Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 1hb November 2014  

       

Disember 2004
  Syawal - Zulkaedah  1425
      Jilid 4 Bil. 12
   KK 499-91304-1204

Puisi Bahasa
 Melati Bahasaku

Petikan Bahasa

Bicara Bahasa
Yang Datang dan Yang Pergi

Agenda Bahasa
Sosiolinguistik dalam Pengajaran Bahasa

Agenda Bahasa
Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Agenda Bahasa
Mempelbagaikan Aktiviti Pengajaran dan Pemelajaran Pemahamam

Diari  Bahasa

Agenda Bahasa
Strategi Mempelajari Perbendaharaan Kata

Agenda Bahasa
 Linguistik dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa

 Bahasa dan Pemikiran
 Bahasa dan Globalisasi

 Bahasa dan Masyarakat
 Saya Tidak Menyesal -Dr.Rebecca Fanany

 Bahasa dan Masyarakat
 Alumni Kembara Bahasa?

 Bahasa Dan Penyelidikan
Antara Senjakala dengan Kala Senja

Corat-Coret Bahasa

 Bahasa Dunia
Bahasa Guarani

 Bahasa Dan Peristiwa 
Idea Bernas Hujah Jelas

Bahasa Dan Peristiwa
Seperti Bumi dengan Langit

 Bahasa Dan Peristiwa
Dari Tanjung Malim ke Kuala Kangsar

 Bahasa Dan Peristiwa
Bahasa Melayu Bukan Sajian untuk Pelancong

 

 

 

 

 

 

 

 

AGENDA BAHASA

Multimedia dan Revolusi Pendidikan Bahasa

Dunia semakin hari semakin maju.  Seharusnya bidang pendidikan pun begitu juga.  JYH WEE SEW membincangkan penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa.

