Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 19hb September 2014  

Puisi
Langkah Terakhir Seorang Pejuang Kecil.

Tokoh Bahasa
Juriah Long.

Halaman Lima
Memanusiakan Manusia.

Komentar Bahasa
Kehebatan Bahasa Melayu.

Sari Bahasa
Melihat Struktur Ayat dalam Pantun.

Sari Bahasa
Bahasa Menampung Makna Sastera.

Sari Bahasa
 Bahasa yang Indah Mengangkat Nilai Sastera.

Sari Bahasa
 Bahasa dan Sastera Bagai Lagu dengan Irama.

Sari Bahasa
Apresiasi Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu .

Dunia Bahasa
Bahasa Merentas Sentimen Politik.

Dunia Bahasa
Akronim dan Singkatan.

Ujana Bahasa
 Bentuk, Tema dan Fungsi Pantun.

Motivasi Pelajar
Siapakah Idola Pilihan Remaja?

Berita Bahasa
Majlis Wacana Karya Anwar Ridhwan.

Sastera dalam Bahasa
Ibu sebagai Penawar Hati dalam "Virus Zel untuk Abah".

Sastera dalam Bahasa
Latar dalam Novel Anak Din Bola.

Cemerlang Bahasa
Penggolongan Kata.

Cemerlang Bahasa
Peribahasa Bukan Puisi.

Gaya Bahasa
Ambo, Demo dan Hang dalam Pantun.

Cerpen
Dengarlah Sayang...

Warisan Bahasa
WJAJ: Majalah Jawi Setengah Abad.

Warisan Bahasa
Pantun Wibawa Bahasa.

Bijak Bahasa
Koas Kata:Babang dan Bagas.

Bijak Bahasa
Teka Silang Kata.

Pustaka Bahasa
Rujukan Bahasa Melayu Terkini.

 

HALAMAN LIMA

Memanusiakan Manusia

Oleh  Junaidah Ahmad Ghazali

TENTANG peri pentingnya peranan sastera dalam kehidupan manusia tidak sesiapa yang dapat menafikannya. Dengan memanfaatkan hasil kesusasteraan, insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani dapat  dibentuk. Sementara bahasa pula menjadi wahana utama yang menunjangi penghasilan karya sastera. Tanpa bahasa, mana mungkin sastera sebagai sahsiah sesuatu bangsa dapat diungkapkan. Tegasnya, bahasa dan sastera saling memerlukan dan saling memenuhi fungsi masing-masing.
 Menyedari hakikat inilah, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menitikberatkan penerapan minat terhadap kesusasteraan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada 22 Jun 1999, pihak kementerian telah mengumumkan bahawa pelajar menengah rendah dan menengah atas, tanpa mengira aliran sama ada sains, sastera, vokasional, teknik mahupun agama, diwajibkan mempelajari kesusasteraan Melayu atau kesusasteraan Inggeris. Kesusasteraan ini diterapkan sebagai komponen dalam pengajaran dan pemelajaran (Komsas) mata pelajaran bahasa, sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
 Melalui karya sastera, walau dalam apa-apa bahasa pun, nilai-nilai murni diterapkan sebagai teladan kepada pembaca. Moral yang cuba disampaikan oleh pengarang melalui karya sastera dapat dijadikan pedoman oleh pembaca atau masyarakat bagi membezakan antara perkara atau sikap yang baik dengan perkara atau sikap yang buruk. 
 Sementara bahasa, selain sebagai medium, turut berperanan dalam mempengaruhi pembaca untuk  memanfaatkan mesej yang ingin disampaikan boleh pengarang.  Bahasa atau gaya bahasa yang digunakan secara bijaksana, pasti dapat menyerlahkan kehebatan sesebuah hasil karya sastera. Yang pasti, tanpa bahasa, tidakkan wujud sebuah karya sastera. 
 

