Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 2hb September 2014  

Perlu indeks menilai kemajuan Melayu

Pendapat

Wawancara dengan Prof. Diraja Ungku Aziz mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam akhbar Mingguan Malaysia menarik perhatian saya. Beliau telah mengingatkan kita kepada pemikiran Pendeta Za'ba mengenai kemiskinan Melayu.

Kata Pendeta Za'ba: ``Orang-orang kita Melayu pada hitungan am atau jumlahnya merupakan suatu kaum yang tersangat miskin. Kemiskinan adalah sifatnya yang terlebih sangat nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan miskin pada beberapa sifat keperangaian yang tinggi dan mulia.''

Kejayaan mengatasi kemiskinan orang Melayu bergantung kepada persepsi orang Melayu - bagaimana mereka melihat diri sendiri, masyarakat dan agama (Islam).

Di pihak kerajaan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan masalah kemiskinan Melayu ini dapat diatasi. Penyusunan semula syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dilakukan agar ia tidak bersaing dengan syarikat-syarikat bumiputera.

Sebelum itu, sewaktu melancarkan program Transformasi GLC Sebagai Pemangkin Kemajuan Pembangunan Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan transformasi GLC akan memajukan pembangunan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan pengurusan tertinggi yang menerajui GLC akan dinilai dengan menggunakan Kunci Penunjuk Pencapaian (Key Performance Indicators - KPI).

Sebagaimana yang disebut oleh Pendeta Za'ba, punca kegagalan bumiputera berkait rapat dengan persoalan budaya dan gaya hidup, sedangkan pemantauan kejayaan melalui KPI lebih bergantung kepada angka-angka ekonomi.

Oleh itu, pada pendapat saya, satu indikator baru yang menumpukan pada persoalan budaya dan gaya hidup mesti diwujudkan bagi menilai kejayaan GLC.

Jika diingatkan kembali kegagalan `jutawan-jutawan Melayu' yang dilahirkan oleh DEB sebelum ini, ia berkait rapat dengan budaya dan gaya hidup mereka. Sehubungan itu, tulisan Saifullian Yahya di dalam akhbar Mingguan Malaysia mengenai pengajaran yang boleh kita peroleh dari novel karya Keris Emas, ``Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur'' perlulah kita berikan perhatian.

Kegagalan jutawan Melayu tersebut mungkin boleh dimaafkan kerana ketika mereka dicipta untuk menjadi jutawan Melayu, kita tidak menyediakan kaedah yang dapat mengelakkan mereka daripada lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah kepada orang Melayu.

Tetapi hari ini keadaan sudah berbeza. Kita sudah ada Islam Hadhari. Maka, jadikanlah prinsip-prinsip asas Islam Hadhari sebagai Indeks Hadhari yang mengukur kejayaan GLC dan GLIC.

Sebagai contoh, prinsip kelapan Islam Hadhari menyebut tentang keutuhan budaya dan moral. Jika prinsip ini diambil kira oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri penyiaran, sudah tentu program realiti TV, drama telenovela dan `macam-macam ada' di TV tidak akan mangharu-birukan masyarakat kita. Keutuhan budaya dan moral mestilah diutamakan, bukannya berapa banyak SMS yang diterima!!

Begitu juga prinsip kesembilan Islam Hadhari mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam bidang hartanah dan pembinaan mestilah melaksanakan usaha pemulihan alam semua jadi. Jika ini dapat dilaksanakan isu-isu banjir kilat, tanah runtuh dan bukit gondol dapat diatasi.

Saya percaya dengan penggunaan Indeks Hadhari dan KPI ini, barulah Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020 mengikut acuan kita sendiri.

- ILYAS ISHAK, Kelana Jaya, Selangor.

Kirim pendapat anda melalui e-mel: pendapat@utusan.com.my

Tarikh kemaskini: 25 Oktober 2005. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

    (Sumber : Utusan Malaysia   (18/08/2005) )
 
Dikemaskini pada 31 Dis 2008
: 4858296
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11974732119747321197473211974732119747321197473211974732119747321197473211974732 
Hari Ini 69
Semalam 1083
Minggu Ini 2138
Minggu Lepas 7863
Bulan Ini 1152
Bulan Lepas 36268
Semua 11974732

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 28/08/2014