Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 3hb September 2014  

Puisi Bahasa
 Daulat Bahasa

Petikan Bahasa

Bicara Bahasa
Hubungan yang Tiada Sempadan

Agenda Bahasa
Nilai dan Peranan Bahasa dalam Komunikasi

Melentur Buluh Biarlah Waktu Rebung

Bahasa, Komunikasi, Remaja  

"Jom, C U Mlm Ni"

Bagai Lagu dan Irama

Antara Bahasa dengan Mesin Basuh

PLBS dan Komunikasi Berkesan

Menghasilkan Bunyi Bahasa

Isun-isun Strategi Komunikasi

Kesantunan Berbahasa

Diari  Bahasa

Bahasa dan Penyelidikan
 Kategori Telus Perbezaan Istilah

 Bahasa dan Masyarakat
 Tsunami! Oh Tsunami

Corat-Coret Bahasa

 Bahasa Dunia
Bahasa Dhivehi

 Bahasa Dan Peristiwa 
Orang Melayu Suka Berkias

Mencipta Istilah Baharu

Mengiktiraf Sumbangan Sektor Swasta

Bersemaraklah Bahasa Melayu

BICARA BAHASA

Hubungan yang Tiada Sempadan

Armin Azhari Saleh

Hakikatnya, hubungan antara bahasa dengan komunikasi tiada sempadan ? bagai laut dengan pantai. Tanpa bahasa, komunikasi tidak dapat dijalankan. Tanpa keperluan untuk berkomunikasi, bahasa menjadi tidak berguna. Bahasa dan komunikasi wujud sejak bermulanya tamadun manusia.
    Daripada segala pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki manusia, apa-apa yang berkaitan dengan komunikasi tentunya antara yang paling penting dan berguna. Komunikasi sentiasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan penguasaannya akan mempengaruhi keberkesanan kehidupan manusia. Manusia berkomunikasi kerana pelbagai sebab, seperti ingin memahami manusia lain, ingin memahami kejadian yang berlaku, dan ingin memahami dunia di sekelilingnya.
    Bahasa ialah sistem simbol yang digunakan untuk berkomunikasi.  Baik bahasa lisan mahupun bahasa bukan verbal, kedua-duanya penting untuk komunikasi. Bahasa lisan ialah rangkaian perkataan yang disusun sedemikian rupa mengikut sistem tatabahasa untuk menghasilkan makna tertentu yang dapat difahami, manakala bahasa bukan lisan membabitkan tingkah laku yang memberikan maksud tertentu yang juga dapat difahami.
    Namun begitu, yang penting ialah komunikasi yang berkesan.  Kalau bahasa SMS (sistem mesej singkat) yang susunan perkataannya dan ejaannya tidak mengikut konvensi tetapi dapat difahami oleh penggunanya, komunikasi itu berkesan. Sebagai sesuatu yang hidup, bahasa sentiasa berkembang, yang kadangkala perkembangannya begitu memeranjatkan dan di luar jangkaan kita. Manusia perlu mempelajari bahasa yang ?baharu? itu agar komunikasinya berkesan, tetapi tanpa mengorbankan yang konvensi bagi memelihara kemurniannya.  Komunikasi yang berkesan akan membolehkan manusia membina kehidupan peribadi, sosial, profesional, dan sebagainya yang memuaskan, produktif, dan bermakna.
    Seperti kata Dan O?Hair dan rakan dalam Competent Communication, kualiti kehidupan manusia bergantung secara langsung pada kebolehannya untuk berkomunikasi.

AGENDA BAHASA

?Jom, CU Mlm ni?

Oleh Ding Choo Ming

Bahasa Melayu telah banyak berubah dari dahulu hingga sekarang.  EVELYN LIM membincangkan hal tersebut dengan rujukan khusus kepada ?bahasa sistem pesanan ringkas (SMS)? sebagai bahasa komunikasi terkini.
 
Bahasa Melayu yang digunakan kini di Malaysia telah banyak mengalami perubahan.  Perubahan tersebut dapat dilihat sejak abad keempat melalui pengaruh bahasa asing yang dibawa oleh peniaga asing ke rantau ini.
    Pada zaman pra-Sriwijaya, peniaga India yang beragama Hindu datang berniaga ke Asia Tenggara.  Hal ini menyebabkan berlakunya penerapan bahasa India terhadap bahasa Melayu.  Antara buktinya termasuklah candi kuno di Lembah Bujang di Kedah.
    Bahasa Sanskrit (yang bermaksud bahasa yang sempurna) yang dibawa oleh peniaga Hindu banyak mempengaruhi bahasa Melayu kuno daripada penyisipan bahasa Sanskrit ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu kuno, kepada pengenalan tulisan Palava (tulisan India selatan yang purba) dan Kawi.  Maka, orang Melayu kuno memakai sistem tulisan Palava dan Kawi.  Tulisan ini lenyap kira-kira pada tahun 1400.
   Contoh yang berikut dipetik daripada Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita, karya Ismail Hussein.

Bahasa kuno

Bahasa kini

Swasta Syri
Syakawarsatita 605 edadasyi
Syuklapaksa wulan Waisyakha dapunta
Hiyang naik disambau mengalap
Siddhayatra 

Selamat dan bahagia!
Dalam Syaka 605, pada sebelas
hari bulan terang dari bulan
Waisyakha Baginda naik kapal
mencari untungnya


   
Ada perbezaan antara bahasa Melayu kini dengan yang kuno.  Yang pertama, fonem /b/ berasal daripada fonem/w/ di awal perkataan.  Contohnya, bulan (wulan) dan banyak (wanyak).  Yang kedua, fonem vokal /e/ berasal daripada /a/.  Contohnya, dengan (dangan).  Yang ketiga, imbuhan ber- berasal daripada ma-.  Contohnya, berlepas (marlapas) dan berbuat (marwuat).
    Pengaruh Sanskrit kekal ke hari ini dengan kosa kata bahasa Sanskrit kini dipakai dalam bahasa Melayu/bahasa Malaysia.  Antaranya, maharaja, sastera, seluar, seni, siswa, dan siswi.
    Selepas zaman Sriwijaya, bahasa Arab kuat mempengaruhi bahasa Melayu.  Hal ini berlaku dengan kedatangan peniaga Arab ke Melaka kira-kira pada tahun 1400.  Pengaruh Arab membawa penyebaran agama Islam dalam kalangan orang Melayu.  Pada masa itu, dipakai sistem tulisan Arab.  Buktinya ialah hasil sastera peristiwa Merah Silu menganut Islam dan nama baharunya ialah Maliku Saleh dalam Hikayat Raja Pasai.  Antara perbendaharaan kata Arab yang kekal hingga hari ini dalam bahasa Melayu termasuklah terjemah, masyhur, yakni, warkah, arwah, dan ...
   

 

 

 

 

 

 

                             Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Mac 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari Untuk melanggan sila layari

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                           Tarikh kemaskini: 4 Mac 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Majalah.

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 4864218
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11977413119774131197741311977413119774131197741311977413119774131197741311977413 
Hari Ini 1198
Semalam 1552
Minggu Ini 4819
Minggu Lepas 7863
Bulan Ini 3833
Bulan Lepas 36268
Semua 11977413

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 03/09/2014