Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 29hb Julai 2014  

Tajuk               :           Siapa Ketua Pengarah DBP

Akhbar             :           Berita Harian

Tarikh              :           25/01/2005     
Halaman          :           C5

 

Siapa Ketua Pengarah DBP

oleh Salbiah Ani

KHABARNYA empat nama yang dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sumber rapat dengan kementerian Pendidikan memberitahu Sastera dan Budaya, salah seorang yang dicalonkan ialah bekas Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Sebelum ini, Prof Firdaus pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengelola DBP penggal 2000-2001 dan jika maklumat yang diterima ini benar bererti beliau akan berada dalam sepatu yang berbeza kali ini.

Bagaimanapun jika diteliti dari segi usia, Prof Firdaus sudah pun mencecah 62 tahun iaitu usia yang terkeluar daripada kebiasaan JPA dalam melantik pegawai kontrak untuk sesuatu jawatan kanan dalam perkhidmatan kerajaan.

Khabarnya seorang lagi nama calon yang turut dikemukakan ialah Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM. Prof Datuk Dr Zainal Kling dan sekiranya benar, maka beliau juga termasuk dalam kategori Prof Firdaus.

Bagaimanapun ini tidak bermakna JPA tidak boleh menguatkuasakan pelantikan itu tetapi ia melanggar amalan JPA yang selama ini hanya melantik mereka yang berusia tidak melebihi 60 tahun untuk memegang jawatan kanan dalam perkhidmatan kerajaan.

Datuk Jumaat Mohd Nor (dari 1988 hingga 1993) adalah satu-satunya Ketua Pengarah DBP yang perkhidmatannya disambung secara kontrak oleh JPA selepas mencapai usia persaraan.

Sastera dan Budaya diberitahu, satu lagi nama yang turut dicalonkan ialah Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Adi Badiozaman Tuah, sehingga akhir tahun lalu adalah Pengetua Maktab Perguruan Baru Lintang, Sarawak.

Dr. Adi yang memperoleh ijazah doktor falsafahnya dari England adalah juga sasterawan dan dihormati di kalangan intelektual di Sabah dan Sarawak kerana keterampilan dan ketokohannya dalam bidang pendidikan dan dunia sastera tanah air.

Beliau antara penggiat teater dan penyair yang aktif dalam kegiatan berpersatuan di Sarawak manakala puisinya, `Puisi Buat Mama?, dalam antologi `Sehijau Warna Daun?, menjadi teks wajib Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (Komsas).

Salasiah perkhidmatannya dengan Kementerian Pendidikan menunjukkan beliau memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan pada 2001 dan Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Pendidikan (2000).

Beliau adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sekolah (Hal Ehwal Pelajar) pada 1999, Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Jabatan Pendidikan Sarawak (1996), Ketua Penolong Pengarah (Penyeliaan Sekolah) Jabatan Pendidikan Sarawak (1993).

Dr Adi antara tokoh dari Kementerian Pendidikan yang mempunyai hubungan rapat dengan kalangan sasterawan dan rajin menyertai Perkampungan Penulis Sarawak serta pernah mendukung Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera).

Beliau pernah memenangi beberapa hadiah sastera Sarawak termasuk Aktivis Sastera Negeri Sarawak 1996 dan dipilih memenangi anugerah yang sama untuk kategori penulisan skrip drama pada 1998.

Tidak ketinggalan Dr Adi pernah memenangi Hadiah Sastera Kebangsaan dalam genre puisi dan memenangi Hadiah Penggiat Sastera Negeri Sarawak ketika julung kali diadakan pada 1997.

Sepanjang perkhidmatan Dr Adi di Kementerian Pendidikan, beliau kerap dipanggil sebagai pengadil untuk Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah dan pernah menjadi panel Forum Kembara Bahasa Kebangsaan 2003 Peringkat Negeri Sarawak.

Forum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Berita Harian itu adalah salah satu acara utama bersempena perayaan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada 2003.

