Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 26hb Oktober 2014  

Aspirasi baru orang Melayu dalam novel Zaharah Nawawi

Oleh Nazmi Yaakub

Harum kencana, Hujan Sudah Teduh, dikategorikan oleh pengkaji sebagai novel idealistik penerima Anugerah Sea Write 1996.

HARUMAN Kencana dan Hujan Sudah Teduh, kedua-duanya karya Zaharah Nawawi dianggap sebagai novel idealistik kerana membahaskan kasih sayang,
kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat.
  Tidak ketinggalan, Haruman Kencana, turut dianggap aspirasi baru
masyarakat Melayu apabila menunjukkan pengaruh persekitaran dan dorongan
cita-cita untuk melangkah pada peringkat antarabangsa yang luas serta
mencabar.
  Rumusan terbabit dicapai pada wacana karya penerima Anugerah Sea Write
1996 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, yang
dihadiri lebih 100 khalayak.
  Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Mawar Shafie,
menyifatkan Haruman Kencana ditulis dengan seni verisimilitud, iaitu
setiap aspek dalam karya dilihat sebagai kenyataan dan kebenaran.
  "Watak Kencana dan Dominique dalam novel ini diajukan sebagai manusia
ideal secara kontekstual apabila mereka bergerak dan hidup dalam kerangka
idealistik yang dibangunkan Zaharah," katanya dalam kertas kerja Haruman
Kencana: Pembikinan Sebuah Novel Idealistik yang dibacakan Pustakawan
Kanan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Salbiah Raduan.
  Latar novel terbabit yang memaparkan Malaysia sebagai negara ideal,
iaitu negara taman atau negara bunga-bungaan, dikatakan memperlihatkan
idealisme pengarang terhadap masa depan negaranya.
  Tidak ketinggalan, pengarang turut mengetengahkan persoalan
kepelbagaian jenis bunga bergantung kepada cuaca, iklim tempatan,
struktur muka bumi dan jenis tanah selain iklim khatulistiwa menghadkan
tanaman jenis bunga tidak seperti di negara empat musim.
  "Latar negara bunga juga menjadi analogi kepada kehendak pengarang
membentuk watak manusia yang wangi dan cantik kerana ia diibaratkan
lambang kasih sayang yang menjadi perutusan diajukan pengarang," katanya.
  Penyelidik Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CNRS), Perancis, Dr
Monique Zaini-Lajourbert, pula melihat watak Kencana, Dr Farhana dan
Dominique, sebagai jelmaan kebaikan dan kemurahan hati manakala watak
jahat kurang ditonjolkan.
  Dr Monique turut melihat watak Dominique sebagai simbol dan idea kerana
sifatnya yang luar biasa apabila mendermakan organ tubuh walaupun masih
hidup.
  Penulis muda, SM Zakir, melihat Haruman Kencana menampilkan tema usaha
usahawan Melayu melangkah ke pentas persaingan antarabangsa melalui
pasaran minyak wangi dunia dengan produk halal dan bermutu.
  "Langkah ke arah itu diolah secara praktikal menerusi program jangka
masa panjang yang dikemukakan ahli lembaga pengarah SBH Global, Dr
Farhana dan pelaburan besar syarikat berkenaan dalam bidang
penyelidikan." katanya ketika memperkatakan Novel Sebagai Cita-cita
Masyarakat.
  Pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Amida Abd Hamid, pula yakin bahawa
Hujan Sudah Teduh mempamerkan usaha pengarang mendedahkan pola pelakuan
dan sikap negatif di kalangan masyarakat Melayu pada era tertentu.
  Ini termasuk pegangan masyarakat Melayu yang mudah memandang serong
pada gadis tidak berkahwin dan memberi penghormatan kepada wanita
bersuami.
  "Begitu juga pola sikap masyarakat Melayu yang mudah menuduh perempuan
berstatus janda dengan pelbagai tuduhan negatif," katanya ketika
memperkatakan Yang Zaiton Sebagai Metafora Kehidupan dan Emosi
Pencerminan Subbudaya Dalam Hujan Sudah Teduh.
  Pada wacana itu, Pensyarah UM, Prof Madya Dr Mohamad Mokhtar Abu Hassan
membincangkan Feminisme, Konseptual, Intertekstualiti dan Falsafah Dalam
Haruman Kencana manakala Pensyarah UKM, Prof Madya Dr Rosnah Baharudin
(Hujan Sudah Teduh: Feminisme Ala Zaharah Nawawi).

 

Tarikh kemaskini: 3 Mac 2006. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

    (Sumber : Berita Harian   (08/11/2005) )
 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 5026521
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12049931120499311204993112049931120499311204993112049931120499311204993112049931 
Hari Ini 184
Semalam 624
Minggu Ini 184
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 35314
Bulan Lepas 41037
Semua 12049931

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014