Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 26hb Oktober 2014  

Deklamasi puisi merdeka tiada kepentingan nasional

 

Nafas Teaterikal

oleh Khalid Salleh

 

NILAI kemerdekaan adalah sesuatu yang bermakna kepada sesebuah negara dan bangsa yang menjadi warganya. Ia merangkumi pemikiran dan tahap keupayaan memperlihatkan jati diri sebagai manusia bebas dan sebaris dengan ketamadunan manusia sejagat. Nilai merdeka juga memperlihatkan keberhasilan sesebuah pemerintahan yang dipilih rakyat, di mana kehendak rakyat adalah keutamaan dalam memperkasa dan mendaulatkan nilai bangsa serta negara itu sendiri.

 

            Melalui tanggungjawab dan kesedaran terhadap peranan pejuang kemerdekaan sebilangan besar penulis dan sasterawan menampilkan rupa semangat kecintaannya terhadap erti kemerdekaan melalui bidang masing-masing. Ia membabitkan badan kerabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) di mana Sayembara Puisi Merdeka telah dilaksanakan sejak 1987.

 

            Keprihatinan Gapena menganjurkan aturcara kemerdekaan melalui penulisan dan sayembara puisi adalah suatu tanggungjawab nasional yang membabitkan peranan badan kerajaan (pemerintah). Ia juga adalah landasan ke arah mengendalikan dan memperkasa jati diri merdeka melalui penulisan dan pengucapan kreatif. Sayangnya ia kurang diberi perhatian khusus. Kemeriahan dan semangat patriotik yang ditampilkan peserta (johan di setiap negeri) tidak mampu dilihat dan didengar oleh penggemar TV.

 

            Pada hari pelancaran (12 September 2005) yang disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datu Zainal Abidin Zain, ia seolah-olah bukan majlis kebangsaan.

 

            Liputannya tidak merangkumi saluran TV di negara ini. Walhal program Festival Sastera Kemerdekaan 2005, membabitkan Jawatankuasa Kebangsaan Perayaan Bulan Kemerdekaan yang dipengerusikan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga selaku Menteri Penerangan.

 

            Begitu juga pada Majlis Keraian Dan Penyampaian Hadiah (15 September 2005) yang disempurnakan Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, tidak ada liputan TV yang merakam pengucapan seorang juara deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat kebangsaan. Pada acara itu peserta Johor muncul sebagai juara. diikuti wakil angkatan tentera tempat kedua dan tempat ketiga peserta dari Kelantan. Mereka mengalahkan 15 peserta lain yang mewakili setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Pasukan Polis dan IPTA.

 

            Apakah pengucapan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan khususnya pada majlis yang disebutkan itu tidak membawa kepentingan nasional? Apakah Kadir tidak beraaskan Deklamasi Puisi Kemerdekaan bukan acara nasional maka tidak perlu ada ‘lampu hijau’ untuk liputan TV? Apakah benar begitu?

 

            Deklamasi Puisi Kemerdekaan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kebangsaan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-48 Tahun 2005, Kerajaan Negeri Johor, Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ia diselenggarakan Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Yayasan Warisan Johor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Johor.

 

            Apakah ia tidak membawa kepada kepentingan nasional? Nilai kemerdekaan seharusnya didengar dan dilihat melalui pengucapan puisi dan program yang berkait dengan makna kemerdekaan. Misalnya bersama Sasterawan Negara Arenawati, wacana sangat berguna kepada generasi penerus khususnya penuntut dan guru-guru yang yang hadir di NPC (Pusat Daya Pengeluaran Nasional).

 

            Arenawati yang pernah menjadi pelaut, wartawan dan sasterawan menyaksikan banyak peristiwa hitam, sebelum dan selepas kemerdekaan termasuk peristiwa 13 Mei 1969. Begitu juga titah baginda Sultan Johor (Sultan Ibrahim) di tangga Istana pada 1 Julai 1955 di mana baginda menyerukan perkataan ‘Merdeka’, sempat dilihat dan didengarnya.

 

Ini adalah suatu kebenaran yang memerlukan tanggungjawab dan memastikan ia diketahui umum. Dalam hubungan berkaitan peranan TV sebagai penyampai maklumat yang sangat berkesan seharusnya berperanan membantu merealisasikan makna kemerdekaan dan perkara yang berkaitan dengannya. Kenapa nyanyian artis yang lebih ditonjolkan?

 

            Tan Sri Aziz Tapa, Datuk Wira Borhan Md Yaman (keduanya tokoh budayawan Melaka), Hajah Fatimah Waridin, tokoh pejuang kemerdekaan di Batu Pahat, adalah antara mereka yang memberi wacana yang sangat bererti dan berguna pada Festival Sastera Kemerdekaan ke-48 Tahun 2005 yang berlangsung di Eden Hotel Johor Bharu dari 12 hingga 15 September 2005. Bagaimana ia tidak mendapat liputan TV adalah sesuatu yang menimbulkan pelbagai persoalan.

 

            Barangkali merdeka ialah nyanyian artis yang memakai pakaian berwarna-warni dan melebarkan senyumannya, tanpa mengenali apakah yang ditangisi mereka yang pernah memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Begitukah agaknya?

 

 

 

Tarikh kemaskini: 28 Mac 2006. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani/Zainal Abidin Ab. Kadir

 

     (Sumber : Berita Harian   (20/09/2005) )
 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 5027212
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12050220120502201205022012050220120502201205022012050220120502201205022012050220 
Hari Ini 473
Semalam 624
Minggu Ini 473
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 35603
Bulan Lepas 41037
Semua 12050220

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014