Melayu  |  English 

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 9 Februari 2010  

  Carian Laman
  Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Prestasi

  Maklumat Umum

Telefon/Faks

Lokasi

Akta

Soalan Lazim

Media(Arkib)

Borang-borang

Sewaan Ruang

Anda Ada Komen /Cadangan?

  Majalah Terkini

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 

Puisi
 Rumpun Bahasaku.

Catatan Ketua Editor
50 Tahun DBP dalam Memerkasakan Bahasa Kebangsaan.

Tokoh Bahasa
Norhashimah Jalaludin.

Bijak Bahasa
Teka Silang Kata

Halaman Lima
Belajar, Peperiksaan, Belajar, Peperiksaan...

 

Komentar Bahasa
Utamakan Istilah Bahasa Melayu.

Sari Bahasa
Merancang Cara Belajar.

Bijak Bahasa
Kosa Kata: Mantik dan Mantuk.

Sari Bahasa
Membentuk Kumpulan Belajar.

Pusataka Bahasa
Pedoman Terkini Bahasa Melayu Baku

Sari Bahasa
Aktiviti Belajar Berkumpulan dan Kepentingannya.
 

 

Dunia Bahasa
Mengembalikan Kegemilangan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.

Cemerlang Pelajar
Kesukaran Menguasai 3M.

 

Motivasi Pelajar
Mencari Formula Kejayaan.

Ujana Bahasa
Mengenal Pantun Adat.

Berita Bahasa
Memanfaatkan Majalah di dalam Kelas.

Sastera dalam Bahasa
Soalan Komsas SPMU.

Sastera dalam Bahasa
Mengkaji Watak dan Perwatakan Berpandukan Lembaran Kerja 
.

Gaya  Bahasa
Disfemisme: Kata-Kata Kasar dan Gurauan.

Cemerlang Bahasa
Pengimbuhan Memperkaya Kosa Kata Bahasa Melayu.

Cemerlang Bahasa 
Kata Hubung dalam Ayat. 

Cerpen
Apo Nak Dikato!

Warisan Bahasa 
 Pantun Dagang Musafir.

Soal Jawab Bahasa
Tanda Baca dan Penggunaannya.

 


HALAMAN LIMA

Belajar, Peperiksaan, Belajar, Peperiksaan ...

Oleh  Junaidah Ahmad Ghazali

BARU-BARU ini, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengumumkan bahawa kementeriannya akan mencari pendekatan baharu untuk mengubah sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Hal ini demikian kerana matlamat bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan berketerampilan sebagai insan yang seimbang melalui sistem yang sedia ada dianggap tidak praktikal lagi.
   Sementara itu, sistem peperiksaan terminal, iaitu bermula dari Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, menyebabkan ibu bapa, guru dan pelajar terlalu mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hal ini menyebabkan mereka memberikan tumpuan penuh pada peperiksaan yang dianggap sebagai platform penting bagi menentukan masa hadapan pelajar.  
    Pendekatan cara belajar pula menjadi terlalu bergantung pada pusat tuisyen atau buku kerja yang menitikberatkan latih tubi menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Akibatnya, baik guru mahupun pelajar, masing-masing seolah-olah mengabaikan matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melalui penggabungjalinan elemen  pengisian kurikulum dalam pengajaran dan pemelajaran.
   Memang tidak dinafikan kepentingan peperiksaan sebagai ukuran untuk menilai pencapaian pelajar. Namun demikian, kita tidak mahu sistem peperiksaan itu  terlalu “berkuasa” hingga mengekang pembentukan insan yang sempurna, selain membantutkan minat pelajar yang mempunyai kecenderungan atau kemahiran yang berbeza.
   Oleh itu, usaha Hishammuddin untuk mengkaji pendekatan sistem pendidikan yang lebih sesuai amat relevan, apatah lagi dengan wujudnya fenomena pengangguran yang serius dalam kalangan siswazah.
*     *     *
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan sambutan jubli emas bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-50 pada 22 Jun 2006. Dalam usia emas ini, warga DBP akan terus mendukung falsafahnya, iaitu  Pembinaan Negara Bangsa Melalui Bahasa Melayu. 
 

SARI BAHASA

Merancang Cara Belajar

Oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah

BELAJAR ialah usaha untuk memperoleh atau menuntut ilmu pengetahuan.  Kata orang bijak pandai, belajar ialah perkara yang paling mudah dilakukan di dunia ini. Anda tidak perlu bersusuh-payah berjemur di tengah panas hanya untuk belajar atau menelaah pelajaran. Setelah anda belajar pasti kejayaan yang anda impikan. Namun demikian, anda pasti kecewa jika setelah bertungkus-lumus belajar, kejayaan tidak anda peroleh.
            Dalam situasi yang lain, mungkin anda pula seorang yang amat berminat untuk belajar, tetapi menghadapi masalah kerana sering tiada masa untuk belajar dan yang paling mendukacitakan, anda tidak tahu memilih mata pelajaran yang hendak dibaca dalam masa yang terhad, lalu anda kebingungan. Apabila sudah bingung, anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada bahan yang dibaca dan mula berasa keliru dengan tindakan anda sendiri. Oleh hal demikian, anda perlu merancang jadual belajar anda yang bersesuaian dengan diri anda, masa anda, dan mata pelajaran mengikut kepentingannya.
           Sementara itu, terdapat sesetengah  pelajar yang menyedari bahawa kejayaan akan tetap menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak sedar, malah tidak mengetahui cara untuk memulakan usaha belajar supaya memperoleh kejayaan yang dapat dibanggakan.  Oleh itu, makalah ini memberikan panduan umum untuk pelajar menyediakan jadual cara belajar yang berkesan. Jadual belajar yang berkesan terangkum dalam tujuh tahap yang berikut:

