Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 25hb Oktober 2014  

`Tolak rasuah'

Raja Dr Nazrin minta semua pihak perangi `barah' yang boleh memusnahkan negara

oleh Hassan Omar

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan semua
lapisan masyarakat menolak amalan rasuah yang disifatkan baginda sebagai
barah yang bakal menghancurkan negara serta tamadun manusia.
  Baginda bertitah, jika rasuah dibiar bermaharajalela, ia bukan setakat
menyebabkan kepentingan minoriti mengatasi majoriti, malah menghancurkan
sistem keadilan, menindas golongan kurang mampu dan lebih dahsyat lagi,
menghancurkan kerajaan.
  "Rasuah adalah barah. Jika dibiarkan, akan menghancurkan
segala-galanya. Undang-undang diketepikan, keadilan tidak dapat
dipertahankan, yang bersalah boleh terlepas hukuman dan yang daif tidak
mungkin dapat pembelaan.
  "(Rasuah menyebabkan) kezaliman dan penindasan dibiarkan, asas
pertimbangan dipengaruhi sogokan, yang terbaik tidak terpilih dan kos
urus niaga meningkat.
  "Segala yang berlaku tentunya tidak lagi dapat mempertahankan institusi
mahupun kerajaan," titah baginda ketika melancarkan buku Local and
Global: Social Transformation in Southeast Asia yang dihasilkan 16
intelektual tempatan dan asing, khusus untuk membicarakan pemikiran Prof
Syed Hussein Alatas, di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini,
semalam.
  Turut hadir, Syed Hussein; Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Tan Sri
Kamarul Ariffin Mohd Yassin dan Ketua Pengarah DBP, Prof Datuk Dr Firdaus
Abdullah.
  Sambil menyifatkan rasuah seperti api dalam sekam, baginda bertitah,
jika rasuah berleluasa dan menjadi norma masyarakat, mereka yang tidak
terbabit dalam rasuah dipandang aneh dan menjadi minoriti, sehingga tiada
yang mampu dilakukan tanpa rasuah.
  Sehubungan itu, baginda menyeru intelektual memperkasa jiwa dan
pemikiran untuk memberikan teguran berasaskan fakta, sekali gus
menjadikan mereka sebagai penyemak dan pengimbang perjalanan pentadbiran
negara.
  Raja Nazrin bertitah, intelektual harus berfikiran terbuka dan bersedia
menerima teguran serta sentiasa berusaha melakukan pembaikan.
  Sementara itu, buku Local and Global: Social Transformation in
Southeast Asia yang diterbitkan DBP itu bertujuan menghargai sumbangan
dan pemikiran Syed Hussein dalam bidang politik, ekonomi, pembangunan,
agama, budaya dan sosiologi.
  Syed Hussein, 77, yang kini bertugas sebagai penyelidik utama di
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), sudah menghasilkan empat buku berkaitan rasuah, selain
beratus-ratus buku agama, pembangunan, politik, ekonomi, penjajahan
kapitalisme, teori sosial, globalisasi dan modenisasi sejak 50 tahun lalu.
  Syed Hussein yang ditemui selepas majlis itu, berkata, beliau memuji
usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membasmi rasuah
sama ada dalam pentadbiran kerajaan atau swasta.
  Bagaimanapun, katanya, usaha berkenaan perlu dibantu pemimpin politik,
pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta secara keseluruhannya.
  "Seperti kita hendak berperang, kita perlu ada tentera. Kita perlu
pastikan tentera kita cukup dan berani menghadapi musuh. Ini adalah
permulaan yang baik. Saya harap, ia dapat diteruskan," katanya.
  PROFIL
  Prof Syed Hussein Alatas
  * Dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Bogor, Indonesia pada 1928.
  * Kegemilangan kerjaya akademik bermula di Universiti Amsterdam, Belanda.
  * Pernah bertugas di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM)
dan DBP.
  * Menjadi ahli Majlis Perundingan Kebangsaan dari 1969 hingga 1971.
  * Seorang daripada pengasas Parti Gerakan
  * Naib Canselor UM pada 1988
  * Antara karyanya, The Sociology of Corruption (1968), Thomas Stamforfd
Raffles (1971), Modernization and Social Change in Southeast Asia (1972),
Siapa Yang Salah (1972), Islam dan Sosialisme (1976) dan Corruption and
Destiny of Asia (2000).

Tarikh kemaskini: 28 Februari 2006. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

     (Sumber : Berita Harian   (15/07/2005) )
 
Dikemaskini pada 4 Jul 2012
: 5024604
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12049243120492431204924312049243120492431204924312049243120492431204924312049243 
Hari Ini 120
Semalam 942
Minggu Ini 6845
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 34626
Bulan Lepas 41037
Semua 12049243

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014