Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 26hb Oktober 2014  

Sekaligus atau Sekali Gus 

Saudara Ketua Editor,
  SAYA sering keliru untuk mengeja perkataan "sekaligus" atau "sekali
gus". Dua variasi tersebut banyak digunakan dalam penulisan. Ejaan
manakah yang betul? Harap dapat penjelasan dan panduan penggunaan bahasa
yang betul dan baku.
  Sekian, terima kasih.
  Muhammad Asyraf Mazlan,
  Taman Kajang Utama,
  Kajang, Selangor.
  Saudara,
  "Sekali gus" tergolong dalam kumpulan kata majmuk yang terhasil
daripada proses merangkaikan dua perkataan yang dianggap sebagai satu
unit dan mempunyai satu pengertian.
  Secara umumnya kata majmuk dieja terpisah kerana setiap unit yang
terangkai dalam kata tersebut mempunyai makna tersendiri. "Sekali"
bermaksud "satu kali" dan banyak digunakan dalam penulisan juga
pertuturan, contohnya "Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara diadakan
setahun sekali". Manakala "gus" pula bermaksud "semuanya pada waktu yang
sama". Namun, perkataan "gus" jarang atau hampir tiada penggunaannya
dalam bentuk tunggal. Apabila perkataan "sekali" dan "gus" dirangkaikan
menjadi "sekali gus" ia membawa makna baru, iaitu "mengerjakan sesuatu
atau semuanya pada waktu yang sama".
  Walau bagaimanapun, terdapat juga kata majmuk yang penggunaannya sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh. Perkataan tersebut dieja
sebagai satu perkataan, walaupun ternyata mengandungi dua kata dasar yang
mempunyai makna tersendiri. Perkataan "antarabangsa", "jawatankuasa",
"pesuruhjaya", "adapun" dan "sekalipun" adalah antara contoh kekecualian
tersebut.
  Pengirim surat ini akan menerima cenderamata istimewa daripada Klik
DBP. Hantarkan pendapat atau pertanyaan anda kepada Ketua Editor Klik
DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan
Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel:
ayu@dbp.gov.my atau faks
03-2142 2029.


 

     (Sumber : Berita Harian   (17/10/2007) )
 
Dikemaskini pada 29 Jun 2012
: 5026396
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12049913120499131204991312049913120499131204991312049913120499131204991312049913 
Hari Ini 166
Semalam 624
Minggu Ini 166
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 35296
Bulan Lepas 41037
Semua 12049913

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014