Langkah 1: Mengenali Diri Sendiri
Sebelum menyediakan jadual belajar, langkah yang pertama ialah pelajar seharusnya dapat mengenal pasti kehendak diri sendiri. Pelajar harus mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.  Hal ini demikian kerana  cara menelaah pelajaran yang baik haruslah berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Cara belajar adalah tidak sama antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Setiap orang mempunyai pendekatan belajar yang tersendiri. Misalnya, ada pelajar yang dapat belajar sambil mendengar radio, tetapi ada pelajar yang terganggu dengan bunyi radio ketika mereka belajar.
          Begitu juga, ada pelajar yang memerlukan tempat belajar yang selesa, tetapi ada sesetengah pelajar pula tidak memerlukan tempat yang selesa kerana pelajar seperti ini dapat belajar di mana-mana sahaja, asalkan mereka ada masa. Oleh hal demikian, pelajar perlu mengetahui tujuan mereka belajar, situasi yang diperlukan untuk belajar, dan mengetahui cara belajar yang paling sesuai dengan diri mereka sendiri. Setelah mengenal pasti diri sendiri, pelajar  perlu mengikuti langkah kedua, iaitu pemetaan cara belajar.

Langkah 2: Pemetaan Jadual Belajar
Pada peringkat pemetaan ini, pelajar perlu merancang dan menyediakan jadual waktu belajar dan mematuhi prinsip belajar yang lazim, seperti membuat nota,  membuat rujukan tambahan, dan mengulang kaji pelajaran. Pelajar harus menyedari bahawa sesebuah kejayaan dalam pelajaran sebenarnya tidak sahaja bergantung pada kebolehan dan kekuatan berusaha. tetapi juga bersandar pada cara atau teknik belajar seseorang itu. Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah pelajar dapat belajar dan mengulang kaji pelajarannya dengan mudah  pada masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya, tetapi ada juga pelajar yang tidak mampu berbuat demikian. Oleh hal demikian, pelajar perlu mengetahui kebolehan dan kelemahan diri sendiri. Seseorang yang dapat mengenal pasti kebolehan dan keupayaan diri, akan berupaya dan berjaya merancang perkara yang terbaik untuk diri sendiri.
           Kebolehan mengenal pasti kemampuan diri sebenarnya dapat menolong pelajar itu sendiri ke arah kejayaan belajar dengan lebih berkesan lagi. Misalnya, banyak dalam kalangan pelajar yang bijak, berasa kecewa, terutama bagi subjek  yang bersifat praktikal seperti Matematik dan Sains. Ada juga pelajar yang kecewa dengan subjek yang bersifat fakta semata-mata seperti Sejarah dan Geografi. Justeru mereka gagal mendapatkan gred yang baik.  Punca utamanya  kerana mereka tidak merancang dan menyediakan jadual  belajar yang berkesan, merangkumi keseluruhan mata pelajaran yang bersifat praktikal seperti Sains dan Matematik. Mereka mungkin juga tidak pernah memikirkan cara belajar yang berkesan untuk kedua-dua mata pelajaran ini. Hal ini termasuklah teknik mengambil nota, menyemak pelajaran, dan membahagikan masa untuk membuat latihan di rumah. Pelajar sepatutnya mengetahui apa-apa yang mereka tahu dan apa-apa yang mereka tidak tahu, selain mengetahui cara untuk mengetahui  sesuatu perkara.
           Bagi pelajar  sekolah menengah, masa belajar yang sesuai adalah antara empat hingga enam jam sehari. Namun demikikan, bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan setara seperti Peperiksaan Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, mereka perlu memperuntukkan masa yang lebih untuk belajar. Aktiviti yang kurang berfaedah seperti berbual, melepak, dan menonton televisyen, perlulah dikurangkan atau dielakkan. Ingatlah bahawa "masa itu emas" dan masa yang berlalu tidak dapat berulang kembali. Oleh hal demikian, pelajar perlu bijak mengatur masa belajar. Belajar perlu dari awal dan dilakukan secara konsisten. Jangan menunggu hingga saat akhir baharu pelajar mahu mengulang kaji pelajaran.
           Sehubungan dengan hal  itu, pelajar  mesti menggunakan masa yang ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya  untuk belajar demi kejayaan pada masa hadapan. Pelajar perlu membiasakan diri dengan tabiat membaca setiap kali ada masa terluang.
 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa April 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari .
 
Untuk melanggan sila layari

azrina@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini: 27 Mac 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat:Azrina Md. Zain, Bahagian Majalah.

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Kalendar

<<   Februari 2010   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis

8:30 pg - 4:30 ptg

Jumaat

8:30 pg - 12:00 tgh

2:45 ptg - 4:30 ptg

  Hiper Rangkai

Pusat Dokumentasi Melayu

Munsyi Dewan

Soal Selidik Perkhidmatan

Karyanet

Dawama

Puspanita DBP

Koperasi

Persatuan Penterjemah Malaysia

Institut Terjemahan Malaysia

Produk Multimedia DBP

  Warga DBP Sahaja

Intranet

Web Mel

  Jumlah Capaian Sejak Jun 2004

  6963926696392669639266963926696392669639266963926 

  Muat Turun Aplikasi

          
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
(Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 ,
21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744
Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera)
Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke
Khidmat Nasihat DBP
.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2007 - Unit Pembangunan Laman, Bahagian Sistem Maklumat.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang
kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.