Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 26hb Oktober 2014  

Puisi Bahasa
 Aku, Cinta, dan Percakapan Bahasa yang Lain

Petik  Bahasa

Bicara Bahasa
 Yang Indah Itu Bahasa

Agenda Bahasa
Budi Bahasa dan Peradaban Bangsa

Jangan Salah Mulut

Kejor Yop Kejor

Prinsip Kesantunan Berbahasa

Budi Bahasa dan Makin Luntur?

Bahasa Bebas Konflik

Budi Bahasa dan Sosiolinguistik

Budi Bahasa dalam Pengajaran Bahasa

Budi Bahasa di Bilik Darjah

Bahasa Surat Rasmi

Tinggi Bangsa Kerana Bahasa

Bahasa Penjaga Budaya

Budi Bahasa dan Pantun

Bahasa Lagu Dodoi Bajau

Diari  Bahasa

 Bahasa Dunia
Bahasa Gaelic

 Bahasa Dan Peristiwa Sirih Pulang ke Gagang

Globalisasi dan Jati Diri

Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu

Pencapaian Linguistik Bahasa Melayu

BICARA BAHASA

YANG INDAH ITU BAHASA

Armin Azhari Saleh

Tentu kita masih ingat akan adegan pengawal Studio Jalan Ampas, Singapura, “membahasakan” Sudin kerana tersinggung apabila Sudin tidak menggunakan bahasa yang santun terhadapnya dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Yang ingin ditekankan di sini ialah bahawa unsur penting dalam amalan nilai dan budi bahasa ialah penggunaan bahasa yang santun. Baik pertuturan mahupun pe­nulisan, penggunaan bahasa itu perlu mematuhi prinsip kesantunan berbahasa. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang santun, tidak kira apa-apa bahasa pun, mencerminkan masyarakat penggunanya. Jika baik bahasa yang digunakannya, maka baiklah pandangan orang lain terhadap masyarakat bahasa itu, dan begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, tinggi bangsa kerana bahasa.
   Dalam Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, amalan penggunaan bahasa yang santun akan diterapkan ke dalam semua institusi – ke-keluargaan, kemasyarakatan, pemelajaran, dan perkhidmatan. Amalan yang dimaksudkan membabitkan, misalnya, hubungan an-tara ibu bapa dengan anak, antara guru dengan pelajar, antara jurulatih de-ngan ahli sukan, dan antara pengirim dengan penerima surat. Hasilnya tentulah masyarakat yang saling memahami, yang saling menghormati, yang dapat membantu usaha pembinaan negara dan bangsa yang bersatu padu, harmoni, dan sebagainya yang dapat merealisasikan maksud Rukun Negara yang kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Jika cemerlang, gemilang, dan terbilang bangsa itu, maka cemerlang-lah, gemilanglah, dan terbilang-lah negara bangsa itu.
    Pada kesempatan ini, Dewan Bahasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Salmah Abdul Rahman, yang kembali ke rahmatullah pada 31 Mei 2005 yang lalu ke--tika berusia 55 tahun. Allahyarham bertanggungjawab terhadap penulisan Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu yang rasmi – hal yang kurang diketahui oleh masyarakat umum. Namun begitu, sumbangan dan jasa Allahyarham kepada pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan begitu bermakna walaupun tidak banyak. Semoga Allah mencucurkan rahmat terhadap rohnya.


 


 


AGENDA BAHASA

JANGAN SALAH MULUT

Oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah

BUDI BAHASA dan nilai murni ialah sifat sejagat, yang menggambarkan perilaku seseorang dan sebagai pancaran amalan budaya dan tamadun sesuatu bangsa. Budi bahasa dan nilai murni ini diamalkan melalui pengucapan yang bertatasusila dan tingkah laku yang bersopan santun.
   Amalan budi bahasa dan nilai murni ini perlu ada pada setiap individu dan diamalkan pada setiap masa. Kedua-duanya dapat membawa kesejahte­raan kepada rakyat, bangsa, dan negara. Amalan ini telah lama tersemai dalam kehidupan bangsa dan tamadun Melayu dan hal ini terbukti melalui pantun Melayu.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
  Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
  Budi yang baik dikenang juga.

