Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 24hb Julai 2014  

Bimbang penggunaan bahasa Melayu terhakis

KEKESALAN Pencinta Bahasa di Forum, Utusan Malaysia 23 Februari 2005, mengenai bahasa rojak bukanlah sesuatu yang baru diketengahkan. Saya sendiri telah beberapa kali menulis mengenainya.
Hampir kesemua temu ramah atau penerbitan bahasa Melayu yang dimuatkan dalam rancangan saluran-saluran TV di Malaysia hari ini bercirikan bahasa rojak.
Kalaupun tidak banyak, paling sedikit perkataan so bagi maksud `jadi', atau `oleh itu' akan digunakan hampir semua orang Melayu yang bertutur dalam rancangan tersebut.
Itu belum lagi dikaitkan dengan penggunaan oleh warga bukan Melayu yang pastinya terpengaruh dengan bahasa rojak digunakan orang Melayu sendiri.Apabila perbincangan lebih mendalam tajuknya, kita akan mulai memerhatikan kekerapan bahasa rojak ini digunakan, oleh orang biasa atau orang-orang terpelajar sendiri termasuk pensyarah-pensyarah pusat pengajian tinggi yang kita tahu kebanyakannya mengajar dalam Bahasa Melayu setiap hari.
Terselitnya bahasa rojak ini sudah menjalar ke dalam segenap tahap penghidupan sehingga dalam Forum Perdana Ehwal Islam RTM sendiri.
Seorang pakar motivasi terkenal yang sering diundang, menggunakan perkataan Inggeris so, why not dan lain-lain perkataan seolah-olah beliau perlu menggunakan perkataan-perkataan ini untuk menguatkan hujah, walaupun perkataan ini mudah dan ada istilah asal Melayunya yang mempunyai makna serupa dan tepat.
Tanpa ragu-ragu, dapat dikatakan di sini bahawa bahasa rojak menjadi bahasa rasmi TV. Dan bagi mereka yang menulis mengenai kepincangan ini, mungkin akan dianggap sebagai pengganggu atau orang yang kolot atau tertutup minda mereka.
Kita teringatkan akan peraturan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang menghendaki setiap ahli menggunakan bahasa Melayu yang baik dan kalau terpaksa menggunakan istilah lain, ia perlu meminta izin dari Yang Dipertua Dewan. Tetapi nampaknya apa yang terjadi di Dewan tidak dilaksanakan diluar Dewan.
Malah beberapa anggota Kabinet sendiri dan juga pegawai tinggi kerajaan, paling selesa menggunakan bahasa rojak ini seolah-olah ia diiktiraf sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Sebenarnya apa yang kita harapkan ialah, apabila menggunakan bahasa Melayu, gunakanlah bahasa yang baik, atau kalau tidak, gunakanlah bahasa Inggeris yang baik sepenuhnya, agar lebih mudah bagi kita menterjemahkannya.
Sayangnya, apabila diselidiki, orang sama yang sering menggunakan bahasa rojak ini juga tidak pula pandai menggunakan bahasa Inggeris yang baik.
Ada juga orang Melayu yang langsung tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dalam temu ramah TV atau radio. Banyak ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan yang tidak pernah menggunakan bahasa Melayu dalam temu ramah dengan stesen TV, walaupun tumpuan berita terutamanya mengenai prestasi syarikat mereka, adalah untuk tontonan orang Melayu sendiri.Kini timbul pula penggunaan bahasa rojak yang tidak sesuai atau digunakan dalam konteks berlainan terutama yang melibatkan istilah Indonesia.
Dalam rancangan Eksotika Malaysia keluaran Astro misalnya, sudah dua kali saya mendengar perkataan butuh atau membutuhkan digunakan untuk membawa maksud `memerlukan' seperti yang digunakan di Indonesia, walhal di Malaysia ia sering digunakan untuk maksud `alat kelamin lelaki'.
Dalam satu lagi rancangan terbitan TV 1, sebagi terjemahan large tsunami diterjemahkan tsunami gadang, satu cedokan perkataan Minang yang tidak pernah kita gunakan dalam konteks biasa.
Malah istilah bisa yang bermaksud `boleh' di Indonesia tetapi di Malaysia lebih merupakan gambaran `bisa ular' atau `kesakitan', sering dirojakkan ke bahasa Melayu.Implikasi daripada bahasa rojak ini lebih mendalam sifatnya terutama dari segi maruah dan jati diri bahasa dan bangsa Melayu sendiri. Mengambil mudah bererti mengundang kemungkinan penghakisan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan juga hilangnya rasa hormat rakyat lain terhadap bahasa Melayu.
Penghakisan yang kita takut ini sememangnya sudah terjadi ke atas beberapa bahasa seperti bahasa Tagalog di Filipina atau bahasa-bahasa di Kepulauan Carribean yang ditenggelami oleh Bahasa Inggeris.Apa yang ditakutkan ialah, kita di Malaysia sekarang berada dalam keadaan berfikir dalam bahasa Inggeris dan hanya menggunakan bahasa Melayu berpilih-pilih sebagai topeng sahaja dalam pertuturan kita.Maka sebenarnya kita sekarang sedang bercakap Inggeris dan hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai penyedapnya sahaja.
Keprihatinan mengenai keadaan ini pernah disuarakan oleh Timbalan Menteri Penerangan yang akan mempengerusikan satu Jawatankuasa Pemantau Penggunaan Bahasa di media massa termasuk milik swasta.
Sebagai menteri penuh sekarang, saya yakin beliau akan dapat meningkatkan lagi tekadnya memperbaiki bukan sahaja masalah penggunaan bahasa rojak, malah penggunaan bahasa yang betul kaedah dan tata caranya di semua saluran media kerajaan atau swasta.

- BADRUDDIN OTHMAN,

Damansara Utama,

Petaling Jaya.


      (Sumber : Utusan Malaysia   (24/02/2006) )

 
Dikemaskini pada 31 Dis 2008
: 4765330
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11931740119317401193174011931740119317401193174011931740119317401193174011931740 
Hari Ini 1316
Semalam 1899
Minggu Ini 6792
Minggu Lepas 8834
Bulan Ini 31515
Bulan Lepas 64031
Semua 11931740

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 21/07/2014