Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 21hb Oktober 2014  

Sastera tradisional sarat panduan penting masyarakat moden

Halimah Hassan, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), penggerak
pementasan sastera rakyat oleh pelajar UPM. Ikuti wawancara wartawan
Sastera,
NAZMI YAAKUB dengan beliau
  APAKAH kepentingan sastera tradisional dalam konteks zaman serba moden
ini?
  Sastera tradisional menggambarkan pemikiran masyarakat Melayu. Melalui
sastera ini, kita dapat melihat jati diri dan bentuk pemikiran masyarakat
Melayu dalam menyelesaikan masalah berbangkit. Hasilnya, kita berupaya
mendapat idea dan panduan daripada pengalaman silam terutamanya sastera
sejarah yang menceritakan bagaimana pemerintah seperti sultan, bendahara
dan orang besar menyelesaikan masalah rakyat dan negara.
  Masyarakat kurang melihat kepentingan sastera tradisional. Apakah
pandangan Halimah?
  Kita dimomokkan golongan tertentu yang mendakwa sastera tradisional
tidak memberi manfaat pada masa depan. Ia tidak benar kerana jika kita
berani melaburkan sedikit masa untuk mengkaji teks lama, kita akan
menemui pelbagai panduan penting. Umpamanya naskhah sastera tradisional
dari Pahang memperlihatkan bagaimana sikap orang Melayu bercakaran sesama
sendiri kerana berebut takhta dan kepentingan diri sehingga sanggup
mengundang campur tangan luar. Malahan, kita juga boleh mendapat iktibar
daripada amalan orang Melayu. Walaupun ada amalan berunsur khurafat
tetapi masih ada banyak amalan membina jati diri Melayu. Begitu juga
dengan sastera tradisional berkaitan perubatan kerana masyarakat moden
masih boleh memanfaatkannya.
  Apakah perkara yang mengekang khalayak mendekati sastera tradisional?
  Khalayak sukar memahami bahasa sastera tradisional. Usaha translitrasi
daripada tulisan jawi kepada rumi diperlukan. Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) umpamanya ada 19 teks termasuk teks agama dan sejarah yang akan
dirumikan. Begitu juga Yayasan Pahang menghasilkan Hukum Kanun Pahang
dalam dua tulisan, iaitu jawi dan rumi. Teks sedemikian membolehkan kita
mengenali manuskrip Melayu dan menghayati kegigihan orang Melayu dulu
menurunkan ilmu. Penulisan teks mengambil masa lama sehingga sehingga
kita dapat melihat perubahan gaya tulisan dan dakwat sepanjang
penghasilannya.
  Apakah yang dimaksudkan dengan kesukaran memahami laras bahasa teks
sastera tradisional?
  Banyak teks Melayu tradisional menerima pengaruh bahasa Arab. Istilah
yang digunakan juga sudah jauh berubah. Teks sastera tradisional juga
mempunyai banyak makna tersirat. Alasan ini sering digunakan oleh pelajar
yang tidak mahu menjadikan teks sastera tradisional sebagai bahan kajian.
Usaha translitrasi perlu diperbanyakkan dan kerajaan melalui Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan perlu memperuntukkan dana untuk ini.
  Apakah masalah utama pelajar dalam memahami sastera tradisional?
  Masalah utama ialah minda. Tanggapan yang menganggap pelajaran sastera
tidak setaraf dengan pelajar aliran sains menghilangkan semangat mereka.
Apabila mereka diminta melakukan kerja berkaitan sastera, mereka tidak
ghairah menyertainya kerana beranggapan tidak membantu untuk mendapatkan
pekerjaan.
  Apakah pendekatan yang sudah diambil bagi mengatasi masalah ini?
  Untuk penulisan kreatif moden, Jabatan Bahasa Melayu mengadakan kursus
penghayatan sastera, Mereka diajar kaedah menulis cerpen dan novel. Untuk
sastera tradisional, mereka diwajibkan mementaskan sastera rakyat dan
pemarkahan kelulusan kursus ini diambil kira. Bermula dengan 10 peratus,
kini markahnya dinaikkan kepada 40 peratus. Ini sebagai galakan agar
pelajar menghasilkan pementasan bermutu. Melalui pementasan pelajar dapat
mempelajari kaedah lakonan, tarian, pengurusan pra persembahan dan
pemasaran.
  Apakah kesan utama persembahan sastera rakyat kepada pelajar?
  Ia memberi pengalaman baru kepada pelajar untuk mengurus kegiatan dan
ini dapat membina keyakinan diri kerana mereka terpaksa berurusan dengan
pelbagai pihak dalam menjayakan sesuatu persembahan. Mereka terdedah
kepada cerita sastera rakyat yang memungkinkan mereka mengenali tokoh,
tempat dan pemikiran Melayu.
  Apakah kesan positif daripada persembahan sastera rakyat?
  Mereka menjadi prihatin terhadap perkembangan drama. Setiap kali ada
berita mengenai pementasan drama, mereka menunjukkan minat dan berusaha
untuk hadir.

Tarikh kemaskini: 17 Februari 2006. Penyelenggara : Noorawati Jalaluddin/Kalthom Abdul Ghani

     (Sumber : Berita Harian   (21/06/2005) )
 
Dikemaskini pada 29 Jun 2012
: 5013317
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12045423120454231204542312045423120454231204542312045423120454231204542312045423 
Hari Ini 577
Semalam 1128
Minggu Ini 3025
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 30806
Bulan Lepas 41037
Semua 12045423

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 20/10/2014