti saya berkemungkinan besar membuat banyak kesilapan bahasa.
Saya mendapat pendidikan Inggeris dan banyak menulis dalam bahasa
Inggeris. Saya juga pernah menjadi Ketua Pengarang sebuah akhbar arus
perdana bahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu. Pada masa ini,
saya menjadi kolumnis untuk akhbar New Straits Times (setiap Sabtu)
selain akhbar ini, tentunya menggunakan dua bahasa yang berbeza. Saya
amat sedar kemungkinan saya menulis dalam bahasa Melayu menggunakan pola
dan gaya bahasa Inggeris atau menulis dalam bahasa Inggeris sambil
berfikir dalam bahasa Melayu.
  Kedua-duanya adalah bahasa yang berbeza dari segi ragam, nahu, struktur
ayat dan lenggok. Bahasa-bahasa itu juga dicorakkan oleh budaya yang
berbeza. Lagi pula bahasa adalah sebahagian daripada sistem budaya dan
sosial. Bahasa mencerminkan bangsa. Malah, lebih tepat lagi jikalau
dikatakan bahasa itu sebenarnya jiwa sesuatu bangsa.
  Memang sukar untuk berfikir dalam satu bahasa sambil menulis dalam
bahasa yang lain. Berdasarkan pengalaman, jikalau menulis untuk NST, saya
harus berfikir dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, sementara saya akan
berfikir dalam bahasa Melayu apabila menulis untuk akhbar ini. Dalam
kajian ilmu bahasa, terdapat konsep yang disebut code-switching. Mungkin
dalam ilmu bahasa, konsep ini merujuk pada proses pemindahan atau
percampuran unsur bahasa atau language codes antara bahasa-bahasa yang
terbabit (dalam konteks kita bahasa Melayu dan Inggeris). Mungkin bagi
orang yang menulis dalam dua bahasa seperti saya, proses ini tidak lebih
daripada sekadar menutup satu `paip' pemikiran untuk masuk ke `paip'
pemikiran lain.
  Saya percaya penutur yang menguasai banyak bahasa menggunakan kaedah
ini. "Berfikir dalam satu bahasa pada satu masa", demikianlah lebih
kurang prinsipnya. Sekiranya saya berfikir dalam bahasa Melayu, saya
tidak mungkin menulis ayat sebegini dalam salah sebuah rencana saya, "I
find it perplexing that books by an indefatigable crusader for
inter-faith dialogue are deemed disruptive to Muslims in this country."
(NST, 30 Jun 2007). Bahasa Melayu mempunyai gayanya yang tersendiri, atau
nuansa kebahasaan khusus sesuai dengan nilai dan budaya bahasa itu.
Bahasa Inggeris juga mempunyai ciri dan sifat yang khusus.
  Ada kalanya saya menyedari kesilapan saya kerana dipengaruhi oleh salah
satu daripada bahasa berkenaan. Mungkin ayat bahasa Melayu saya `berbau'
Inggeris dan ungkapan bahasa Inggeris saya agak janggal kerana pengaruh
bahasa Melayu. Kadangkala beberapa ungkapan yang saya gunakan
terang-terang adalah terjemahan literal daripada bahasa Inggeris. Malah,
saya juga pernah ditegur agar tidak terlalu `keInggerisan' dari segi
struktur ayat bahasa Melayu saya.
  Maka itu saya amat bersetuju dengan banyak hujah yang diberikan oleh
Datuk Dr Hassan Ahmad apabila beliau membentangkan kertas kerja berjudul
Kecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman dalam Seminar Bahasa Rojak
di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berakhir Khamis lalu. Seminar itu
bertujuan `untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak dalam
mencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik dalam pelbagai
situasi dan konteks.'
  Memang isu bahasa rojak ini banyak diperkatakan akhir-akhir ini. Ada
pandangan yang mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapat
dielakkan. Bahasa perlu dinamis untuk berkembang. Bahasa rojak adalah
sebahagian daripada akibat langsung `penciptaan semula' bahasa Melayu
yang dalam proses perkembangannya yang pesat. Malah, seperti juga
bahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran ragam
bahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayu
harus juga berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannya
yang meluas dan oleh pelbagai kalangan. Apa yang membezakan bahasa itu
ialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraf penguasaan pengguna atau
situasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa formal dapat
dipertahankan, memadailah.
  Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan di
media hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Pada akhirnya apa yang dianggap bahasa yang celaru diterima sebagai
pemakaian yang betul dalam masyarakat.
  Dalam kertas kerja itu, Hassan menyebutkan di antara punca utama
berlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak
mempunyai kecekapan linguistik (linguistic competence) tetapi juga
ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat (communicative
competence).
  Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak,
sering berfikir dalam atau melalui bahasa Inggeris, lantas mereka
melakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem atau struktur
bahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata.
  Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasa
Inggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yang
sama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' Bahasa
Melayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan fikiran' yang dibentuk
dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggeris
yang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cuba
digunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu.
  Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya bererti
kesalahan bahasa saja. Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapat
peraturan-peraturan bahasa, biasanya peraturan yang preskriptif, yang
tidak konsisten atau yang tidak sesuai dengan sistem bahasa Melayu yang
asli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan itu menyalahi
peraturan bahasa `asli' bahasa Melayu.
  Katanya, `orang Melayu makin lama makin tidak berfikir atau tidak
pandai berfikir lagi dalam bahasanya sendiri.' Lantas mereka menggunakan
bahasa kedua, khususnya bahasa Inggeris sebagai `bahasa fikiran' mereka
dan ini menyebabkan mereka membuat pelbagai kesalahan dalam bahasa
Melayu. Apabila `sistem' bahasa Inggeris mempengaruhi pengguna bahasa,
ayat dan kata-kata bahasa Inggeris mulai bercampur-baur dengan ayat dan
kata-kata bahasa Melayu. Apabila orang Melayu mulai bergantung pada
kata-kata leksikal dalam bahasa Inggeris, maka bahasa rojak akan
berleluasa.
  Bagaimanapun, kata Hassan, tiga perkara harus diambil perhatian apabila
kita bercakap tentang bahasa rojak. Pertama, bahasa rojak bukan bahasa
kacukan seperti bahasa Creol dan Pidgin atau bahasa Melayu pasar. Malah,
jikalau dikaji kebanyakan ayat, frasa atau kata-kata yang digunakan tidak
salah dari segi bentuk dan strukturnya. Kedua, bahasa rojak tidak
semestinya digunakan oleh mereka yang lemah bahasa Inggeris atau bahasa
Melayunya. Ketiga, bahasa rojak digunakan hanya dalam bentuk komunikasi
lisan tetapi tidak dalam bentuk tulisan.
  Jikalau begitu keadaannya, bahasa rojak masih belum terlalu serius dan
masih boleh diperbaiki. Paling penting ialah orang Melayu harus
menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikiran utamanya bagi
mengelakkan kecelaruan berfikir dan menggunakan bahasa. Beliau juga
mencadangkan agar bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah tidak harus
ditumpukan hanya sebagai sistem linguistik tetapi juga diajar sebagai
sistem atau alat pemikiran dan budaya.
  Saya bersetuju dengan beliau bahawa sekiranya bahasa rojak ini tidak
dikawal orang Melayu `akan kehilangan alat yang penting bagi kemajuan
pendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, yakni bahasa Melayu.' Kedua,
bahasa rojak akan menjadikan bahasa Melayu bahasa kacukan seperti bahasa
Creol atau Pidgin. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara harus
dipertahankan martabatnya sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sikap
keterbukaan kita untuk melihat bahasa itu maju dan dinamis jangan sampai
membenarkan ia menjadi bahasa bertaraf rendah dan dicemuh di negaranya
sendiri.
  Hassan mengingatkan penulis dwi-bahasa seperti saya akan bahayanya saya
`mencelarukan' bahasa saya sendiri.
    (Sumber : Berita Harian   (22/07/2007) )
 
Dikemaskini pada 6 Jul 2012
: 5023681
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12048936120489361204893612048936120489361204893612048936120489361204893612048936 
Hari Ini 755
Semalam 1343
Minggu Ini 6538
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 34319
Bulan Lepas 41037
Semua 12048936

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014