Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 26hb Oktober 2014  

A_BBSN_2006backup

 

1.           LATAR BELAKANG

1.1        BBSN merupakan program tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bermula pada tahun 2006, BBSN dijadikan sebagai salah satu daripada aktiviti Kementerian Pelajaran Malaysia  seperti sambutan Hari Guru, Bulan Patriotik dan Hari Kebangsaan sebagaimana hasrat Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.

 

1.2        Pelbagai aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, penerbitan dan persembahan kebudayaan diadakan bersempena dengan BBSN.

 

1.3               Fasa kempen BBSN seperti yang berikut:

 

i.

Fasa Pertama
Fasa Bahasa Jiwa Bangsa. Fasa yang menyeru dan mengajak rakyat  yang berbilang bangsa  menggunakan bahasa kebangsaan iaitu sekitar tahun 1958 hingga 1966.


ii.


Fasa Kedua

Fasa Cintai Bahasa Kita. Fasa yang menyeru dan mengajak masyarakat mencintai bahasa kebangsaan iaitu sekitar tahun-tahun 1987 hingga 1994.

 

iii.


Fasa Ketiga

Fasa Nilai Ekonomi Bahasa Melayu/Kebangsaan. Fasa yang menyeru dan mengajak masyarakat khususnya di sektor swasta menggunakan kebangsaan/ bahasa Melayu dalam kegiatan-kegiatan harian sektor berkenaan iaitu sekitar tahun 1996 hingga 1998.


iv.


Fasa Keempat

Fasa Bahasa Kebangsaan dan Pembangunan. Fasa yang menyeru dan mengajak seluruh masyarakat negara ini menggunakan, mencintai, mengamalkan penggunaan bahasa Melayu/bahasa kebangsaan dalam setiap bidang kehidupan bermasyarakat di negara ini dan menghayati dan menghargai peranan sastera kebangsaan negara ini iaitu sekitar 1999 hingga 2005.


v.


Fasa Kelima

Fasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu iaitu fasa yang menyeru dan mengajak rakyat memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap bidang kehidupan masyarakat. Fasa untuk mengangkat tinggi bahasa Melayu sebagai bahasa yang berwibawa dan bermaruah, bahasa komunikasi sosial yang luas dan bahasa ilmu. Fasa ini bermula pada tahun 2006.

 

                       

2.            MAKLUMAT PROGRAM

 

            2.1            Nama Projek

            Program ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

 

            2.2            Tujuan/Objektif

i.

Menyemai, memupuk dan membina rasa cinta dan megah terhadap bahasa
kebangsaan.


ii.


Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa yang bermaruah dan berwibawa.


iii.


Memperkukuh fungsi bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang.


iv.


Menyemarakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa moden dan bahasa komunikasi sosial.


v.


Memasyarakatkan sastera dan budaya kebangsaan.

 

 

2.3               Moto dan Tema

 

i.

Moto BBSN 2006 ialah Bahasa Melayu Asas Tamadun Bangsa.


ii.


Tema BBSN 2006 ialah Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia.



2.4               Pelaksanaan

 

i.

Tarikh Pelaksanaan

·                 Majlis Pelancaran    BBSN Peringkat Kebangsaan pada 28 Ogos 2006

·                 Ekspo BBSN bermula pada 28 hingga 30 Ogos 2006

Kegiatan-kegiatan komponen lain bermula pada bulan Julai hingga bulan November 2006


ii.


Tetamu Kehormat

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

 

3.            KOMPONEN KEGIATAN

 

3.1               Perhimpunan

i.

Mendengar amanat pemimpin tertinggi  terhadap kepentingan memperkasa bahasa
kebangsaan supaya rasa cinta dan megah terhadap bahasa itu akan berkembang
mekar.


ii.


Kegiatan perhimpunan yang dirancang ialah Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan
Sastera Negara Peringkat           Kebangsaan 2006 di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


            3.2            Ekspo dan Pameran

i.

Promosi kemajuan dan kepentingan bahasa kebangsaan melalui dasar-dasar negara seperti Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain.


ii.


Ekspo peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

 

3.3        Kegiatan Ilmiah/Intelektual

 

i.

Mempertingkat kefahaman dan kesedaran tentang peranan bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan.


ii.


Program ini dilaksanakan dalam bentuk syarahan, ceramah, seminar, forum, diskusi, debat dan wacana.


iii.


Kegiatan ilmiah/intelektual yang akan dilaksanakan ialah Bicarawara Tokoh Bukan Melayu, Ceramah Politik untuk Ahli Parlimen dan ADUN, Ceramah Tokoh, Khemah Bahasa, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII, Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan, Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu II, Persidangan Penerbitan Ilmiah Kebangsaan MAPIM, pelancaran (J-QAF Versi Internet, Kelab Membaca, Web TV, Laman Komik Versi Internet, Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir), Jerayawara dan Seminar Wacana dan Falsafah Sains.

 

3.4        Promosi dan Publisiti

 

i.

Mendidik, membujuk dan menghebahkan program BBSN bagi mendapatkan penyertaan, sambutan, kefahaman dan sokongan masyarakat.

ii.

Promosi dan publisiti menggunakan media cetak, media elektronik, media paparan dan bahan promosi seperti gegantung setiang, kain rentang, latar pentas, beg plastik dan risalah.

 

3.5        Pertandingan/Peraduan

 

i.

Menarik penyertaan dan penglibatan semua pihak untuk ikut serta menjayakan BBSN.

ii.


Melahirkan pengguna yang megah bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.


iii.


Pertandingan dan peraduan yang akan diadakan iaitu Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat IPT, Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian, Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah, Pertandingan Koir antara Kementerian, Pertandingan Debat Sektor Swasta, Pertandingan Permainan Bahasa Peringkat Negeri dan Kebangsaan, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Mengarang Peringkat Sekolah Menengah dan Rendah, Pertandingan Permainan Darmawisata, Kuiz Bahasa dan Pertandingan Baca Berita Radio.

 

3.6            Persembahan Kebudayaan dan Kesenian

i.

Mempertingkatkan penghayatan terhadap sastera dan budaya bangsa.


ii.


Persembahan ini merangkumi pementasan           teater, dikir barat, wayang kulit, tarian tradisional dan persembahan selebriti.

 

3.7            Latihan dan Penataran

i.

Memupuk, membina, memantapkan dan menatar potensi, kreativiti dan kemahiran para penulis dan pengguna bahasa.

ii.

Kegiatan latihan dan penataran iaitu Perkampungan Penulis BBSN dengan
kerjasama GAPENA, Khemah Bahasa dan bengkel penulisan.

 

3.8        Rekreasi dan Riadah

i.

Memasyarakatkan bahasa, sastera dan budaya secara santai.


ii.


Memasyarakatkan bahasa, sastera dan budaya secara santai.


iii.

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 5026888
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12050081120500811205008112050081120500811205008112050081120500811205008112050081 
Hari Ini 334
Semalam 624
Minggu Ini 334
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 35464
Bulan Lepas 41037
Semua 12050081

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014