Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 13hb Julai 2014  

Tanggungjawab PBT dalam pengiklanan

USAHA Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
sering kali dipandang ringan oleh segelintir masyarakat. Teguran
konstruktif tentang kesalahan bahasa waima dalam paparan, penulisan atau
pertuturan dipandang sinis dengan persepsi dangkal oleh sesetengah pihak
yang ada kalanya bersikap keterlaluan terhadap bahasa asing. Mengapakah
hal ini masih berlaku? Adakah DBP sebagai bakal "polis bahasa" tidak
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya?
Dalam hal ini, usahlah pihak yang tidak berkepentingan menuding jari
serta membuat provokasi mengesampingkan fungsi proaktif DBP sebagai badan
berkanun yang teguh memperjuangkan bahasa kebangsaan sejak setengah abad
yang lalu.
  Dalam keghaliban pencinta bahasa memperkatakan pelbagai isu yang
berkaitan dengan bahasa kebangsaan, namun kelunturan tatabahasa sosial
yang semakin berleluasa tidak ditangani secara bersungguh-sungguh oleh
rakyat Malaysia. Tatabahasa sosial yang dituturkan oleh khalayak bahasa
dari satu generasi ke satu generasi mestilah menepati konsep
ketatabahasaan yang diperjuangkan oleh cendekiawan bahasa. Hal ini
demikian kerana penyungguhan penggunaan tatabahasa sosial yang mapan
mampu menggugah khalayak dan sekali gus mengabsahkan kemanjuran
tatabahasa sosial dalam kesantunan berbahasa.
  Dunia periklanan, mutakhir ini memainkan peranan yang cukup besar untuk
menguar-uar pelbagai jenis produk sesebuah syarikat atau kempen kesedaran
kepada masyarakat. Hakikatnya, terdapat penggunaan bahasa Melayu yang
menyalahi laras tatabahasa sosial. Terdapat banyak justifikasi
berleluasanya ketirisan penggunaan laras tatabahasa sosial yang betul
dalam dunia periklanan kini. Hal ini berlaku kerana ada para pengiklan
yang masih tidak dapat memahami tahap fungsional bahasa iklan secara
komprehensif.
  Dalam kita membicarakan keistimewaan tatabahasa sosial dalam
periklanan, pihak berkuasa tempatan (PBT) seyogianya menjiwai dan
menghayati tahap fungsional bahasa iklan sebelum membenarkan papan iklan,
papan tanda, kain rentang atau sepanduk digantung untuk tatapan umum.
Secara ironi nya, PBT termasuklah pengiklan hendaklah menggunakan
pelbagai mekanisme dan kaedah empirikal yang telus dengan penggunaan
tatabahasa sosial melalui bahasa Melayu yang betul.
  Kebanyakan papan iklan, kain rentang atau sepanduk yang bergantungan di
premis atau di tempat awam menggunakan laras bahasa persuratan umum
tetapi tidaklah sebaik tahap bahasa persuratan terkawal. Mengapakah
kemaslahatan tatabahasa sosial tidak dititikberatkan? Adakah pengiklan
tidak merujuk PBT atau DBP untuk memastikan penggunaan bahasa iklan yang
tepat? Mengapakah PBT begitu mudah membenarkan mana-mana syarikat untuk
mempamerkan iklan mereka dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak
tepat? Dalam hal ini, PBT seyogianya mengambil langkah yang berkesan
untuk mewujudkan sinergi yang baik antara PBT, pengiklan, dan DBP.
  Meneliti Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah
Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam,
pegawai-pegawai PBT harus peka dengan penyataan "mewajibkan penggunaan
bahasa kebangsaan yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah
dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan
pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penamaan di
tempat awam (jalan, kawasan perumahan, premis perniagaan dan lain-lain)
dan sebagainya". Persoalannya, masih kedapatan papan tanda atau papan
iklan awam yang mengagung-agungkan bahasa asing melebihi bahasa
kebangsaan. Apakah istilah bahasa Melayu yang disusun oleh DBP tidak
persis dengan konotasi yang ingin diuar-uarkan melalui iklan berbahasa
Inggeris itu?
  Pemantauan yang tidak berterusan oleh PBT terhadap penggunaan bahasa
dalam periklanan membimbangkan para pencinta bahasa tempatan. Hal ini
kerana penggunaan bahasa yang kurang baik boleh mempengaruhi minda dan
bahasa pertuturan anak-anak.
  PBT seyogianya prihatin dan sentiasa memantau penggunaan bahasa Melayu
pada paparan awam. Pemantauan yang berterusan dan telus daripada PBT akan
menjulang bahasa kebangsaan yang betul dan senada dengan DBP demi
melestarikan penggunaan bahasa Melayu tinggi.
(Sumber : Berita Harian   (20/08/2008) )
 
Dikemaskini pada 5 Jul 2012
: 4735687
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11916480119164801191648011916480119164801191648011916480119164801191648011916480 
Hari Ini 366
Semalam 496
Minggu Ini 366
Minggu Lepas 7997
Bulan Ini 16255
Bulan Lepas 64031
Semua 11916480

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 07/07/2014