Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 26hb November 2014  

KEKURANGAN DASAR BUKU NEGARA MENILAI SEMULA

Oleh AZMAN ANUAR

DASAR Buku Negara yang diluluskan oleh Kabinet pada 9 November 1988 tidak banyak menampakkan kesan dalam mencapai dua matlamat utamanya iaitu meningkatkan profesionalisme dalam industri buku serta mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan bermaklumat.

Bermakna, ada agenda baru yang perlu direnungkan oleh masyarakat negara ini.  Bagaimana mengubah senario yang tidak begitu memuaskan hati iaitu kadar celik huruf mencecah 93 peratus tetapi kadar minat membaca buku berada pada tahap mengecewakan.

Keadaan yang sepatutnya berlaku sesuai dengan Dasar Pandang Ke Timur misalnya meniru budaya Jepun � kadar celik huruf meningkat diikuti dengan kadar minat membaca yang tinggi.

Apa yang berlaku di Malaysia adalah terbalik, dan inilah dilema yang perlu dinilai semula dalam Dasar Buku Negara.

Fenomena yang menghambat Dasar Buku Negara kini ialah apabila minat membaca di kalangan masyarakat yang rendah menyebabkan penyakitnya berjangkit kepada jumlah  penerbitan buku yang rendah.

Yang banyak dipamerkan di kedai-kedai buku hanya buku akademik.  Tidak banyak penerbitan buku umum yang menarik dan boleh dibanggakan.

memang langkah memperkenalkan program Nilam di peringkat sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar adalah baik.  Namun kita sendiri boleh mengesan budaya minat membaca ini terpadam apabila pelajar tamat mengikuti sesuatu peperiksaan baik peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Dasar Buku Negara yang berusia 16 tahun itu sebenarnya boleh dianggap lengkap kerana ia menggabungkan pandangan pihak Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) peminat buku, penulis buku, penterjemah buku, penerbit buku,  editor, pencetak, pengedar buku, kedai buku, kelab buku dan perpustakaan.

Menurut pandangan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, dalam Dasar Buku Negara, matlamat kerajaan adalah untuk memperkayakan pemikiran rakyat, menjadikan buku sebagai sumber nikmat rakyat, menjadikan masyarakat negara ini 100 peratus boleh membaca serta mendidik dan membangunkan pemikiran generasi muda mengikuti perkembangan ilmu.

Dalam melaksanakan tugas ini jelas Sanusi yang mengilhamkan kewujudan Kampung Buku Langkawi, DBP menjadi pelaksana program kerajaan, perpustakaan tempat kemudahan membaca, manakala penulis akan puas hati jika karyanya boleh memberi pendapatan lumayan.  Pihak swasta yang mempunyai peranan dalam dasar ini semestinya lebih kepada kepentingan komersial.

Berminat

�Golongan yang paling ketara tidak diwakili dalam usaha menggubal dasar ini ialah pihak yang tidak berminat membaca.

�Oleh sebab kepentingan golongan ini tidak diberi perhatian yang bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan dasar ini maka usaha menjadikan rakyat Malaysia 100 peratus boleh membaca pada tahun 2000 tidak tercapai,� kata sanusi yang banyak mencetuskan idea kreatif ketika dalam kerajaan yang mungkin ilham daripada banyak membaca.

Namun kita tidak usah berasa takut atau malu mengatakan apa yang dihasratkan dalam Dasar Buku Negara itu gagal dilaksanakan.  jadi bagaimana nasib dasar ini dalam mengharungi zaman buku elektronik dan kecanggihan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang sedang ditekankan oleh kerajaan.  Apakah ia akan hanya tinggal nama sahaja seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

Dalam menilai semula Dasar Buku Negara ini Sanusi secara analogi berpendapat kalau pegawai pelaksanaan diberi dua pilihan, mereka akan memilih untuk membuat kerja yang senang.

Dalam konteks dasar buku negara, dua tugas atau matlamat utamanya ialah menerbitkan buku dan menggalakkan minat membaca.

