Melayu  |  English 

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 9 Februari 2010  

  Carian Laman
  Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Prestasi

  Maklumat Umum

Telefon/Faks

Lokasi

Akta

Soalan Lazim

Media(Arkib)

Borang-borang

Sewaan Ruang

Anda Ada Komen /Cadangan?

  Majalah Terkini

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

Akhbar : BERITA HARIAN

Tarikh : 10/02/2004

Halaman : 3

 

Tajuk : Pelihara harmoni elak peperangan

PENGALAMAN membantu insan yang dilanda kesengsaraan akibat peperangan mendorong seorang doktor perubatan merakam kisah bersejarah dan penuh nilai kemanusiaan itu dalam ?MERCY: Antara Peluru Dengan Air Mata?.

            Tokoh yang dimaksudkan, Ketua Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof (Klinikal) Dr Mohamed Hatta Shaharom, memuatkan pengalaman menghulur bantuan kemanusiaan dalam tiga peperangan lewat buku ini.

            Pengalaman ketika memberi bantuan dalam Perang Teluk pada 1991, peperangan di Kosova (1999) dan perang di Afghanistan (2002) yang dimuatkan dalam buku ini pernah disiarkan secara bersiri selama tiga bulan dalam Majalah Ummi.

            ?Buku ini bermula dengan rencana saya mengenai pengalaman membawa peralatan perubatan dan kemanusiaan kepada mangsa Perang Teluk untuk bahan bersiri dalam MajalahUmmi.

            ?Saya mengumpulkan semula pengalaman melalui laporan selama 14 bulan dan dikemukakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga akhirnya buku ini diterbitkan Januari lalu,? katanya selepas pelancaran buku berkenaan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

            Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, menyempurnakan majlis pelancaran yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin dan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman.

            Bab pertama buku ini berkisar kepada pengalaman Dr Mohamed Hatta bersama anggota Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) memasuki kota Baghdad untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan pada awal 1991.

            Pengarang menceritakan meskipun Perang Teluk antara Iraq dengan Iran sudah sampai ke penghujung dan gencatan senjata diisytiharkan, masih kedengaran dentuman senjata api dan letupan bom di sana sini di kota itu.

            Beliau turut mengisahkan penubuhan Mercy di Malaysia oleh mereka yang prihatin, dedikasi dan komited bagi membantu pelarian dan kisah di Yugoslavia serta Kosova turut dimuatkan dalam bab ini.

            Bab tiga memberi tumpuan kepada pahit getir beliau dan rombongan Mercy ketika menghantar misi bantuan kepada rakyat Albania dan Kosova sekali gus mengingatkan pembaca agar bersyukur dengan keamanan yang dinikmati di Malaysia.

            Bab empat memaparkan kisah perjalanan isteri Dr Mohamed Hatta, Dr Noor Aini Raimi, yang turut menyumbangkan bakti kepada masyarakat Kosova dalam Misi Mercy Ke-4, meskipun singkat, tetap menagih keberanian dan ketabahan setiap anggota Mercy.

            Dr Mohamed Hatta mencatat perjalanan kali kedua beliau ke Kosova untuk menghadiri Simposium Perubatan di Prishtina dalam bab lima buku ini, di samping perjalanannya ke Istanbul, Turki.

            Misi Afghanistan diceritakan dalam bab ke-6 ketika Dr Mohamed Hatta mengetahui misi itu dan terpaksa melalui Bangladesh serta Pakistan untuk sampai ke Afghanistan serta pembaca pasti terusik dengan kedaifan rakyat Afghanistan menyambut Aidilfitri.

            Bab tujuh yang juga penutup buku ini berkisar kepada perjalanan anaknya, Muhammad Munawar, meneruskan misi kemanusiaan di Afghanistan dan pengalaman menetap di Afghanistan selama sebulan dari 19 Mac hingga 15 April 2002.

            ?Saya berharap pembaca dapat menimba pengalaman bersama saya selepas membaca buku ini dan akan sedar serta insaf betapa peperangan tidak membawa kebaikan, sebaliknya kecelakaan serta penderitaan.

            ?Saya sudah menyaksikan pelbagai pahit maung hidup masyarakat di ketiga-tiga negara itu.  Bagi saya, kebebasan, kemerdekaan, keharmonian dan keindahan hidup di Malaysia adalah nikmat yang tidak seharusnya dimusnahkan,? katanya.

            MERCY: Antara Peluru Dengan Air Mata? setebal 205 halaman dilengkapi 125 gambar berharga RM 60 senaskhah adalah catatan perjalanan berharga insan sukarelawan Malaysia dalam menyelamatkan nyawa insan yang dalam penderitaan.

            Buku berkulit tebal dengan kertas berkualiti tinggi ini dapat memberi pengajaran kepada pembaca betapa kehidupan di Malaysia amat tinggi nilainya dan keharmonian masyarakat seharusnya dipelihara demi kebaikan bersama meskipun berlainan agama dan bangsa.

 

(Sumber : Berita Harian   (10/02/2004) )
 
Dikemaskini pada 24 Dis 2008
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Kalendar

<<   April 2009   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

 

 

 


WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis

8:30 pg - 4:30 ptg

Jumaat

8:30 pg - 12:00 tgh

2:45 ptg - 4:30 ptg

  Hiper Rangkai

Pusat Dokumentasi Melayu

Munsyi Dewan

Soal Selidik Perkhidmatan

Karyanet

Dawama

Puspanita DBP

Koperasi

Persatuan Penterjemah Malaysia

Institut Terjemahan Malaysia

Produk Multimedia DBP

  Warga DBP Sahaja

Intranet

Web Mel

  Jumlah Capaian Sejak Jun 2004

  6963935696393569639356963935696393569639356963935 

  Muat Turun Aplikasi

          
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
(Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 ,
21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744
Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera)
Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke
Khidmat Nasihat DBP
.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2007 - Unit Pembangunan Laman, Bahagian Sistem Maklumat.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang
kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.