Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 1hb Oktober 2014  

Arena Wati lambang keakraban dua negara

Oleh Shaidah Shafie

 

SEMINAR kesusasteraan Dunia Arena Wati, Dunia Bugis dan Dunia Melayu di
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, Sabtu lalu, menyelongkar
corak pemikiran Sasterawan Negara (SN) itu lewat karya dan ketokohannya
sebagai pengarang dua negara.
  Tidak ketinggalan khalayak seminar yang diadakan sempena ulang tahun
ke-80 Arena Wati pada 30 Julai lalu turut diajak melihat ketokohannya
sehingga membolehkannya muncul sebagai lambang dunia kesusasteraan yang
tidak mengenal sempadan politik.
  Sasterawan Indonesia, Ajip Rosidi, menyifatkan pengarang kelahiran
Kalumpang, Makasar, Indonesia itu beruntung kerana mendapat penghargaan
di Malaysia meskipun percaturan politik antara Indonesia dan Malaysia
kadangkala menampakkan kekeruhan.
  "Hubungan sesama manusia pada dasarnya lebih mendalam dalam bidang
budaya dan Arena Wati menjadi bukti kebenaran perkara ini. Karyanya
selalu diperkatakan pada wacana sastera yang membabitkan khalayak
Malaysia dan Indonesia," katanya dalam ucaptamanya pada seminar anjuran
Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP.
  Ajip yakin Arena Wati yang dikurniakan ilham dan terus meluncur laju
meskipun pada usia 80 tahun, tidak mungkin menjadi penulis prolifik
sehingga dinobatkan sebagai SN jika beliau terus berada di Makasar.
  "Arena Wati yang menggunakan pelbagai nama samaran beruntung kerana
dunia sastera di Malaysia sentiasa giat mengadakan dialog dan pertemuan
membabitkan khalayak sastera Malaysia dan Indonesia," katanya.
  Arena Wati yang pernah menjadi pelaut dan memilih untuk menetap di
Johor Bahru dan Singapura dan kemudiannya dikurnia kerakyatan Malaysia
selepas berkahwin dengan Halimah Sulong yang berasal dari Pontian, Johor.
  Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP, Mohamad Daud Mohamad,
melihat setiap novel Arena Wati membawa khalayak menggali pemikiran
pengarang itu yang kritis terhadap budaya dan kehidupan manusia.
  "Permasalahan manusia daripada sekecil-kecilnya sehingga
sebesarbesarnya dikupas secara rinci dan teliti tanpa melupakan unsur
kebudayaan dan kemasyarakatan di sekelilingnya," katanya ketika
memperkatakan Teori Studi Budaya dalam Novel Arena Wati: Suatu Pembacaan.
  Fenomena manusia mengharungi fitrah kehidupan dengan unsur budaya
melingkarinya dikatakan terserlah dalam novel Sudara, Bengawan dan
trilogi Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak.
  "Fenomena sedemikian jelas dalam kebanyakan novel Arena Wati kerana
pembacaannya yang luas dan pengalamannya sebagai pelaut. Apabila membaca
karya beliau, kita dengan sendiri berdepan tiga warna kebudayaan iaitu
tradisi, Islam dan Barat," katanya.
  Penggiat Seni di Makasar, Indonesia, Safrullah Sanre, melihat jangka
masa 1942 hingga 1948 dalam cerpen berangkai Arena Wati, Warna Sukma Usia
Muda, jangka masa sulit dan berbekas bagi warga Makasar kerana mereka
korban penjajahan bangsa asing.
  "Pengamatan akar budaya dan pemikiran semasa Arena Wati terbentuk
daripada faktor sejarah yang tertanam jauh di bawah ambang antara satu
daerah dengan daerah lain hingga menjadi inti pati penting untuk
menangkap mandiri SN ini," katanya ketika memperkatakan Ethos Impian
Bunda-Pertiwi dalam Cerpen Berangkai Arena Wati.
  Bendahari Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Hamzah Hamdani,
melihat cerpen dan novel Arena Wati membawa pembaca kepada latar peta
kebudayaan Melayu yang luas, malah jiwa dan semangat manusia Melayu yang
ditonjolkannya menerobos ke dunia antarabangsa.
  "Cerpen Arena Wati dalam Antara Dua Deru (ADD) mewakili pengalaman
hidup, pengetahuan dan ketrampilan beliau dalam genre itu yang ditangani
lebih setengah abad dan boleh dijadikan teladan oleh pengarang generasi
muda," katanya ketika membicarakan ADD: Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke
20ent karya Arena Wati.
  Dua puluh cerpen Arena Wati dalam ADD dikatakan memperlihatkan
perkembangan pemikiran dan ketrampilan teknik pengolahan SN itu dalam
tempoh lima dekad selain ia memukau kerana kebanyakan cerpennya
menampilkan geografi dan watak antarabangsa.
  Dengan pemahaman sejarah, budaya dan psikologi manusia, Arena Wati,
menyerapkan pemikiran falsafah mengenai manusia dan kemanusiaan serta
menyarankan hala tuju kewujudan manusia dalam negara bangsa terutama
dalam konteks bangsa Melayu.
  "Karya Arena Wati yang mendalam dan kaya dengan pengalaman sewajarnya
dimanfaatkan pengarang generasi muda yang ada kini demi perkembangan
kesusasteraan berbahasa Melayu di Malaysia khususnya dan Nusantara
umumnya," katanya.
  Profil
  Arena Wati
  * Nama sebenar: Muhammad Abdul Biang @ Andi Muhammad Dahlan Andi Buyung.
  * Nama samaran: Arena Wati, Duta Muda, Putria.
  * Tarikh Lahir: 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupatan, Jeneponto,
Makasar, Indonesia.
  * Anugerah: Sea Write Award (1985), Sasterawan Negara (1985).

Tarikh kemaskini: 25 Oktober 2005. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

         (Sumber : Berita Harian   (04/08/2005) )

 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 4956125
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




SOAL SELIDIK

KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP

BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

Jumlah Capaian
  12016357120163571201635712016357120163571201635712016357120163571201635712016357 
Hari Ini 1740
Semalam 3198
Minggu Ini 7936
Minggu Lepas 8422
Bulan Ini 1740
Bulan Lepas 41037
Semua 12016357

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 01/10/2014