Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Isnin, 22hb September 2014  


Cabaran Perpustakaan Realisasikan Universiti Penyelidikan

oleh RAMLI ABDUL SAMAD

PADA tahun 2001, idea untuk membangunkan universiti penyelidikan telah dibuat oleh Pelan Rancangan Perspektif Ketiga (OPP3) di Parlimen.

Pelan itu mengungkapkan bahawa sudah tiba masanya negara mengeluarkan sumber manusia yang lebih kreatif dari segi menjana kekayaan negara dengan maksud dapat memanfaatkan mutu hidup warganya.

Tujuan membangunkan universiti penyelidikan itu harus jelas. Universiti penyelidikan bertujuan berusaha dengan aktif, mencebur dalam penerokaan idea, mengeksperimen pendekatan inovatif dan mengambil cabaran inisiatif intelektual bagi menemu dan mengembangkan kaki langit pengetahuan.

Apabila universiti penyelidikan berjaya mengeluarkan sejumlah para penyelidik kreatif, maka besar harapan bahawa sesuatu penerobosan dalam pelbagai bidang akan berlaku dan aktiviti ini akan mengerakkan lagi cetusan idea dan penemuan baru yang berfaedah bagi pembangunan negara.

Dengan impian itu, universiti penyelidikan akan menjadi salah satu enjin pertumbuhan negara di mana para sarjana dan siswa akan saling bertukar idea dan membuat penyelidikan dalam satu persekitaran yang saling memupuk penerokaan dan kreativiti, lalu menemu ilmu pengetahuan baru dan mengaplikasikannya seraya menjana kekayaan yang akan mempertingkatkan mutu hidup warga.

 

Bertaraf

 

Dengan lain perkataan usaha mewujudkan universiti penyelidikan adalah sama dengan penubuhan universiti bertaraf kelas dunia seperti yang wujud di beberapa universiti di Jepun, Amerika Syarikat dan England.

Jadi bagaimana peranan perpustakaan akademik dalam konteks ini? Bagi merealisasikan sebuah universiti penyelidikan maka harus wujud infrastruktur bagi mendukung penubuhannya.

Salah satu ialah universiti penyelidikan harus mempunyai peralatan terbaik yang berfungsi, kemudahan fizikal yang berpiawai termasuk juga kemudahan perpustakaan.

Mengikut pendapat pra ilmuwan, sesebuah perpustakaan yang mempunyai koleksi minimum sebanyak satu juta tajuk layak dinaiktarafkan sebagai sebuah perpustakaan penyelidikan.

Bagaimanapun universiti penyelidikan itu selain ada kemudahan sumber maklumat yang memenuhi tuntutan para penyelidik, ia juga harus mempunyai para pustakawan yang terlatih.

Para pustakawan tidak lagi berperanan seperti pustakawan yang melayan penggunanya yang terdiri daripada para siswazah tetapi kali ini harus bersedia dengan tuntutan para penyelidik yang lebih berpengetahuan.

Pustakawan harus peka dengan permintaan maklumat terkini para penyelidik yang bersifat lebih canggih. Pertanyaan daripada para penyelidik adalah yang lebih bersifat tinggi dan canggih.

Mungkin para pustakawan harus didedahkan dengan pengalaman pustakawan-pustakawan yang mengendali para penyelidik di universiti penyelidikan di luar negara.

Dengan pendedahan itu mereka akan mengetahui adanya perbezaan permintaan yang datang daripada kalangan penyelidik.

Ciri-ciri permintaan sudah tentu berbeza dengan apa yang sering dipohon daripada siswazah yang mengikuti program sarjana muda. Permintaan para penyelidik yang rata-rata memiliki ijazah kedoktoran adalah lebih mencabar.

Dengan itu para pustakawan harus juga meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu selain menguasai bahasa Inggeris, supaya tidak kekok kelak dengan pertanyaan yang datang daripada para penyelidik.

Sebagai contoh para pustakawan dicadangkan dapatkan pendedahan melalui kursus dan latihan, misalnya mengikuti program sangkut di Perpustakaan Universitiy of Tokyo, Harvard University, Oxford University atauapun di University of Cambridge, England.

 

Permintaan

 

Pendedahan untuk memahami ciri-ciri permintaan daripada para penyelidik ini amat berguna kerana ini dapat membantu para pustakawan bersedia dengan permintaan mereka nanti.

Pustakawan-pustakawan universiti penyelidikan bukan saja akan bersua dengan para penyelidik dari bidang bioteknologi saja malah pelbagai bidang ilmu lain. Justeru, ilmu pengetahuan di dadanya harus juga luas dan juga khusus.

Nampaknya bakal pustakawan universiti penyelidikan harus diberi latihan dan pendidikan bertaraf kedoktoran juga dalam bidang-bidang tertentu untuk bersedia dengan cabaran memberi maklumat yang tepat kepada para cendekiawan akademik.

Antara matlamat pewujudan sebuah universiti penyelidikan adalah untuk menghasilkan seorang pemimpin dalam bidang inovasi bertaraf kelas dunia.

Selain itu, ia juga diharap dapat membuahkan bakal pemenang Hadiah Nobel yang berprestij itu. Sebelum itu universiti penyelidikan akan menarik pascasiswazah yang bermutu, memperoleh dana penyelidikan dari sektor industri dan juga mengimbau pakar terbaik bagi pengajaran dan penyelidikan.

Usaha untuk menjadikan universiti penyelidikan bukan mudah, ia perlu banyak pelaburan dan tenaga terlatih bagi mendukungnya. Membentuk seorang pustakawan yang terlatih khusus adalah sebahagian daripada perancangan itu.

 

RAMLI ABDUL SAMAD ialah pustakawan di Perpustakaan Hamzah Sendut (2), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

 

    (Sumber : Utusan Malaysia   (20/12/2004) )

fatimah@dbp.gov.my03-21481044                                                                                                                                                                Tarikh kemaskini: 21 Februari 2005. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

                                                                                                                                                                
 
Dikemaskini pada 30 Dis 2008
: 4927988
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  12001277120012771200127712001277120012771200127712001277120012771200127712001277 
Hari Ini 577
Semalam 701
Minggu Ini 1278
Minggu Lepas 6615
Bulan Ini 27697
Bulan Lepas 36268
Semua 12001277

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/09/14