Pada zaman dahulu, bahasa diajarkan dengan keras berdasarkan beberapa teknik behavioris.  Antaranya termasuk kaedah latih tubi.  Pakar bahasa, seperti Leonard Bloomfield, melatih askar Amerika Syarikat pada perang dunia kedua melalui kaedah ini.  Kaedah ini didapati kurang berjaya kerana nahu dan kosa kata disenaraikan dan dihafal.  Pelajar dianggap memiliki keupayaan kreatif untuk menggunakannya dalam bentuk ayat dan berkomunikasi dengan baik bersama-sama penutur asal.  Ternyata bahawa hanya pernyataan yang kaku dan robotik diujarkan secara mekanis.
   Teknik ini ternyata meleset daripada kenyataan perbahasaan sebenar kerana kreativiti bahasa dalam penjanaan ayat ala Chomsky hanya terkandung dalam minda penutur kandung.  Penutur sesuatu bahasa sebagai bahasa kedua tidak dapat menggunakan nahu dan ayat yang dipelajari dalam masa dua atau tiga bulan, seperti penutur asal.  Penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, misalnya, tidak akan dapat menggunakan bahasa Melayu sebaik orang Melayu kalau hanya mempelajari pola ayat bahasa Melayu baku dalam masa dua atau tiga bulan.
   Penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai alam pemelajaran yang berbeza.  Semua rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas 1970-an terpaksa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.  Mereka mula berbuat demikian sejak usia enam hingga tujuh tahun dan terus mempelajari bahasa Melayu berulang kali setiap hari dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, Musik, Latihan Jasmani dan Seni Lukisan.  Menurut Neil Smith dalam Language, Bananas & Bonobos:  Linguistic Problems, Puzzles and Polemics, hal ini menerangkan bahawa tempoh kritikal pemerolehan bahasa Lenerberg tidak semestinya berakhir pada lima tahun.
   Pemelajaran bahasa Melayu dalam kalangan anak Malaysia diperkukuh lagi oleh persekitaran yang bersifat positif terhadap perkembangan bahasa Melayu.  Dengan bas sekolah dan bas awam yang berlabelkan bahasa Melayu, papan tanda yang menggunakan bahasa Melayu, nama jalan yang menggunakan bahasa Melayu, iklan bahasa Melayu sama ada dalam tulisan ataupun dalam siaran radio beriringan dengan lagu Melayu, dan penduduk Melayu yang menjadi penjual, pembeli, pelanggan, penumpang, rakan, dan sahabat handai di mana-mana sahaja seseorang itu berada, tentulah bahasa Melayu menjadi sebahagian daripada proses pendengaran dan pertuturan dalam komunikasi seharian.  Pemelajaran yang bersifat naturalis serta diimbuh dengan suasana yang begitu mudah menggerakkan minda untuk menggunakan bahasa Melayu, maka tidak hairanlah bahasa Melayu menjadi bahasa yang dapat digunakan dengan baik dalam tulisan, seperti menjawab peperiksaan, atau dalam lisan, seperti berjenaka dan bertikam lidah.
   Pengajaran bahasa Melayu sebegini mudah dan berkesan.  Motivasi yang diberikan cukup jelas.  Peluang memasuki universiti, maktab perguruan, politeknik, latihan polis, dan sekolah vokasional mensyaratkan kelulusan bahasa Melayu pada peringkat kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.  Guru pada peringkat sekolah menengah hanya perlu menggunakan contoh kertas tahun lepas untuk melatih pelajar membiasakan diri dengan format peperiksaan.  Bahasa Melayu klasik yang dijadikan pedoman dipelajari secara latih tubi kerana tidak ada komuniti Melayu yang bertutur sedemikian untuk diberi pengukuhan lanjutan.
   Selain kaedah latih tubi, muncul pula kaedah komunikatif.  Kaedah ini menggunakan acuan komunikasi sebagai cara berbahasa yang baik.  Dalam pendekatan ini, pelajar akan diajar konsep komunion fatik, teknik membeli sesuatu, dan kemudian permainan watak sebagai penjual-pembeli. Pada akhirnya, mereka diminta membeli sesuatu dalam dunia sebenar sebagai tanda kemampuan menggunakan kaedah komunikatif.  Kaedah ini menjadi ikutan banyak sekolah bahasa dan dianggap naturalistik kerana berdasarkan dunia perhubungan manusia yang menggunakan bahasa. 
   Kaedah komunikatif seterusnya digantikan oleh kaedah kognitif.  Kaedah ini menjadikan bahasa sebagai hasil daripada ciri pemikiran bahasa.  Bahasa bukan lagi kewujudan tersendiri, tetapi hasil daripada perubahan penggunaan dan evolusi kebahasaan.  Maka, timbullah kaedah pengajaran bahasa pragmatik yang menentukan ciri kebersesuaiannya.  Kaedah kognitif turut memperlihatkan penggunaan otak sebagai organ yang penting dan pemprosesan kemunculan bahasa berdasarkan neuron serta pembentukan dendrit dalam otak.  Berdasarkan pemprosesan selari, bahasa dilihat sebagai milik keupayaan otak bertindak pada bahagian tertentu berdasarkan acuan bahasa yang telah wujud.
   Dalam tempoh tiga dekad selepas tahun 70-an, dunia multimedia baharu muncul dan beberapa pendekatan pengajaran bahasa yang lebih terperinci berlaku.  Dunia memperlihatkan penggunaan peralatan canggih, seperti lelaman internet, CD-Rom, sistem bersembang lelaman Yahoo, kamus digital, sistem pesanan ringkas, gambar digital kamera yang disimpan dalam komputer dalam bentuk Jpeg atau Gif, video klip yang dapat menunjukkan perlakuan watak berserta dialog, dan muzik MP3 yang memperdengarkan suara Siti Nurhaliza.
   Kajian Julian Sefton-Green dan Vivienne Reiss, ?Multimedia Literacies:  Developing the Creative Uses of New Technology with Young People?, menunjukkan bahawa generasi muda telah memiliki budaya elektronik yang kaya dan rencam.  Sama ada menerima ataupun menolak budaya elektronik ini, kita terpaksa berdepan dengan generasi muda kita, generasi Y, sebagai generasi yang menggunakan teknologi elektronik dalam kebanyakan aspek hidup mereka.  Kita sendiri sebagai pekerja dewasa pun telah berjinak-jinak dengan teknologi, malah ada yang telah bersebatikan teknologi canggih dalam kehidupan mereka dengan penggunaan teknologi elektronik sebagai kewajipan.  Malah, banyak daripada kita akan menjadi rimas serta berasa serba salah kalau tidak menyemak mel elektronik yang menjadi sebahagian daripada urusan rasmi kita.  Cakera padat sudah menjadi sebahagian daripada hiburan kita, sama ada kita menggunakannya sebagai bahan dengar di kamar ataupun video cakera padat sebagai bahan nyanyi di rumah. 