SARI BAHASA


Bahasa dan Sastera: Bagai Lagu dengan Irama


Oleh  Mohamad Shahidan

  BAHASA ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan sesebuah kelompok manusia. Sementara kesusasteraan pula ialah hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.  Demikianlah maksud bahasa dan kesusasteraan atau sastera dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
   Daripada maksud bahasa dan kesusasteraan yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat hal-hal yang menarik untuk ditinjau dengan lebih lanjut lagi.  Yang pertama ialah bahasa sebagai alat perhubungan. Pernyataan ini bermaksud bahasa ialah alat komunikasi yang penting antara individu dengan individu yang lain.  Melalui bahasa, individu memberikan pandangan, buah fikiran dan mengupas sesuatu isu, misalnya.  Selain itu, bahasa ialah alat yang penting untuk meluahkan perasaan - suka atau duka, marah atau benci.
  Lingkungan sesebuah kelompok manusia pula merujuk kepada lingkungan yang berkongsi bahasa yang sama.  Bahasa Melayu umpamanya, dikongsi bersama oleh kelompok yang terdiri daripada orang-orang Melayu dan kaum-kaum lain yang memahami bahasa Melayu.  Hal ini merupakan syarat yang penting untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan atau komunikasi yang berkesan antara individu Melayu dengan individu Melayu yang lain atau dengan individu bukan Melayu.
   Bahasa juga bukanlah merupakan alat komunikasi semata-mata. Fungsi bahasa berhubungan dengan setiap aspek yang lain dalam kehidupan kita. Cara kita bertindak balas kepada orang lain misalnya, memberikan kesan terhadap cara orang lain bertindak balas terhadap kita. Kita memahami dunia ini melalui bahasa.  Kita memahami sesuatu yang sedang berlaku di dunia ini dan kita memberikan reaksinya.
   Tentu sahaja masih banyak yang dapat kita perkatakan lagi tentang bahasa secara umum.  Namun demikian, memadai dengan tumpuan ringkas pada bahasa sebagai alat perhubungan dalam lingkungan sesebuah kelompok manusia. Hal ini demikian kerana maksud kesusasteraan yang terkandung dalam Kamus Dewan harus dilanjutkan penjelasannya juga.  Dengan hal ini, gambaran tentang bahasa dan kesusasteraan akan kelihatan seimbang.
  Kesusasteraan, memang merupakan hasil seni bahasa yang terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.  Kedua-dua bentuk ini dapat kita golongkan  dalam prosa tradisional dan prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.  Prosa tradisional, antaranya terdiri daripada sastera epik, sastera Sejarah, sastera kitab dan sastera undang-undang dan ketatanegaraan.  Prosa moden pula ialah cerpen, novel dan drama.  Puisi tradisional terdiri daripada pantun, syair, nazam, gurindam, seloka dan prosa berirama, antaranya. Puisi moden pula dikenal sebagai sajak.  Demikian penerimaan umum tentang puisi moden, meskipun secara lebih terperinci terdapat perbezaan antara puisi dengan sajak.
  Sama ada prosa tradisional mahupun prosa moden, puisi tradisional mahupun puisi moden, semua karya sastera ini dihasilkan dengan menggunakan bahasa.  Tanpa bahasa, tidak mungkin akan terhasilnya genre-genrenya yang kita kenal, baca dan dengar. Hal ini secara langsung menunjukkan bahawa bahasa mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan hasil-hasil kesusasteraan.  Malah, lebih tepat dan jelas lagi, bahasa ialah alat yang paling penting pada hasil-hasil kesusasteraan. Hasil-hasil kesusasteraan memfokuskan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan pencipta.
  Hubungan manusia dengan manusia terpancar pada tingkah laku dan batinnya.  Hubungan manusia dengan alam menggambarkan alam sebagai latar kehidupan manusia, bagaimana manusia bertindak pada alam dan bagaimana tindakan alam atas perbuatan manusia terhadapnya. Hubungan manusia dengan penciptanya membicarakan soal keagamaan – bagaimana manusia sebagai khalifah di dunia ini dan sekali gus hamba kepada-Nya dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
  Ketiga-tiga persoalan yang terdapat dalam hasil-hasil kesusasteraan bertujuan untuk membentuk individu supaya menjadi “manusia yang baik”.  Maksudnya ialah menjaga hubungan antara manusia dengan manusia agar keharmonian hidup terpelihara.  Hubungan manusia dengan alam pula bertujuan menyedarkan manusia betapa pentingnya alam sekitar pada kehidupan ... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa Disember 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari .
 
Untuk melanggan sila layari

azrina@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini: 26 November 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat:Azrina Md. Zain, Bahagian Majalah.

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
: 4924734
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11999248119992481199924811999248119992481199924811999248119992481199924811999248 
Hari Ini 894
Semalam 1026
Minggu Ini 5864
Minggu Lepas 10558
Bulan Ini 25668
Bulan Lepas 36268
Semua 11999248

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 18/09/14