Oleh sebab pelaksana dasar itu diberi pilihan maka yang nampak berjaya ialah penerbitan buku yang direbutkan oleh kebanyakan orang ialah menghasilkan buku untuk keperluan kanak-kanak dan pelajar terutama buku teks sekolah.  Jika buku jenis ini yang banyak di pasaran, apakah bahan bacaan dapat memenuhi selera masyarakat umum selain majalah?

Seperti lazimnya masalah yang dihadapi dalam menggalakkan kepada kerajaan.  Oleh itu Seminar Penilaian Semula Dasar Buku Negara pada 3 dan 4 September lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mencari punca masalah orang tidak gemar pembaca.

Menurut Sanusi usaha Dasar Buku Negara yang belum berjaya sepenuhnya ialah memupuk budaya membaca, walaupun tahun 2000 ditetapkan sebagai Tahun Buta Huruf Sifar atau kemampuan membaca masyarakat mencapai matlamat 100 peratus.

Buku dianggap penting sebagai alat pendidikan masyarakat, sumber pendidikan sepanjang hayat, alat memperkayakan fikiran rakyat dan memajukan keadaan budaya dan moral kita.

menurut Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr. Hassan Ahmad, jika negara hendak menjadikan buku sebagai alat pembangunan manusia dari segi sumber kemajuan moral, fikiran, sosial dan budaya bangsa  dan negara, dan tidak hanya sebagai makhluk ekonomi, maka budaya buku harus dikembangkan dan dijadikan komponen penting dalam dasar, budaya dan perancangan pembangunan negara.

�Masalah budaya membaca misalnya, tidak lagi berkaitan dengan pengeluaran penerbitan atau daya beli masyarakat semata-mata tetapi berkait dengan setakat manakah pembangunan negara memberikan perhatian yang komited terhadap kemajuan buku itu.  Bukan semata-mata sebagai komoditi  budaya negara,� jelas Hassan.

Ringkasannya, buku hendaklah diberi tempat atau harga yang ketara dalam dasar pembangunan negara.

Dalam hal ini, kita telah saksikan apa yang terjadi pada buku dan ilmu di luar sistem formal pendidikan kita iaitu nasib buku dalam masyarakat.  Tidak banyak pihak yang berminat pada buku.  Buku dicari bila diperlukan.

Dalam buku kuning Dasar Buku Negara yang diterbitkan pada 1992 ada dicadangkan sebuah badan profesional yang khusus menumpukan perhatian kepada pembangunan buku negara.

�Saya cadangkan supaya badan itu ditubuhkan segera. Organisasi pembangunan buku ini harus mempunyai taraf sebagai agensi pusat,� kata Hassan yang nampaknya menggesa agensi itu ditubuh di luar kuasa Kementerian Pelajaran.

bekas Ketua Pengarah DBP itu juga melontarkan idea apa yang perlu dikaji semula tentang Dasar Buku Negara. Antaranya kaedah yang digunakan untuk mengukur kadar minat membaca dan menentukan tanda aras kita sendiri tentang tahap kemajuan buku di negara ini sesuai dengan keadaan negara kita yang pelbagai etnik, budaya dan bahasa.  Bukan mengikut pandangan pakar Barat dalam menentukan tahap minat membaca sesebuah negara.

Apa pun kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan matlamat Dasar Buku Negara selama 16 tahun sebelum ini perlu diperbetulkan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.  Jika tidak, kita sekadar menyahut untuk membanyakkan koleksi dasar negara.

 

     (Sumber : Utusan Malaysia   (06/09/2004) )
 
Dikemaskini pada 31 Dis 2008
: 5121758
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12092302120923021209230212092302120923021209230212092302120923021209230212092302 
Hari Ini 1391
Semalam 1697
Minggu Ini 5366
Minggu Lepas 11637
Bulan Ini 35587
Bulan Lepas 42098
Semua 12092302

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Klik Web   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/11/2014