Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 31hb Oktober 2014  

MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH

(Muhammad bin Haji Salleh, Sasterawan Negara)

LAHIR : 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan.

ALAMAT : 254, Jalan 6, Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

 

MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi.  Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.  Bila kembali ke tanah air puisi-puisi beliau mendapat perhatian para pengkritik

Beliau mula menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun 1963.  Oleh sebab latar belakang persekolahannya yang hampir pada bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu.  Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh T.S. Eliot dan W.H. Auden yang diminatinya pada waktu itu.

          Muhammad Haji Salleh mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.  Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England.  Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973.  Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat. Muhammad Haji Salleh pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu dan pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu.  Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia 36 tahun.  Pada tahun 1977 - 1978, Muhammad menjadi Profesor Pelawat, di North Carolina State University, Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat; menjadi “Asian Scholar in Residence” di University Michigan.  Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley, dan seterusnya menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands, dari tahun 1993-1994.

          Ketokohan Muhammad Haji Salleh dalam dunia penulisan puisi Melayu moden begitu dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya, terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya Sastera tanah air bahkan setelah beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta.  Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan kemudiannya dalam tahun 1977, Muhammad menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II.

          Bagi Muhammad, puisi adalah suatu bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa dan kebijaksanaan penyair dan tradisinya.  Sebuah puisi atau pantun adalah susunan muzik bahasa yang mengindahkan bahasa itu serta juga pembacaan oleh pendengaran.  Beliau bersetuju dengan definisi Robert Frost, seorang penyair Amerika, bahawa puisi ialah sesuatu yang setelah kita membacanya kita menjadi lebih bijaksana.  Para penyair menolong menyedarkan kita kepada masalah kita bersama malah mendefinisikan masalah penting supaya kita benar-benar dapat menyelesaikannya.

          Amat jelas bahawa tema puisi Muhammad pada umumnya lebih banyak memaparkan masalah-masalah bersama, masalah eksistensi individu yang berhadapan dengan kehidupan kekotaan.  Bangunan-bangunan tinggi, teknologi moden, motokar, lampu neon bukan menjadi teman tetapi merupakan objek yang ditentang dan diperhitungkan melalui sesuatu moral-judgement (kemelayuan atau kemanusiaan sejagat).  Kehidupan kekotaan yang bobrok dan persekitaran yang seperti ini ditentang oleh otak, akal dan pegangan.  Demikian puisi-puisi beliau lebih menekankan pemikiran daripada perasaan.  Sikap dan fikiran beliau tercermin kepada bentuk puisi yang padat dan kata-kata yang kurang mengandungi emosi.

Beliau secara sedar berusaha menggunakan bahasa yang tidak biasa dipakai oleh penyair lain.  Kerana itu terdapat pembentukan ungkapan-ungkapan baru untuk memberikan ketepatan dan ketajaman makna dalam puisi-puisi beliau.  Namun dalam ungkapan yang baru dan asli itu, kadang-kadang terasa terlalu asing pula pengucapannya, dan hal ini mungkin juga akibat pengaruh kesusasteraan dunia yang pernah menjadi kajian dan pengalaman beliau selama ini.

Muhammad Haji Salleh meminati penyair-penyair Chairil, Subagio Sastrowardojo (Indonesia) dan pada satu ketika juga meminati T.S. Eliot dan Pablo Neruda.  Beliau meminati sastera dari Barat bukan sahaja kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera sudah menjadi sebahagian daripada ilmu tentang manusia dengan falsafah, psikologi dan sebagainya.  Yang lebih menarik minat beliau ialah sastera Barat itu mengandungi eksperimen-eksperimen yang pelbagai yang cuba mencari stail yang sempurna untuk ekspresi yang tepat.  Itulah antara unsur-unsur Barat yang diperhatikannya.

