Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 20hb September 2014  

MENINJAU PERMASALAHAN MELAYU DALAM GLOBALISASI

 

Oleh Hassan Omar

 

SEMINAR ZA?BA Mengenai Alam Melayu II bertema `Persepsi Antara Budaya Rumpun Melayu? di Hotel Prince & Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini, memberi tumpuan kepada permasalahan pendidikan dan cabaran identiti Melayu dalam era globalisasi.

Tidak ketinggalan seminar itu turut memberi perhatian kepada permasalahan yang melanda institusi kekeluargaan, masyarakat Jawa dan amalan perkara negatif masyarakat Melayu di alam Nusantara.

Seminar anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membabitkan pembentangan 44 kertas kerja di kalangan sarjana tempatan dalam pelbagai bidang.

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Saedah Siraj dan Pensyarah UPSI, Mohd Ariffin Ghazali, sependapat umat Islam Malaysia perlu menghasilkan kemajuan menggunakan pendekatan sepadan dengan kemodenan tetapi memelihara kesucian Islam.

Pendekatan terbabit penting kerana ilmu pengetahuan, inovasi dan teknologi menjadi sumber baru dalam ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan dan menjadi pemac utama pertumbuhan ekonomi negara.

?Usaha mewujudkan sahsiah Melayu yang disebut sebagai individu menara atau `towering individual? perlu dilaksanakan.  Komitmen, Iltizam dan kesungguhan semua pihak penting bagi merealisasikan usaha murni ini,? kata mereka dalam keras kerja `Era Globalisasi:  Persoalan Pendidikan dan Cabaran Identiti Bangsa Melayu?.

Mereka berharap peluang pendidikan sebanyak mungkin diberikan kepada kanak-kanak kerana pendidikan akan membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup dan memiliki budaya global.

?Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan era digital tetapi mereka perlu dilengkapkan dengan benteng mempertahankan budaya negara dan menjadi orang yang ingin belajar sepanjang hayat,? kata mereka.

Pensyarah Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), Mohd Mizan Mohd Aslam dan Shuhairimi Abdullah, sependapat globalisasi memberi ruang kepada aspek negatif menyelinap dalam keluarga.

?Hubungan kekeluargaan mulai renggang apabila berlakunya penghijrahan ke kota besar.  Hubungan suami isteri semakin bersifat materialistik apabila masing-masing sibuk dengan kerjaya dan kehidupan pejabat,? kata mereka.

justeru tidak menghairankan apabila krisis kekeluargaan seperti perceraian meningkat, kadar kelahiran merosot, tanggungjawab memelihara anak diserahkan kepada amah dan ibu bapa tidak lagi tinggal bersama.

Persoalan amalan negatif masyarakat Melayu dikupas empat pensyarah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUTTHO), Shah Rul Anuar Nordin, Md Akbal Abdullah, Abdullah Sulaiman dan Nik Kamal Wan Mohamad.

?Disebabkan segelintir orang Melayu terbabit dalam rasuah, minum arah, memfitnah, mengamuk dan berjudi, kita tidak boleh menyimpulkan perkara terbabit sebagai budaya nasional orang Melayu kerana hanya segelintir yang melakukannya,?  alam kertas kerja mereka `Nilai dan Amalan negatif Masyarakat Melayu:  Satu Analisis?.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Awang Sariyan, berkata orang Jawa di Malaysia sudah mencapai tahap asimilasi yang tinggi dengan masyarakat lain, terutama orang Melayu.

Meskipun mereka bangga akan warisan kebudayaan dan kebesaran tradisi bangsa serta berusaha mengekalkan beberapa aspek daripadanya tetapi kesetiaan mereka kepada Malaysia utuh.

?Generasi kini kebanyakannya tidak dapat membezakan warisan bangsa asal mereka daripada warisan besar bangsa Melayu serantau yang pada hakikatnya turut merangkumi bangsa berketurunan Jawa,? katanya dalam kertas kerjanya `Persepsi Keturunan Jawa di Malaysia Terhadap Bangsa Jawa di Tanah Induknya Dalam Konteks Keserumpunan Tamadun?.

 

         (Sumber : Berita Harian   (03/03/2005) )

 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 4925898
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11999930119999301199993011999930119999301199993011999930119999301199993011999930 
Hari Ini 652
Semalam 924
Minggu Ini 6546
Minggu Lepas 10558
Bulan Ini 26350
Bulan Lepas 36268
Semua 11999930

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 18/09/14