Jika Dr Adi menjadi pilihan, ini bererti Kementerian Pelajaran memilih calon daripada kalangan mereka sendiri memandangkan DBP sehingga kini masih berada di bawah seliaan kementerian terbabit.

Khabarnya satu lagi nama yang turut dikemukakan sebagai calon ialah Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Bahasa dan Sastera) DBP.

Dr Anwar menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Bahasa dan Sastera) DBP dari 1/10/1994 hingga 1/10/1995 dan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penerbitan DBP berikutan penyusunan semula struktur organisasi oleh DBP.

Penyusunan semula organisasi DBP yang berkuat kuasa 1/10/1995 menyaksikan DBP mengekalkan hanya satu jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pentadbiran) dan jawatan itu hingga kini dipegang oleh Abu Bakar Mohamad.

Bagaimana baik Timbalan Ketua Pengarah (Bahasa dan Sastera) DBP mahupun Pengarah Jabatan Penerbitan DBP adalah dalam kategori Jawatan Utama Sektor Awam yang dikenali sebagai Jusa.

Dr Anwar sekiranya dilantik adalah tokoh yang paling disenangi memandangkan Kesatuan Sekerja DBP sudah pun mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian mereka yang mahukan orang dalam DBP dilantik sebagai pengganti A Aziz.

Ini ditambah pula dengan keterampilan Dr Anwar yang melonjak namanya dalam persada sastera tanah air selepas kejayaan novelnya, `Hari-hari Terakhir Seorang Seniman? dan karya terkininya, `Naratif Ogonshoto?, mencatat sejarah tersendiri dalam sastera Malaysia.

Keunggulan `Naratif Ogonshoto? melayakkan Dr Anwar dipilih sebagai penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 dan menerima Anugerah Sea Write 2002 serta menerima gelaran datuk pada tahun yang sama.

Beliau bukan saja berpengalaman luas dalam bidang sastera, bahasa dan penerbitan tersendiri dalam sejarah sastera tanah air mahupun antara bangsa kerana kewibawaannya sebagai pengarang besar lagi disegani.

Sekiranya Dr Anwar dilantik ini bererti beliau mengulangi sejarah yang perah dicatat oleh Datuk Dr Hassan Ahmad (1976 hingga 1988) sebagai tokoh dari dalam DBP yang dilantik sebagai Ketua Pengarah  DBP.

Sejarah Ketua Pengarah DBP menunjukkan satu-satunya tokoh akademik yang pernah dilantik memegang jawatan kanan badan berkanun terbabit ialah Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Hamid (1956 hingga 1957 tetapi jawatan berkenan hanya pengarah ketika itu).

Orang politik pertama yang dilantik memegang jawatan itu ialah Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail (1957-1969) dan A Aziz satu-satunya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilantik untuk memegang jawatan terbabit.

Kekosongan jawatan Ketua Pengarah DBP sejak 186 hari persaraan A Aziz sehingga rencana ini disiarkan menimbulkan beberapa tanda tanya termasuk mengapa Lembaga Pengelola DBP tidak mengemukakan pendirian berhubung perkara ini.

Lembaga Pengelola DBP kali ini menyerahkan sepenuhnya kepada kementerian dan menteri berkaitan meskipun mereka mempunyai peruntukan untuk mengemukakan perakuan sama ada memilih orang dari dalam DBP mahupun dari luar.

salhah@dbp.gov.my03-21481040                                                                                                                                                                        Tarikh kemaskini: 01/04/2005. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

    (Sumber : Berita Harian   (25/01/2005) )
 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 4774682
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11935501119355011193550111935501119355011193550111935501119355011193550111935501 
Hari Ini 746
Semalam 662
Minggu Ini 1810
Minggu Lepas 8743
Bulan Ini 35276
Bulan Lepas 64031
Semua 11935501

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 25/07/2014