Muhammad telah menerbitkan lapan buah kumpulan puisi perseorangan di samping puisi yang terbit dalam kumpulan bersama.  Kumpulan puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang  bukan saja sejumlah puisi yang dicipta sewaktu beliau mengembara di luar tanah air malah ia merupakan satu kumpulan puisi yang kukuh, berbeza daripada puisi-puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau.  Panel Hakim Karya Sastera telah memilih Buku Perjalanan Si Tenggang II sebagai kumpulan puisi Muhammad yang terbaik bagi tahun 1975.  Kumpulan ini dikatakan dengan jelas memperlihatkan bukan saja stail dan peribadi penyair, bahkan konsep puisi yang secara tegas mengelak daripada ungkapan romantik dengan menggunakan kata-kata secara tepat, fungsional dan berkesan.

Sebagai penyair yang menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Muhammad mempunyai kekuatan bahasa yang dapat dan mampu menterjemahkan puisi-puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris.  Beliau adalah salah seorang penterjemah kesusasteraan yang penting yang telah banyak menterjemah puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris.  Malah beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1982.  Dan kerana kegiatan kreatif dan ilmunya dalam kajian kesusasteraan, beliau pernah menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

Demikianlah Muhammad Haji Salleh sebagai sasterawan yang juga ahli akademik yang dihormati telah memainkan peranan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu.  Dalam banyak pertemuan penulis yang dihadirinya dan kertas-kertas kerja yang dibentangkannya, Muhammad banyak sekali memberikan perhatian tentang teori-teori sastera dalam hubungannya dengan kesusasteraan Melayu.

Bercakap tentang puisi-puisi yang dihasilkannya, puisi-puisinya selalu dihubungkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius.  Muhammad melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan pemikir.  Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak menghasilkan puisi yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu.  Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.

Muhammad telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997.  Kini Muhammad adalah Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

KARYA

Puisi  : 

Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.; Sajak-sajak Pendatang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 62 hlm.; Buku Perjalanan Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1975, 74 hlm.; Ini Juga Duniaku, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 83 hlm.; Times and Its people, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 80 hlm.; The Travel Journals of Si Tenggang II, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 72 hlm.; Pilihan Puisi Baru Malaysia – Indonesia (Peny.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.; Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981,  294 hlm.; Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1981, 88 hlm.; Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.; Dari Seberang Diri, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982, 70 hlm.; Antologi Puisi ASEAN (antologi bersama), Denpasar: Yayasan Sanggar Seniman Muda Bali, 1983, 85 hlm.; Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.; Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.; 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur.  Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.; Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.; Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.; Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaia, 1988, 167 hlm.; Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.; Suara Rasa (Voice From Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.; Beyond the Archipelago, Athens: Center of International Studies, Ohio University, 1995, 243 hlm.; Rupa Kata (antologi bersama), Ipoh:  Yayasan Kesenian Perak, 1996, 122 hlm.; Sebuah Unggun di Tepi Danau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 259 hlm.

Kajian :

Tradition and Change in Contemporary Malay-Indonesian Poetry, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977, 190 hlm.; Selection from Contemporary Malaysian Poetry (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1978, 118 hlm.; Pengalaman Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 85 hlm.; An Anthology of Contemporary Malaysian Literature, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.; The Mind of The Malay Author, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 178 hlm.; Syair Tentang Singapura Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 127 hlm.; Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu),  Kuala Lumpur:  Yayasan Karya Agung, 1997, 338 hlm.

Esei/Kritikan  :

Kritikan Sastera di Malaysia (antologi bersama),  Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm.; Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama), Kuala Lumpur:  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm.; Kesarjanaan Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977, 368 hlm.; Penulisan Kreatif  (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.; Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 87 hlm.; Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 208 hlm.

Terjemahan :

Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan/Terry Eagleton, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 264 hlm.; Salju Musim Bungal Yukio Mishima, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1990, 624 hlm.

 

  Pautan

 Pandangan Tentang Penyair

Pembelanjaan puisi melayu moden

Kelahiran Sasterawan

Home Page National Loureate

Personal Detail

 
Dikemaskini pada 12 Jan 2009
: 5040192
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12056626120566261205662612056626120566261205662612056626120566261205662612056626 
Hari Ini 1430
Semalam 1320
Minggu Ini 6879
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 42009
Bulan Lepas 41037
Semua 12056626

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014