Tanam serai tanam halia,
  Tanam juga pokok sengkuang;
Orang berbudi disanjung mulia,
  Ke mana pergi tiada terbuang.

   Penerapan amalan budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia perlu diterima secara terbuka. Penyebarannya perlu berterusan melalui media, kempen, aktiviti ming­gu perpa­duan, seminar, mesyuarat, aktiviti pe­rayaan, tempat awam, institusi awam dan swasta, dan sebagainya. Menurut Khalid Ibrahim, Ketua Pe­ngarah Biro Pengaduan Awam (BPA), “pene­­rap­an amalan budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan kakitangan jabatan kerajaan serta anggota masyarakat bukan sahaja memudahkan urusan, malah dapat mengurangkan 30 peratus aduan yang diterima oleh BPA. Hal ini demikian kerana aduan tentang kakitangan jabatan kerajaan, terutama di bahagian kaunter, bersikap kasar dan enggan melayan orang ramai yang membuat urusan, adalah antara aduan yang sering diterima oleh biro berkenaan”.
  Hang Tuah pernah berkata “tak akan hilang Melayu di dunia”, dan itulah hakikatnya pada masa ujaran itu dilafazkan. Malah, itulah juga harapan kita. “Melayu” yang kaya dengan nilai sopan santun, kepahlawan­an, serta kesetiaan kepada raja dan negara semakin terhakis nilai itu dalam arus globalisasi. Memang arus globalisasi dikatakan tiada sempadan, tetapi adakah bangsa Malaysia hari ini tiada daya untuk membina sempadan?
  Ujaran Hang Tuah itu mungkin merupakan pesanan agar aspek nilai yang ada pada bangsa Melayu dipelihara buat selama-lamanya. “Melayu” yang dimaksudkan oleh Hang Tuah merujuk kepada bangsa Melayu dalam erti bangsa Melayu yang mem­punyai ciri Melayunya yang sejati, iaitu bangsa yang santun, yang menghormati pemimpin, berdaya me­negakkan bahasa, bangsa, dan budaya yang agung se­perti yang berlaku pada zamannya, taat kepada negara, dan sebagainya. Namun begitu, kini nilai yang paling ketara lenyap ditelan masa ialah kelembutan budi bahasa dalam kalang­an bangsa Malaysia, khususnya orang Melayu, dan memang tidak dapat dinafikan bahawa masa seakan-akan mengubah segala-galanya.
  Maka, kempen amalan budi bahasa dan nilai murni pun dilaksanakan di semua peringkat dan disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat. Budi bahasa harus menjadi tunjang bangsa yang bertamadun dan merdeka. Bangsa yang merdeka mempunyai perlembagaan dan prinsip yang tersendiri. Amalan budi bahasa ditekankan dalam prinsip Rukun Negara yang kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Pelaksanaan prinsip kelima ini agak dipinggirkan lantaran kealpaan rakyat Malaysia mencipta slogan baharu bagi memburu kemajuan sehingga kita “boleh” segala-galanya – boleh melawan guru, boleh menjadi samseng di jalan raya, boleh menerima rasuah, boleh meng­edar dadah, boleh memaki hamun orang lain dan 1001 macam boleh. Kempen budi bahasa dan nilai murni perlu disokong tanpa berbelah bahagi dan direa­li­sasikan di semua peringkat dan lapisan masyarakat kerana amalan itu membawa kesejahte­raan kepada rak­yat, bangsa, dan negara. Usaha positif ini bertujuan me­realisasikan prinsip Rukun Ne­gara yang kelima agar bangsa Malaysia kembali hi­dup se­bagai bangsa yang bersopan santun dan bertatasusila.
