Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 24hb April 2014  

Puisi Bahasa
 Jambatan Bahasa

Bicara Bahasa
 Bahasa dan Intergrasi Nasional

Agenda Bahasa
Nyalakan Nyali

Bahasa Disanjung Budi Dijunjung

Masyarakat Cina dan Bahasa Melayu

Penyelidikan Membina Tamadun Bangsa

Guru Bahasa Kedua

 Bahasa Dan Masyarakat
Ahli Sukan dan Bahasa

Laras Bahasa Teks Berita

6i dalam Nasionalisme

Penterjemahan Mengecilkan yang Luas

Diari  Bahasa

 Bahasa Dan Pemikiran
Berkomunikasi kerana Berfikir?

Bahasa Dan Penyelidikan
Komunikasi Orang Sindhi di Malaysia

 Bahasa Dunia
Bahasa Portugis

 Bahasa Dan Peristiwa Menjambatani Kerjasama Kebahasaan Serantau

Nostalgia Bahasa Jiwa Bangsa

Pemodenan Menghakis Bahasa

Puisi Penyatu Kaum

Petik  Bahasa

BICARA BAHASA

BAHASA DAN INTEGRASI NASIONAL

Armin Azhari Saleh

Kerajaan mengisytiharkan bulan September sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) sejak tahun 1999 se­bagai bukti kesungguhannya dan keseriusannya dalam mengukuhkan dan memerkasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara bagi menghadapi cabaran era globalisasi. Bulan September dipilih sebagai BBSN kerana, antara lain, kesedaran rakyat terhadap kemerdekaan, nasionalisme, dan patriotisme pada bulan itu dan bulan sebelumnya. Hakikatnya, perjuangan kemerdekaan tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan bahasa.
  BBSN dapat dijadikan juga platform untuk memperbaharui dan memperkukuh semangat dan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya bahasa kebangsaan dalam mewujudkan integrasi nasional di ne­gara yang berbilang bangsa dan bahasa. Hal ini demikian kerana keba­nyakan daripada kita, terutama penduduk Semenanjung Malaysia, lupa akan tarikh keramat 16 September, iaitu hari ulang tahun penubuhan Malaysia, mungkin kerana hari itu bukan hari cuti umum. BBSN dapat dianggap berjaya jika semua bangsa menggunakan satu bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, kepentingan dukungan pucuk kepemimpin­an negara tidak dapat dinafikan.
   Pada kesempatan ini, Dewan Bahasa merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Dr. Anwar Ridhwan kerana menerima Anugerah Penulis Sastera (Novel dan Cerpen) daripada kerajaan Selangor. Tentunya mantan Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu akan menghasilkan lebih banyak karya, terutama yang berakar tempatan dan berakal antarabangsa bagi memenuhi agenda negara kini, sejak bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada 5 Ogos 2005 yang lalu.
Selamat menyambut Hari Malaysia ke-42.


 


 


AGENDA BAHASA

BAHASA DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

Oleh Abdul Rahim Abdul Rashid

BUDI BAHASA ialah rangkai kata yang mempunyai makna yang amat ideal atau unggul yang melambangkan ketinggian budaya sesuatu bangsa. Kekuatan dan kemantapan sesuatu bahasa daripada aspek budayanya amat bergantung pada aspek kesopanan, kehalusan, nilai instrumental, keterampil­an ekspresi, penyampaian berhemah, moral, akal budi, estetika, dan sebagainya. Budaya sebagai lambang ketamadunan bangsa berkembang dan diperkasakan oleh aspek bahasa dan budi.
   Cetusan aspek bahasa dan budi begitu do­minan mempengaruhi perkembangan budaya bahasa Melayu sejak awal perkembangan budaya itu di Nu­santara. Antara cetusan yang popular tentang bahasa dan budi termasuklah orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa, hancur badan dikandung tanah budi yang baik dikenang juga, bahasa menunjukkan bangsa, dan bahasa jiwa bangsa.
  Pantun yang berikut pun memaparkan kaitan antara bahasa dengan budi.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
  Hubungan antara bahasa dengan budi amat intim, sehingga menyebabkannya disuarakan dalam pepatah bahasa disanjung budi dijunjung. Pepatah ini bermaksud bahawa kedudukan sesuatu bahasa itu sama tingginya dengan kepentingan budi dalam kehidupan manusia. Pada umumnya, hubungan bahasa yang mempunyai nilai budi ialah bahasa yang mencerminkan unsur yang berikut, iaitu bahasa yang mempunyai nilai budi yang tinggi, bahasa yang bersopan santun, bahasa yang dapat menghubungkan hati nurani manusia, bahasa yang menyanjung jasa baik dan budi yang luhur, bahasa yang melambangkan keluhuran hati budi, bahasa yang indah, bahasa yang halus dan tinggi pekertinya, bahasa yang instrumental dan sentimental, bahasa yang menyentuh perasaan, bahasa yang mencabar pemikiran dan kebijaksanaan, bahasa berbudaya tinggi, bahasa yang mempunyai maksud tersirat, bahasa yang kritikal penyampaiannya, bahasa yang membina nilai kemanusiaan, bahasa yang membina kemesraan dan kebanggaan, bahasa yang melambangkan imej diri bangsa, bahasa yang teguh jati dirinya, dan bahasa yang tersohor budayanya.
   Budaya berbudi bahasa perlu menjadi budaya hidup masyarakat kita. Hal ini memerlukan per-ubahan minda dan reformasi budaya dari segi penggunaan bahasa berbudi bahasa, khususnya yang melibatkan tatacara berkomunikasi, peradab-an bahasa dalam pengurusan, peningkatan unsur kemesraan pelanggan, penonjolan sifat, dan menghormati tetamu.  Penggunaan bahasa Melayu berbudi bahasa dapat ditonjolkan dalam mencorakkan budaya tinggi, seperti pengucapan yang berhemah kepada pelancong asing atau tetamu luar negara. Contohnya, selamat datang (welcome), selamat jalan (good bye, have a nice journey), apa khabar tuan? (How are you sir?), selamat pagi (good morning), selamat malam (good night), terima kasih (thank you), semoga gembira (have a nice day), silakan masuk (please come in), dan datang lagi (come again)...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa September 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari Untuk melanggan sila layari

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                           Tarikh kemaskini: 28 Oktober 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Cliff Akid Kamijan, Bahagian Majalah.

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
: 4493291
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian
 e-Perkhidmatan
e-Komuniti
 e-Karya
  e-Penerbitan
 e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11779553117795531177955311779553117795531177955311779553117795531177955311779553 
Hari Ini 1006
Semalam 1520
Minggu Ini 5878
Minggu Lepas 7256
Bulan Ini 28502
Bulan Lepas 34779
Semua 11779553

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/04/2014