Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 19hb Jun 2013  

  Kalendar Aktiviti Ibu Pejabat, Cawangan Sabah, Sarawak dan Pejabat Wilayah

<<   Jun 2013   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

  Majalah
  Kota Kata

DIETIL ETER

Takrif : cecair yang boleh meruap dan mudah terbakar serta mempunyai bau khusus, digunakan sebagai pelarut dan dahulunya digunakan sebagai ubat bius

...[Lagi]

 

 

  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan
  Video Pilihan

Gunakan istilah bahasa Melayu yang betul - Asmah

PAKAR pelbagai cabang ilmu di negara ini dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mencipta istilah terutama istilah bahasa Melayu tanpa merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP).

Langkah itu perlu untuk mengelak lahirnya bahasa rojak yang boleh menimbulkan kekeliruan makna kerana ia akan menyekat kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.

Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar, pakar profesional dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan komunikasi boleh menggunakan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu DBP yang dihasilkan dengan menggunakan khidmat profesional bidang akademik, sektor awam, swasta serta pendidikan.

Beliau berkata, mereka yang pakar sesuatu bidang perlu merujuk dan mematuhi pedoman umum itu bagi mengelak berlakunya penggunaan istilah bahasa Melayu yang tidak tepat dalam urusan rasmi.

Pedoman

Asmah yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan, pedoman itu dipermudah dengan gaya wacana yang relevan dalam konteks penggunaan bahasa ilmu berbanding dengan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 1975.

``Saya yakin penggunaannya nanti tidak menimbulkan pelbagai konflik kerana ia jelas menjadi pedoman kepada semua pihak termasuk universiti dalam menghasilkan buku dan tulisan dengan menggunakan istilah tatabahasa Melayu yang tepat dan betul,'' katanya selepas menyampaikan ceramah di Seminar Maklumat Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu yang berlangsung di Dewan Seminar Menara DBP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar itu dipengerusikan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Awang Sariyan.

Seminar tersebut dihadiri lebih 100 peserta bertujuan ke arah memantapkan istilah bahasa Melayu yang tersohor di negara ini.

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang penting untuk memperkasa dan mempertingkatkan bahasa kebangsaan dalam konteks ilmu bahasa.

Peristilahan

Ketika membicarakannya, Asmah berkata, buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu DBP itu merupakan panduan tatabahasa Melayu yang standard dan mempunyai ketepatan.

``Peristilahan bahasa Melayu sangat penting dalam sejarah bahasa Melayu kerana kita tidak mahu wujud variasi yang berbeza apabila menggunakan bahasa Melayu secara rasmi oleh penuturnya,'' tegas beliau.

Asmah merupakan seorang pakar bahasa dan peristilahan yang tersohor di dalam dan luar negara.

Beliau banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan bahasa dalam pelbagai aspek termasuk tatabahasa, fonologi, semantik, perkamusan, dialektologi, sosiolinguistik dan perancangan bahasa Melayu.

Menurut Asmah, kajian terhadap pedoman tersebut mudah difahami oleh sesiapa sahaja kerana ia digubal oleh mereka yang mempunyai kewibawaan dan profesional.

Beliau yakin penggunaan pedoman istilah bahasa Melayu baru itu amat penting untuk mendedahkan khalayak terhadap tatabahasa Melayu yang tepat dalam wacana ilmu.

 

salhah@dbp.gov.my03-21481040                                                                                                                                                                     Tarikh kemaskini: 04 April 2005. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani
   (Sumber : Utusan Malaysia   (17/01/2005) )

 
Dikemaskini pada 31 Dis 2008
: 3402359
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian





 Kaji Selidik

 

Apakah pandangan anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11275183112751831127518311275183112751831127518311275183112751831127518311275183 
Hari Ini 888
Semalam 4344
Minggu Ini 12299
Minggu Lepas 23321
Bulan Ini 52951
Bulan Lepas 67647
Semua 11275183

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2148 1011
Faksimile: 03-2144 7248(Am)
03-2144 5727(Bahasa)
03-2141 4109(Sastera)
03-2148 2945(Korporat)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

  Facebook DBP  Facebook PRPM   Facebook PUSPANITA DBP Twitter DBP Twitter  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.
Tarikh akhir kemas kini: 17 Jun 2013