   Dalam keghairahan kita berlumba-lumba mengejar ke­­­­­hi­­dupan moden, kita mengabaikan nilai murni yang kita amalkan turun-temurun. Sikap tolong-menolong dalam ka­langan masyarakat semakin pudar. Begitu juga de­ngan sikap menghormati guru. Murid sudah berani melawan guru dengan ungkapan yang kesat dan lucah. Dahulu, hal begini jarang-jarang berlaku. Masyarakat dahulu memen­tingkan budi bahasa. Budi bahasa menjadi hiasan kata yang diujarkan dan perhiasan badan orang yang menuturkannya. Mulut yang tidak berbahasa akan binasa. Hal inilah juga yang menjadi salah satu sebab J.W.W Birch, Residen British yang pertama di Tanah Melayu, dibunuh. Sikapnya yang angkuh dan sombong, di­tambah oleh bahasanya yang kasar menyebabkan Birch dihapuskan dari bumi Perak.
   Petanda yang menunjukkan amalan budi bahasa ini semakin terhakis ialah kurangnya rasa hormat kepada golongan yang lebih tua, termasuk guru, ibu bapa, pemimpin, dan orang tua. Hal ini terbukti melalui penggunaan bahasa yang celupar dan kurang ajar, mulut yang berbisa dengan kata yang sering menyinggung perasaan, dan mulut yang berat untuk mengucapkan terima kasih setelah memperoleh sesuatu. Golong­an ini juga tidak teragak-agak melayan pelanggan de­ngan bahasa yang kasar dan menafikan hak orang ramai untuk mendapatkan layanan yang mesra ketika berurusan dengan mereka. Sebagai akibatnya, timbul ketegangan antara mereka yang berpunca daripada sikap individu yang tidak mengamalkan budi bahasa, sebaliknya suka marah-marah apabila peraturan tidak dipatuhi atau permintaan tidak dipenuhi. Namun begitu, jika petugasnya berbudi bahasa dan dapat memberikan penerangan dengan menggunakan bahasa yang halus, darah yang panas akan menjadi sejuk.
   Budi bahasa ialah nilai murni yang perlu ada pada setiap individu dan diamalkan. Tutur kata yang sopan perlu dipraktikkan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia kerana sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana dan biar salah kain, jangan salah mulut. Oleh sebab itu, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab me­­­mupuk amalan budi bahasa dan nilai murni dalam kalang­an ahlinya. Jika tidak disogokkan selalu, kesedar­an masyarakat tentang pentingnya budi bahasa ini akan lenyap. Hal ini dapat mencetuskan gejala kurang ajar dalam kalangan pel­bagai pihak, khu­susnya ge­nerasi muda. Gejala yang ketara dalam kalangan ge­nerasi muda ini, jika tidak dikawal, akan menjadi sema­kin tenat sehingga dapat meruntuhkan negara bangsa yang berbudaya tinggi dan berpekerti mulia.
   Oleh sebab amalan berbudi bahasa ini semakin terhakis, pelbagai langkah diatur supaya amalan ini dapat ditegakkan kembali. Yang pertama, mendedahkan amalan budi bahasa dan nilai murni melalui penggunaan kata sapaan dan kata panggilan yang hormat dan santun, seperti tuan, encik, puan, abang, dan pak cik. Penggunaan kata sapaan dan kata panggilan yang santun mengikut konteks dan situasi akan menyerlahkan kebolehan dan kemampuan berkomunikasi se­seorang penutur itu. Malah, penggunaan kata sapaan dan kata panggilan ini, selain menonjolkan keperibadian penutur itu, turut mening­katkan martabat bahasa dan jati diri ...  

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Julai 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari Untuk melanggan sila layari

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                           Tarikh kemaskini: 28 Oktober 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Cliff Akid Kamijan, Bahagian Majalah.

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 5027749
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12050410120504101205041012050410120504101205041012050410120504101205041012050410 
Hari Ini 663
Semalam 624
Minggu Ini 663
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 35793
Bulan Lepas 41037
Semua 12050410

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014