Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 31hb Julai 2014  

Kakitangan awam gagal kuasai bahasa Melayu

 

KUALA LUMPUR 28 April ? Ramai kakitangan di sektor awam dan swasta gagal mengusai bahasa Kebangsaan dengan baik kerana terpengaruh dengan penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman. 
Menurutnya tidak ramai kakitangan di sektor awam yang boleh menulis surat rasmi kerajaan dalam gaya bahasa dan penulisan dengan betul.
Tegasnya lagi, pengamal bahasa rojak kini semakin ketara di majlis-majlis rasmi dan mesyuarat anjuran kerajaan kerana mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
?Sepatutnya sistem ejaan yang betul patut diberi perhatian serius oleh Jawatankuasa Penyelaras Bahasa Kebangsaan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.
?DBP sudah beri panduan supaya mutu bahasa Melayu diperbaiki dan kita juga sudah melatih lebih 1,000 pegawai kerajaan sebagai pegawai bahasa untuk sektor awam, kerajaan negeri, kerajaan Pusat dan pihak berkuasa tempatan,? katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian Sistem Bahasa Melayu Bersepadu (SBMB) Sapura dan DBP di sini hari ini.
Menurut Aziz, pegawai bahasa tersebut sepatutnya dijadikan tempat rujukan oleh setiap jabatan di sektor kerajaan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu.
Semalam, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataannya membangkitkan mengenai isu penggunaan bahasa rojak di kalangan masyarakat.
Rais berkata, pengguna bahasa Melayu kini semakin luntur kerana masyarakat tidak sedar mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara.
Aziz berkata, DBP telah menerbitkan 800,000 istilah untuk penggunaan kebangsaan, 300,000 istilah untuk penggunaan serantau dan kamus umum sebagai panduan menggunakan bahasa Melayu dengan lebih tepat.
?DBP juga sudah menyediakan istilah yang betul sebagai panduan untuk sektor perbankan, pertanian, pengiklanan, sains perubatan, insurans dan perniagaan.
?Semua pihak seharusnya menanamkan sikap menyayangi bahasa dan tidak mencicirkan bahasa Melayu kerana ia melambangkan jiwa sesuatu bangsa,? katanya.
Aziz menambah, rakyat di negara ini tidak sepatutnya berasa malu atau ketinggalan jika menggunakan bahasa Melayu dalam urusan seharian dan rasmi.
?Sekiranya ada pihak mengatakan mereka lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris kerana tiada istilah dalam bahasa Melayu, saya menafikannya.
?Jangan bercakap soal imej, ini bahasa Melayu yang mesti kita hormati, kalau kita meminggirkan atau mencicirkan bahasa kita ini bermakna kita mencicirkan diri dalam arus peradaban bangsa,? katanya lagi.
 Mengulas mengenai isu pengharaman beberapa buah lagu seperti Seksi dan Diva nyanyian Anita Sarawak beliau berkata, tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu adalah tepat dan disokong.
Menurutnya, bahasa atau istilah yang tidak tepat perlu dielakkan kerana ia boleh mengugat kefahaman terhadap budaya dan agama.

    (Sumber : Berita Harian   (29/04/2004) )

 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 4779083
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11937302119373021193730211937302119373021193730211937302119373021193730211937302 
Hari Ini 547
Semalam 917
Minggu Ini 3611
Minggu Lepas 8743
Bulan Ini 37077
Bulan Lepas 64031
Semua 11937302

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 25/07/2014