Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 2hb September 2014  


Keratan Akhbar : Berita Harian
Tarikh : 31/01/2008 
Muka Surat : 15
Tajuk : Kemelut Komsas, Sastera Elektif SPM
Oleh : Salbiah Ani
 

ADA baiknya juga maklumat berhubung cadangan teks baru Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (Komsas) dan Sastera Elektif, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang masih pada peringkat cadangan sampai ke pengetahuan Sastera, Berita Harian, sekalipun ia menjadi isu sehingga tidak disenangi sesetengah pihak.

  Sekurang-kurangnya pembocoran itu memberi peluang kepada beberapa pihak untuk turut sama memberi pandangan berhubung karya yang wajar dipertimbangkan sebagai teks baru pada 2010 bagi menggantikan teks sedia ada dan tidak kurang kontroversinya.

  Dalam Komsas versus sasterawan, Sastera Berita Harian bertarikh 29 Januari lalu, disinggung teks Komsas menjadi isu hangat apabila senarai teks dilihat berkecenderungan mempamerkan adanya unsur pilih kasih dan berat sebelah seperti didedahkan dalam Berita Harian bertarikh 11/8/1999.

  Gelora tidak puas hati dengan senarai teks untuk Komsas ketika itu tidak reda meskipun selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Menteri Pendidikan, memberi jaminan Kementerian Pendidikan telus dalam pemilihan dan tidak berlaku salah laku.

  Ternyata gelora itu terus menghempas sehingga ke hari ini berdasarkan pada beberapa maklum balas yang diterima Sastera, ekoran pendedahan bahawa tiada karya pengarang bergelar tersenarai sebagai cadangan teks baru Komsas dan Sastera Elektif SPM, meskipun masih pada peringkat cadangan.

  Mereka yang mengikuti isu ini pada 1999, pasti masih ingat Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) melalui presidennya, Datuk Ahmad Sebi, pernah mengemukakan cadangan agar dibentuk badan khas dianggotai tokoh dan cendekiawan sastera untuk menilai karya serta panel penilai jawatankuasa teks sastera.

  Pembentukan jawatankuasa itu diyakini dapat membantu memartabatkan sastera tanah air dan mendapat sokongan daripada beberapa persatuan penulis peringkat negeri yang turut tidak berpuas hati dengan senarai teks Komsas dan Sastera Elektif SPM yang mula berkuatkuasa pada 2000.

  Tidak dapat dipastikan sama ada Pena sudah menyerahkan memorandum berhubung perkara terbabit kepada Kementerian Pendidikan seperti dijanjikan atau cadangan berkenaan terhenti selepas Menteri Pendidikan mengumumkan tiada salah laku di kalangan panel.

  Seorang pengarang yang enggan namanya disiarkan melihat matlamat memperkenalkan pengarang tanah air kepada generasi muda negara ini melalui Komsas berkesudahan dengan tragedi apabila karya pengarang asal teks tidak dibaca, sebaliknya buku ulasan menjadi rujukan utama pelajar.

  "Kesudahan dasar baru yang diperkenalkan pada 2000 ini menyaksikan bukan saja karya sastera menjadi teks tidak dipedulikan pelajar, tetapi mereka juga enggan mengambil tahu mengenai segala macam nilai dalam karya selain bergantung sepenuhnya pada buku ulasan sebagai jalan pintas untuk menjawab soalan peperiksaan," katanya.

  Lebih malang lagi apabila dasar dengan matlamat murni ini turut berkesudahan dengan kelompok tidak sepatutnya iaitu penulis buku ulasan, menjana pendapatan berlipat ganda hasil royalti daripada bahan yang ditulis berasaskan karya orang lain manakala pengarang teks asal Komsas, gigit jari.

  Tidak kurang juga yang memaklumkan kepada Sastera bahawa mereka tidak dibayar royalti oleh penerbit meskipun sahih karya masing-masing menjadi teks dan perkara ini bukan saja dilakukan penerbit kecil, tetapi juga penerbit gergasi tanah air yang sering dikaitkan dengan penerbitan berilmu.

  Sastera turut menerima maklum balas daripada guru Komsas dan Sastera Elektif SPM yang melihat reaksi pengarang bergelar sebagai keterlaluan dan dilihat mampu memudaratkan dunia sastera tanah air dalam jangka panjang jika sikap sedemikian diteruskan.

