Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 1hb November 2014  

 

 MAJALAH - DEWAN BAHASA

PUISI BAHASA

 Bahasa dari Gunung
Jamaludin D.

BICARA BAHASA

Euforia dan Mensyukuri
Ritah Yahya

AGENDA BAHASA

Bahasa Kebahagian yang Sejagat
Rosline Sandai

 Ucap Selamat dalam Bahasa Perayaan
 Munif Zarirruddin Fikri Nordin

Kad Ucapan Perayaan
 
Yvonne M. Campbell

 Citra Puisi dalam Khidmat Pesanan Ringkas Lebaran
Shamsudin Othman

Kata Kunci "Aidilfitri"
 Indirawati Zahid

Jihad Bahasa yang Tidak Bernoktah
  H. Fansuri

Semarak Bahasa Melayu di Angkasa Lepas
 Mohd. Pauzi Mahmad

 BAHASA DAN MASYARAKAT

"Maaf Zahir dan Batin" dan ""Kotoshimo Yoroshiku Onegaishimasu"
Zainol Abidin Kasim

Bahasa KPR Hari Raya
 
Hasan Baseri Budiman

Beduk
Siti Suhana Mohd. Amir

Bahasa Kad Ucapan
  S. Nathesan

Media dan Bahasa  kekerasan
Jemiri Amir

Bahasa Ramadan dan Syawal
 Roosfa Hashim

Tahun 2007 Tahun Bahasa Rusia
Victor Pogadaev

 

SAYA DAN BAHASA

50 TAHUN KEMERDEKAAN

Istilah Kewangan, Perbankan dan Ekonomi
 Shariffulizan Malek

DOKUMENTASI 
BAHASA
  

Bahasa Melayu di Myanmar
Ismail Saleh 

BAHASA DAN PENYELIDIKAN

Penggandaan Berentak Berdasarkan Data Korpus
Zaidi Ismail

 DARIHAL BAHASA

Mencari Utopia Diri Ritah Yahaya

REAKSI BAHASA

 Mengangkasakan Bahasa Melayu Mohamad Sofee Razak

 BAHASA DAN PERISTIWA

Penjelmaan Akar Budi Melalui Pantun
Aiman Marbawi

BUAL BAHASA

"Bahasa dan bangsa akan hilang jika kita tidak mengekalkan jati diri."
Tan Sri Datuk Wira Aziz bin Tapa - Ritah Yahaha dan Azmi Hilman Aziz

 PETIKAN BAHASA

 

BICARA BAHASA

Euforia dan Mensyukuri

Perayaan adalah tentang euforia, bahasa kalbu yang sangat gembira. Perayaan juga adalah tentang peneguhan azam untuk memperbaik dan mengukuhkan tapak hidup yang berliku-liku. Perayaan adalah tentang penyemarakan semangat persaudaraan; persepakatan. Perayaan hadir dalam segenap sudut kehidupan manusia melalui panjatan harapan, doa dan rasa syukur.
  Kepelbagaian perayaan di Malaysia melambangkan kepelbagaian agama, budaya dan bahasa masyarakatnya yang berbilang kaum. Sungguhpun demikian, kesenjangan kepelbagaian itu dipersamakan melalui bahasa jiwa yang gembira dan semangat perayaan yang dikongsi bersama. Malaysia yang damai dan bertuah ini membolehkan kita merasai nikmat sebuah kehidupan dan anugerah sebuah perayaan yang bermakna tanpa sebarang kekangan, sama ada kita berada dalam limpahan kemewahan, kesederhanaan mahupun kemiskinan. Bayangkan mereka yang berada di ceruk lain di dunia ini yang tidak setuah kita, iaitu mereka yang dihimpit kemiskinan, kebuluran, peperangan, wabak penyakit, malapetaka, dan sebagainya yang berpanjangan. Apakah perayaan hari ulang tahun, waima hari kebesaran masih lagi bermakna bagi mereka?
 Perayaan adalah untuk memberi dan merasa. Perayaan adalah untuk dikongsi, saling mengisi dan melengkapi. Perayaan adalah untuk mengingati, menginsafi dan mensyukuri.

*  *  *

Sidang Editor Dewan Bahasa ingin melabuhkan tirai 2007 dengan memberikan tepukan sanjungan dan rakaman ucapan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang budiman dan para penyumbang makalah atas sokongan terhadap Dewan Bahasa, yang pada tahun ini sudah pun berusia separuh abad. Kami berharap apa-apa yang disajikan dalam Dewan Bahasa 2007 setidak-tidaknya berupaya menjadi weltanschauung anda terhadap bahasa dan kebahasaan. Kami ingin terus mengajak anda “Melihat”, “Menulis” dan “Membaca” tentang bahasa dan ruang lingkupnya yang cukup istimewa dan meluas melalui Dewan Bahasa yang seterusnya untuk “Memperkaya Wawasan Kita”.  “Kalau kurang ditambah. Kalau pendek disambung”.
.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Hari Natal dan Tahun 2008!

“Kita Ada Bahasa, Bahasa Ada Kita”

Ritah Yahaya


AGENDA BAHASA

Citra Puisi dalam Khidmat Pesanan Ringkas Lebaran

Oleh: SHAMSUDIN OTHMAN

Pelita dipasang penaik seri,
      Ramadhan diganti si Aidilfitri;
SMS pendek pengganti diri,
      Tanda dirimu sentiasa diingati.


Jauh mana jarak kita
lama manapun tak jumpa
di hati tetap ada
untuk lisan yang tidak terjaga
untuk akal yang tersalah tafsir
dan tingkah laku yang tidak menyenangkan
harap dimaafkan SMS ini
ukwah pengganti diri
maaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya.

Dua buah pantun dan sajak yang dipaparkan menjadi mesej penting dalam ucapan selamat bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui Khidmat Pesanan Ringkas (KPR). Ucapan melalui KPR sangat meluas seakan-akan menjadi pengganti kad ucapan hari raya yang konvensional.
Setiap kali lebaran menghampiri kita, kian banyak mesej KPR yang masuk ke telefon bimbit. Budaya KPR semakin meriah apabila pesanan yang diterima menjadi begitu indah pengucapannya. KPR yang  merupakan budaya baharu dalam penyampaian pesanan. Mudah, cepat dan menjimatkan kos. KPR yang semakin popular dalam kalangan generasi abad ke-21 ini memperlihatkan bahawa masyarakat kini dilanda budaya teknologi maklumat yang serba canggih.  Dalam konteks sosiobudaya, KPR berjaya merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan yang jauh terpisah. Pada masa akan datang, mungkin kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi seperti ini akan lebih bermakna, lebih-lebih lagi pada saat-saat yang cukup menggugah perasaan seperti kehadiran Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Ramadhan, Maal Hijrah, dan sebagainya...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Disember 2007 Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                     

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 5041378
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12057027120570271205702712057027120570271205702712057027120570271205702712057027 
Hari Ini 312
Semalam 1519
Minggu Ini 7280
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 312
Bulan Lepas 42098
Semua 12057027

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014