Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 30hb September 2014  

 

Daripada Editor
Nilai Sastera Kebangsaan di Mata Khalayak Pelbagai Kaum

Surat Kepada Editor
Abdullah Hussain Menyuntik Semangat Saya dalam Bidang Sastera
Leo A.W.S

 

 

Puisi Pilihan
Adi Muara

 

Cerpen
Mata Fikir
Nazel Hashim Mohamad.

Perwara Kisah Maya
Siti Jasmina Ibrahim

Datang dari Sukma Masuk Menyelinap Sukma
 Faisal Tehrani

Cerita Paurnami
Uthaya Sankar SB

Drama
Kelip-kelip di Pohon Api-api (Bahagian Akhir)
A. Rahmad

 

Puisi Bulan Ini
Membelah Samudera
Sabar Bohari

Catatan tentang Kota
Zahari Hasib

 Tak Kutahu Lagi
 M. Ashikin

Menjual Cerita
Wan Ahmad Ismail

Hujung  dan Pangkal
Abizai

Secangkir Teh 5
Faisal Tehrani

Kertas Putih
Wan A. Rafar

Gementar Serumpun
A. Aziz Deraman

Penyerahan
Abdul Halim Ali

Warna Persahabatan
Mahanie Sulung

Pandangan
Arbak Othman

Istiqamah Karyawanku
Badarul Hisham Haji Mohd. Isa

 

Ujana Klasik
Berbuat Baik
A. Jalil Alimon

 

 

 

Karyawan Bulan Ini
Adi Muara

Perjalanan Jauh Seorang Penyair
Hasni Abas

Bicara Karya
Citra Adi Muara: Pencarian Diri dalam Sunyi
Mohamad Daud Mohamad

Sentuhan A. Rahmad Kombinasi Realiti dan Imaginasi
Osman Ayob

Fokus
Sastera Kebangsaan dan Perpaduan Nasional?
Chew Fong Peng

Kesusasteraan Kebangsaan sebagai Satu Bentuk Komunikasi
Siti Khairiah Mohd. Zubir

Sastera Tamil sebagai Sastera Kebangsaan?
Uthaya Sankar SB

Sastera Antarabangsa Benarkah DumbudzoMarechera Pengkhianat Bumi Afika
Siti Hajar Che Man

Reaksi
Cakera Padat Video (VCD)
Huzaifah Zufaqar

Analisis
Motif Cinta dan Kasih Sayang sebagai Pengikut Isu Kekeluargaan
Siti Hajar Che Man

Keupayaan Penyair Berkomunikasi dengan Pembaca
Sakinah Abu Bakar

Sorotan
Malam Baca Puisi dan Pengakuan Penyair PENA
Noor Shuhada Jamaludin

Monolog Kecil 
Mencari Kepuasan dan Kebenaran Puisi
Baha Zain

Fragmen Novel
Mega Nisaa
Azmah Nordin

Pabila Hujan Turun
 Pabila Hujan Tidak Mahu Turun
Shahnon Ahmad

Selingkar Bundaran Kata
 Terjemahan: Mematang dengan Ilmu dan Sastera
Muhammad Haji Salleh

Ulasan Buku
Cinta Sinyor Kosta
dengan Si Gundik Cina

Kelalagan

Sketsa Kehidupan

Naban

DARIPADA EDITOR

Nilai Sastera Kebangsaan di Mata Khalayak Pelbagai Kaum


Bahasa menjadi alat untuk menyatakan idea, pemikiran, dan suara hati individu yang disampaikan dalam bentuk tulisan, ungkapan bicara, atau secara bermonolong dalam hati dan fikiran.  Dari segi prakonsepsinya, bahasa dalam teks mempunyai makna teras yang penting yang ditafsirkan dari segi luarannya.  Namun begitu, bagi teks yang baik, bahasanya bukan sahaja mempunyai makna teras yang jelas, tetapi mempunyai makna berlapis yang ditafsirkan hasil daripada pelbagai teori kritikan.
  Pembacaan yang menemukan “permukaan” dan “kedalaman” makna, hanya ditemukan dalam teks sastera kreatif.  Maka, tidak hairanlah ketika zaman penjajahan di Tanah Melayu, hanya melalui karya sastera kreatif, seperti cerpen, puisi dan drama, semangat antipenjajah dapat disalurkan kepada masyarakat.  Hal ini adalah kerana beberapa “mesej besar” dapat diselindung melalui “mainan bahasa”.
   Begitulah besarnya peranan bahasa yang ada kalanya bagai perumpamaan lebih tajam daripada pedang, lebih bisa daripada racun.  Lantaran besarnya kesan dan pengaruh bahasa, maka bahasa dilihat sebagai jambatan penyatuan, apatah lagi di Malaysia, masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum – Melayu, Cina, dan India – yang mewarisi bahasa ibunda masing-masing.  Maka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.  Dengan hal itu, semua kaum melahirkan idea, pemikiran, dan perasaan mereka secara bebas dan terhormat dalam pelbagai bentuk; satu daripadanya melalui penulisan kreatif.  Bagi memahami tuntutan hati, gejolak perasaan, mahupun harapan setiap kaum ini, perlulah ditafsirkan melalui karya mereka yang ditulis dalam satu bahasa yang difahami oleh semua kaum, iaitu bahasa kebangsaan.
   Kebanyakan teks sastera akan mendedahkan “kebenaran” yang terkandung dalam kisahnya hanya menerusi makna yang tersembunyi di bawah permukaannya.  Dengan hal demikian, kesusasteraan merupakan bidang penting dalam pembentukan sebuah negara yang aman dan berdaulat.  Dewan Sastera meninjau kembali keberkesanan konsep Sastera Kebangsaan dari sudut perpaduan kaum dan berusaha menyelusup hati kaum bukan Melayu bagi melihat harapan mereka terhadap dasar ini.  Semuanya akan terjawab dalam Dewan Sastera Mac 2006.