  "Pengarang bergelar tidak boleh bersikap terlalu menuntut dalam pemilihan karya sebagai teks kerana komponan ini wajib dan dibaca pelajar pelbagai kaum dengan latar budaya berbeza selain kecerdasan berlainan antara individu mahupun kelas," katanya.

  Beliau yang juga terbabit secara langsung dalam dunia penulisan kreatif tanah air, bimbang kemelut teks Komsas disalahgunakan kelompok yang suka menangguk di air keruh dan berkesudahan dengan Komsas digugurkan terus daripada Bahasa Melayu.

  "Jika ini terjadi, ia perkara malang bagi dunia sastera tanah air. Bukan saja jumlah pembaca mengecil, tetapi royalti hasil penjualan karya akan turut merosot. Sekiranya ini yang terjadi, maka pengarang kreatif perlu menyalahkan diri sendiri," katanya.

  Ketua Satu, Angkatan Sasterawan Indera, Perlis (Aksara), Abdul Ahmad, mencadangkan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, membentuk dua panel iaitu Panel Pemilih Teks Sastera dan Komsas serta Panel Penilai Teks Sastera dan Komsas.

  Panel Pemilih Teks Sastera dan Komsas dicadangkan dianggotai kalangan yang menguasai pengetahuan berhubung sejarah sastera tanah air selain dunia penerbitan sastera dan antara yang dicadangkan ialah sarjana serta pengkritik sastera.

  Panel Pemilih Teks Sastera dan Komsas bertanggungjawab mengemukakan cadangan teks untuk dinilai jawatankuasa panel kedua, Panel Penilai Teks Sastera dan Komsas, yang akan bersidang untuk menilai kekuatan dan kelemahan sesebuah teks.

  Antara tokoh yang dicadangkan untuk panel pertama ialah Ketua Satu, Persatuan Penulis Selangor (PPS), Datuk Dr Anwar Ridhwan (juga penerima Anugerah Sea Write 2002 dan mantan Pengarah Penerbitan DBP) serta mantan Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sahlan Mohd Saman.

  Keanggotaan Panel Penilai Teks Komsas dan Sastera pula dibuka kepada pengarang kreatif selain sarjana dan antara tokoh yang dicadangkan untuk panel kedua ini ialah Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said.

  "Pendekatan ini perlu memandangkan PPK tidak mempunyai pakar yang berkemampuan untuk mengemukakan teks cadangan manakala Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula tidak mempunyai kakitangan berwibawa yang mengetahui dunia dan sejarah penerbitan sastera sejak 1970-an akibat persaraan kakitangan berpengalaman dalam bidang terbabit sebelum ini," katanya ketika mengulas perkara terbabit.

  Abdul berharap PPK tidak bergantung kepada Guru Pakar Bahasa Melayu dan Guru Pakar Sastera, dalam menyemak semula teks Komsas dan Sastera Elektif SPM yang penggunaannya dijadualkan berkuat kuasa pada 2010.

  "Pendekatan yang PPK gunakan dalam proses menyemak semula teks Komsas dan Sastera Elektif SPM dalam usaha mencari teks baru dengan bergantung kepada kelompok terbabit adalah tidak bijak kerana mereka kurang menguasai pengetahuan sejarah penerbitan mahupun sastera tanah air," ujarnya.

  Abdul mengaku beliau bersamasama pakar sastera moden, Prof Datuk Dr Hashim Awang, bertanggungjawab membincangkan usaha memperkenalkan sastera Malaysia dengan Kementerian Pendidikan pada 1978.

  "Cadangan kami pada masa itu agar pelajar suka sastera dan bila perkara ini dapat dicapai maka sastera Melayu akan bernyawa. Jadi pilihlah teks yang tidak terlalu sukar bagi mengelakkan ia menjadi beban, tetapi jangan pula memilih karya yang kebudak-budakan," katanya.

  Cadangan pembentukan kedua-dua panel terbabit wajar dipertimbangkan PPK kerana dapat membantu pusat itu meninjau permasalahan yang membelenggu teks Komsas dan Sastera Elektif SPM secara menyeluruh dan mencari jalan penyelesaian lebih bijak dalam menangani kemelut ini.

 

     (Sumber : Berita Harian   (31/01/2008) )
 
Dikemaskini pada 28 Jun 2012
: 4861295
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11976053119760531197605311976053119760531197605311976053119760531197605311976053 
Hari Ini 1390
Semalam 1083
Minggu Ini 3459
Minggu Lepas 7863
Bulan Ini 2473
Bulan Lepas 36268
Semua 11976053

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 02/09/2014