   Kalau begitu, pengajaran bahasa yang menggunakan mel elektronik dan CD-Rom semahu-mahunya harus menjadi perkara lumrah dalam dunia pendidikan hari ini.  Pelajar sekolah menengah memang semestinya dapat memproses dokumen dalam komputer.  Oleh sebab itu, menggunakan CD-Rom untuk mengajarkan bahasa, sama ada penggunaan perkataan yang betul untuk mengisi tempat kosong ala kloz ataupun pemaparan gambar digital untuk mengenali peribahasa, sememangnya menjadi perkara biasa atau teknik pengayaan bahasa Melayu, seperti yang dinyatakan oleh Jyh Wee Sew dalam tulisannya, ?Dari Kertas ke Skrin?.
   Begitu juga dengan penggunaan mel elektronik.  Pelajar bahasa harus mempunyai platform untuk  berkomunikasi dengan guru semasa mereka bercuti.  Penggunaan mel elektronik merupakan cara yang berkesan untuk menghantar karangan yang disisipkan atau surat kiriman yang disertakan berdasarkan mel elektronik.  Teknik ini cukup berkesan kerana masing-masing tidak perlu lagi duduk berdepan untuk menghabiskan komunikasi pemelajaran. 
   Guru dapat menandakan kesalahan sesuatu karangan dengan menggunakan fon/huruf berwarna merah atau hijau dalam teks, sedangkan pelajar dapat Lembaga soalan penulisan mereka dalam fon hitam yang biasa.  Sebarang kosa kata tambahan dapat diselitkan dengan tulisan italik dan sebarang kesalahan idea dapat digarisi melalui sistem dokumen Mikrosoft. 
   Guru dan pelajar langsung tidak memerlukan pemadam atau cecair penanda kesalahan. Kaedah ini cukup menyenangkan dan selari dengan peraturan Sindiket Peperiksaan Cambridge yang merumuskan bahawa sesiapa yang menggunakan cecair penanda kesalahan dalam peperiksaan akan dipotong tiga markah. 
   Kajian pelajar dapat disisipkan sebagai gambar digital yang disimpan dalam format Jpeg.  Bahan ini dapat dihantar secara elektronik ke alamat mel elektronik guru atau disimpan dalam cakera padat.  Dengan hal ini, wujudlah dunia pendidikan multimedia yang menjimatkan kertas dan tenaga untuk mengangkut buku yang tebal dan berat.  Pihak sekolah akan membina lebih banyak rak disket dan CD-Rom bagi memudahkan pengurusan dokumen multimedia.  Komputer perlu dilengkapkan dengan penyiar suara agar kaedah pengajaran bersertakan audio komputer dapat dilaksnakan dengan berkesan.  Hal ini turut mewajibkan pembinaan makmal komputer yang kedap bunyi supaya gangguan audio dan kebisingan tidak dijadikan alasan pengendalaan pengajaran elektronik dan bantuan komputer yang diperlukan.
   Pengalaman pendidikan multimedia terhadap kanak-kanak sering kali mendapat kritikan.  Ada yang mengatakan bahawa pengurusan maklumat multimedia begitu terbantut dan kemungkinan menyebabkan kanak-kanak turut meniru cara yang bersifat kecoh dan tergesa-gesa, seperti imej kartun.  Ada pula yang mempertikaikan konsep keganasan dan permainan video dan komputer.  Menurut Paul Carreiro dalam Tales of Thinking, permainan video merupakan unsur penting yang melatih pemikiran pelajar prasekolah di kelasnya.  Dia mendapati bahawa pelajarnya, Omar (di Amerika Syarikat), memperhatikan pergerakan dalam video dan kemudian mereka pergerakan mereka sebagaimana yang dilihat.  Selepas itu, Omar dan kawannya melabelkan perbuatan mereka ?bagus? (cool).  Apabila disoal siasat, mereka didapati mempelajari konsep estetika ini menerusi permainan video.
   Dapatan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak mempelajari kaedah pemikiran visual.  Hal ini sehaluan dengan dakwaan Howard Gardner dan L. Jaglom dalam tulisan mereka, ?Cracking the Codes of Television:  The Child as Anthropologist?, bahawa kanak-kanak yang berbahasa ibunda televisyen akan menjadi pakar penyajak rancangan televisyen.  Sama ada baik ataupun buruk, hal ini tidak dapat dielakkan lagi kerana telah wujud kanak-kanak yang berbahasa ibunda televisyen oleh sebab ibu bapa yang sibuk bekerja dan pembantu rumah yang sibuk di dapur.  Kanak-kanak ini diberi rancangan televisyen, imej permainan video, dan lagu Barney sebagai hiburan.  Mereka mula berfikir berdasarkan kecerdikan visual dan rentak muzik yang diterima.
   Pada peringkat sekolah menengah, penggunaan multimedia harus menjadi perkara biasa dengan kemampuan pihak sekolah menggunakan perbelanjaan tahunan dalam pembentukan suasana multimedia yang memberangsangkan pemelajaran.  Pemasangan projektor, skrin paparan, pengagihan komputer riba sebagai alat untuk membuat projek and penggunaan program pemelajaran multimedia, seperti dreamweaver, flash media, photoshop, dan adobe reader, untuk menjamin keselamatan dokumen supaya tidak diubahsuai sesuka hati, haruslah dijadikan aktiviti yang sering dijalankan dalam dunia pendidikan sekolah menengah.
   Pelajar yang bosan menjadi pelajar yang  bermasalah.  Sekiranya pelajar diberi petunjuk pemelajaran elektronik, mereka akan menggunakan tenaga mereka untuk menghasilkan sesuatu yang berunsur pendidikan, kreatif, dan santifik sebagaimana yang diusahakan oleh pelajar sekolah awam di negara lain. Arus pendidikan multimedia telah menjadi kenyataan dan kita terpaksa melaksanakan konsep pemelajaran usaha kendiri ini agar pelajar tidak ketinggalan mengejar ilmu.  Seiring dengan konsep pemelajaran sepanjang hayat, keupayaan memandu diri sendiri menggunakan kaedah pendidikan elektronik merupakan langkah ke depan yang besar dan berfaedah.  Pendidikan multimedia dalam segenap lapangan ialah tanggungjawab semua lapisan pendidikan...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Disember 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari Untuk melanggan sila layari

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                           Tarikh kemaskini: 29 November 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Majalah.

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 5042531
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12057392120573921205739212057392120573921205739212057392120573921205739212057392 
Hari Ini 677
Semalam 1519
Minggu Ini 7645
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 677
Bulan Lepas 42098
Semua 12057392

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014