Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 18hb September 2014  

 

Batas perkongsian serumpun

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

DALAM kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) makna serumpun ditakrifkan sebagai satu keturunan, memiliki nenek moyang yang sama. Kamus itu turut mendefinisikan lebih lanjut serumpun sebagai segolongan besar bangsa (bahasa) yang sama asal dan jenisnya. Sebagai contoh, kamus itu menyatakan, bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dalam satu rumpun bahasa.
Maka itu sebabnya timbul istilah Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Bahasa dan bangsa adalah sama asal dan jenisnya.
Apabila merujuk kepada hubungan Malaysia-Indonesia, kedua-dua pihak, baik Jakarta mahupun Kuala Lumpur gembira dengan istilah itu, jelas tercermin apabila diulang berkali-kali mengenainya dalam apa juga persidangan, konvensyen dan seminar berhubung hubungan dua hala.
Sejarah juga menjadi sebab perkongsian istilah serumpun itu di antara Malaysia-Indonesia. Kita tidak merujuk memiliki hubungan serumpun dengan Filipina, walau negara jiran itu berada dalam rantau sama.
Sempat menemui seorang koordinator pengajian ASEAN, Institut Asia Eropah (IAE), Ruhanas Harun, beliau mengakui tidak menggemari menggunakan istilah serumpun apabila mahu menggambarkan hubungan Malaysia-
Indonesia.
Maka sebab itu, setiap kali persidangan mengenainya (hubungan Indonesia-Malaysia) beliau merujuknya sebagai hubungan ‘abang-adik’, Indonesia sering mahu berebut menjadi abang, Malaysia acapkali beralah kerana mengakui adalah adik.
Apabila wujud hubungan abang-adik, pasti timbul sikap berebut, enggan beralah, tidak mahu berkongsi dan sebagainya. Tetapi, elemen-elemen ‘kurang positif’ itu tidak sampai kepada berkerat rotan berpatah arang.
Itu juga yang terjadi kepada hubungan Malaysia-Indonesia.
Kalau serumpun itu bererti satu keturunan, ia semestinya boleh dibaca bahawa banyak perkara dibenarkan berkongsi. Dalam hubungan abang-adik begitu juga. Hukumnya, boleh berkongsi banyak perkara.
Kalau boleh berkongsi, itu pula membawa kepada satu kesimpulan – bukan menjadi satu kesalahan, tidak wajar peduli sebenarnya, jika mana-mana satu negara yang sama rumpun terbabit mengamalkan budaya warisan nenek moyang seperti persembahan tarian barongan.
Di sini juga tidak timbul soal mana-mana satu negara mencedok hak asal – seperti lagu misalnya – negara yang satu lagi, kerana akarnya ialah kesamaan berdasarkan serumpun itu tadi.
Maknanya juga, sudah pasti tiada batas dalam perkongsian jika serumpun.
Lalu, kalau kita menerima formula itu, di atas paksi kita gembira dirujuk sebagai serumpun, apa masalahnya dengan Indonesia apabila membuat dakwaan lagu Rasa Sayang itu milik mereka dan Malaysia mencedok irama terbabit?
Selebihnya, kenapa pula perlu aktivis budaya negara jiran Malaysia itu bising-bising membuat bantahan tentang tarian barongan tersebut.
Yang menjadi tidak enak ialah betapa tarian itu dan juga endang, dipanggil ‘reog ponogoro’ oleh Indonesia perlu dihentikan daripada dipersembahkan di sini atas alasan ia berasal dari negara ‘serumpun’ dengan Malaysia itu.
Kemudiannya, kita mahu bertanya di mana nilai kepentingan serumpun itu jika isu keaslian lagu Rasa Sayang, yang sempat pula menjadi perdebatan dan kemudiannya meleret kepada bantahan tarian barongan serta endang, dikaitkan seterusnya bersama soal-soal lain seperti layanan ke atas pendatang tanpa izin dan kes penderaan pembantu rumah.
Tanpa mahu merendah-rendahkan mana-mana pihak, pihak ‘adik’ sebenarnya memberi, mengalah dan berkongsi terlalu banyak dengan pihak ‘abang’. Dengan kata lain, ‘adik’ sentiasa ingin menjadi seperti serumpun serai, selubang bagai tebu. Cumanya barangkali pihak ‘abang’ yang tidak tahu menghargai erti dan kepentingan serumpun itu. Begitulah.

   (Sumber : Utusan Malaysia  (06/12/2007) )

 
Dikemaskini pada 30 Dis 2008
: 4922737
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11998255119982551199825511998255119982551199825511998255119982551199825511998255 
Hari Ini 927
Semalam 1092
Minggu Ini 4871
Minggu Lepas 10558
Bulan Ini 24675
Bulan Lepas 36268
Semua 11998255

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 18/09/14