Rozninah Abd. Azib


FOKUS 

Sastera Kebangsaan dan Perpaduan Nasional?

Oleh Chew Fong Peng


Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, pengkaji sastera memulakan usaha untuk mewujudkan sastera kebangsaan, melalui Persidangan Penulis-penulis Malaya yang diadakan di Singapura, pada 1962.  Perwakilan bahagian bahasa Melayu mengulas definisinya sebagai, segala kesusasteraan yang dihasilkan dalam bahasa Melayu; manakala bahagian Cina dan Tamil pula menyuarakan pendapat bahawa sastera Malaya menggambarkan kehidupan masyarakat Malaya dan ditulis dalam bahasa-bahasa yang digunakan di Malaya (Laporan Persidangan Penulis-penulis Malaya 1962: 26 & 29).  Kedua-dua pendapat yang berbeza ini telah membuka jalan untuk mencapai kata sepakat tentang definisi sastera kebangsaan.
  Memasuki dekad 1970-an, perjuangan itu menjadi lebih bermakna, apabila pentakrifan sastera kebangsaan dibincangkan menerusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan, yang diadakan di Universiti Malaya (UM), pada bulan Ogos, 1971.  Kongres tersebut telah merumuskan bahawa sastera kebangsaan ialah karya yang ditulis dalam bahasa Melayu memandangkan bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan Malaysia.
  Tidak lama kemudian, konsep sastera kebangsaan mula hebat diperkatakan oleh tokoh sastera di Malaysia.  Antara sarjana yang penting membincangkan hal itu termasuklah Mohd. Taib Osman dan Ismail Hussein.  Menurut Mohd. Taib Osman (1971: 33), ukuran bagi menentukan kesusasteraan kebangsaan ialah kesusasteraan yang dapat melampaui batas golongan dan daerah serta diterima oleh setiap orang Malaysia sebagai kesusasteraan sendiri. 
   Dalam hal ini, hanya sastera Melayu dapat memberikan kesedaran kebersamaan rakyat Malaysia pada peringkat kenegaraan dan perpaduan, kerana bahasa Melayu difahami oleh semua warganegara, sedangkan bahasa-bahasa yang lain hanya difahami oleh suku-suku kaum tertentu sahaja.  Maka, ia tidak sesuai dijadikan sastera kebangsaan, kemudiannya sastera dalam bahasa bukan Melayu digelar Sastera Sukuan, Ismail Hussein (1971: 32).
   Daripada prinsip tersebut, Syed Mohamed Naguib al-Attas membuat rumusan bahawa, kesusasteraan kebangsaan merupakan hasil kesusasteraan rakyat Malaysia yang ditulis dalam bahasa kebangsaan dan penulisnya terdiri daripada warganegara Malaysia. (Hamzah Hamdani 1988: 23).  Konsep itu telah diterima secara umum walaupun mendapat tentangan daripada segelintir masyarakat bukan Melayu.  Malah, “Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu” yang diadakan pada 10 hingga 13 September, 2004 di Johor Baru, terus memperkasa Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang merangkumi sastera kebangsaan.
   Sastera kebangsaan dirumuskan sebagai karya yang membicarakan persoalan nasional dengan menyangkut isu kenegaraan, kesetiaan, patriotisme, bahasa, dan budaya.  Dengan kata lain, sastera kebangsaan membawa cerita tentang orang, masyarakat, dan kebudayaan Malaysia.  Karya itu mestilah memperlihatkan kehidupan lahir batin dan latar belakang, orang di Malaysia tanpa menolak cerita kehidupan penduduk Malaysia di luar negara.
   Salah satu daripada isu sosiobudaya yang tidak kurang penting untuk diungkap dalam sastera kebangsaan ialah perpaduan nasional yang menjadi sebahagian daripada topik, isu, dan persoalan utama.  Hal ini adalah kerana perpaduan itu membabitkan hubungan kaum, persefahaman, toleransi, dan pembinaan rasa muhibah rakyat.
  Pada tahun 2003 saya membuat kajian dan analisis tentang perpaduan nasional dari perspektif sosiologi dengan mengaplikasikan teori Weiner.  Kajian ini tertumpu terhadap hubungan antara teks dengan khalayak pembaca secara empirikal.  Kajian ini memberikan tumpuan kepada 83 buah cerpen yang bertemakan hubungan antara kaum dengan perpaduan, hasil karya Sasterawan Negara, pemenang sayembara cerpen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, cerpen peraduan ESSO-GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Public Bank-Utusan Melayu, Hadiah Pemenang Sastera 1970-an, dan Hadiah ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Mac 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari Untuk melanggan sila layari

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini:1 Mac 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah. 
 

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
: 4951479
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  12014094120140941201409412014094120140941201409412014094120140941201409412014094 
Hari Ini 2675
Semalam 2269
Minggu Ini 5673
Minggu Lepas 8422
Bulan Ini 40514
Bulan Lepas 36268
Semua 12014094

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 29/09/14