Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 24hb Oktober 2014  

ISHAK HAJI MUHAMMAD

(Ishak bin Haji Muhammad, Anwar, Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden, Pak Sako, “Pejuang Sastera”, “Tokoh Wartawan Negara”)

LAHIR : September 1909 di Kampung Bukit Siguntang, Temerloh, Pahang Darul Makmur.
MENINGGAL : 7 November 1991.

 

PENULIS veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua yang sangat giat menulis.  Beliau menghasilkan novel, cerpen, esei, dan memoir, dan hingga ke akhir hayatnya menulis rencana untuk akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur.  “Ishak Haji Muhammad, Pak Sako atau Hantu Raya kalau dimahkotakan sebagai raja, baginda akan turun dari takhtanya, kalau menjadi presiden atau perdana menteri, beliau akan menghilangkan diri, tetapi diberikan mesin taip, beliau akan menulis sampai mati”.  Demikianlah kata-kata Zainuddin Maidin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sewaktu berucap pada Malam Mengenang Jasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 Oktober 1987.  Pada malam itu Pak Sako menerima suatu cenderamata berupa sebilah keris yang berusia 120 tahun dan sekeping cek bernilai RM5000.00.

Ishak menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Tengah, Temerloh dalam tahun 1919 sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Clifford Kuala Lipis dari tahun 1924 – 1928 dan lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun 1929 di Sekolah Inggeris Raub.

Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar untuk berlatih menjadi pegawai tadbir Melayu (Malay Administrative Service).  Pada tahun 1931, Ishak bertugas sebagai pegawai dalam latihan selama setahun di Pejabat Daerah Temerloh sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Bentong sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah pada tahun berikutnya.  Dengan itu beliau telah dilantik sebagai Majistret Kelas III dan pemungut hasil tanah.  Setelah berkhidmat selama tiga bulan di Bentong, beliau telah ditukarkan ke Daerah Kecil Rembau, Negeri Sembilan.  Kira-kira setahun setengah kemudian, beliau ditukarkan pula ke Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas III sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935.

Selepas bebas daripada jawatan kerajaan, Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembara ke seluruh tanah air selama tiga tahun.  Sewaktu menjelajah tanah air inilah beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan.  Pada tahun 1937, Ishak mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang dan penterjemahan.  Dari situ  beliau terus meningkatkan kegiatannya dalam bidang penulisan.  Pada tahun inilah beliau menghasilkan novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan yang dicetak oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938.

Ishak ialah orang pertama yang bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas penerbitan akhbar tersebut.  Untuk ini beliau berhenti dari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang cita-cita beliau untuk menerbitkan sebuah akhbar kebangsaan.  Usahanya ini telah mendapat sokongan dan dukungan yang hangat daripada masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu.

Dari Tahun 1939 hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggota sidang pengarang Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai.  Pada waktu yang sama, Ishak mula bergiat dalam pergerakan politik.

Pada tahun 1941, Ishak yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk Singapura pada tahun yang sama.  Beliau kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia dan Fajar Asia.

Ishak menjadi semakin aktif dalam arena politik dan bidang kewartawanan sesudah tamat perang.  Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 pernah menerima Ishak sebagai salah seorang anggota pucuk pimpinannya.  Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948, kegiatan Ishak dianggap membahayakan keselamatan negara lalu beliau ditangkap sekali lagi dan ditahan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.  Dari Penjara Pudu, Ishak dipindahkan ke beberapa buah khemah tahanan lain.  Ishak kemudiannya telah dibebaskan tanpa syarat dalam bulan Mei 1953.

Setelah bebas dari tahanan, Ishak bertugas di Malayan Film Unit (MFU) di Kuala Lumpur sebagai penulis skrip hingga bulan Disember 1955.  Mulai 6 Mac 1958, Ishak dilantik sebagai Ketua Pengarang Semenanjung di Singapura.  Walau bagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah malap terutama apabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist Front.  Dalam pilihan raya umum 1959, Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang pada tahun 1964 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi.

Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1965, Ishak telah ditahan sekali lagi.  Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliau  kembali bergiat dalam bidang penulisan.  Ishak kemudiannya ditawarkan bertugas dengan Utusan Melayu sebagai penulis khas.  Tulisannya yang amat popular ialah “Kenangan Hidup Pak Sako” yang disiarkan secara bersiri dalam Mingguan Malaysia, dan ruangan “Di Simpang Jalan” dengan menggunakan nama Pak Pandir Moden. Beliau juga pernah menjadi penulis ruangan pojok “Pepatah Petitih” dalam majalah Gila-gila.

Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua.  Dua buah novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak.  Kedua-dua novel tersebut mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan.

Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk mengobarkan semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial.  Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.

Putera Gunung Tahan lahir daripada luapan semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris.  Oleh itu novel ini adalah sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air, semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.

Novelnya yang berjudul Anak Mat Lela Gila dianggap sebagai novel yang cukup berjaya sebelum Perang Dunia Kedua.  Novel ini menggambarkan keadaan masyarakat Melayu dengan kisah-kisah hasil pengalaman beliau mengembara ke seluruh negara.  Watak-wataknya melontarkan sindiran terhadap sikap tidak adil penjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu.

Satu perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah tentang cita-citanya terhadap masyarakatnya masa itu.  Pokok persoalannya tetap tentang rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.

Oleh sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktik dan idealistik.  Sebagai seorang pejuang nasional dan sasterawan, Ishak mempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air.

Kesusasteraan Melayu moden mulai berkembang selepas Perang Dunia Pertama.  Pada dasarnya karya sastera pada zaman itu lebih bercorak protes.  Tradisi itu mencapai kemuncaknya menjelang Perang Dunia Kedua.  Dalam tahap perkembangan Ishak Haji Muhammad muncul sebagai penulis yang paling berjaya menawan hati para pembaca sehingga beliau menjadi lambang zaman itu.  Selain itu, Pak Sako pernah menulis skrip filem berjudul Padi Kunca terbitan Filem Negara Malaysia pada tahun 1955.  Filem ini yang juga menggunakan suara latar Pak Sako telah memenangi anugerah Golden Harvest dalam satu pesta filem yang berlangsung di Singapura.

Bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap kesusasteraan Melayu moden, maka pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan. Pada 29 Mei 1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia berserta hadiah wang tunai RM10 000.00 dan watikah penghargaan.  Walau bagaimanapun, Pak Sako telah menolak anugerah “Budayawan GAPENA 1987” atas sebab-sebab tertentu.

Ishak Haji Muhammad meninggal dunia pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Kilometer 16, Jalan Hulu Langat, kerana diserang angin ahmar.  Sebagai menghargai jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan “Tokoh Kewartawanan Negara” pada 24 September 1995.  Beliau merupakan tokoh ketika yang menerima anugerah tersebut selepas Tan Sri A. Samad Ismail dan Tan Sri Lee Siew Yee.  Dan sebagai mengenangkan jasanya, Utusan Melayu sejak tahun 1992, telah mewujudkan “Hadiah Sako” untuk diberikan kepada penulis novel nasional yang terbaik.  Hadiah ini berupa wang sejumlah RM30 000.00 dan watikah.

KARYA

Novel
- Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm.
- Budak Beca, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1957, 173 hlm. (dua penggal),    Penggal I, 98 hlm., Penggal II, 75 hlm.
- Cemburu Celik, Singapura:  Geliga Limited, 1957, 19 hlm.
- Mencari yang Lari, Singapura : Geliga Limited, 1957, 108 hlm.
- Pengantin Baru, Singapura: Geliga Limited, 1957, 120 hlm.
- Pertemuan di Sungai, Singapura: Geliga Limited, 1957, 93 hlm.
- Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua), 113 hlm. (cetakan pertama 1937)
- Selayang Pandang, Singapura: Geliga Limited, 1957 – 1959, 209 hlm., (dua penggal), penggal I, hlm. 1-84, Penggal II, hlm. 85-209
- Judi Karan, Singapura: Geliga Limited, 1958, 132 hlm.
- Mata-mata Sukarela, Singapura: Geliga Limited, 1959, 123 hlm.
- Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966 (cetakan ketiga), 131 hlm., (cetakan pertama 1941).
- Norita dan Kisah-kisah Kucing Hitam, Marang : H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1966, 212 hlm.
- Yang Miskin dan yang Mewah, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 120 hlm.
- Anak Dukun Deraman, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1967, 222 hlm.
- Tijah Tukang Cukur, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1967, 171 hlm.
- Satay Saloon, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1968, 152 hlm.
- Sidang Serangga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121 hlm.
Cerpen
- Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm.
- Karangan Bunga dari Selatan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1963, 61 hlm.
- Rintisan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 265 hlm.
- Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1980, 124 hlm.
- Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.
- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.
- Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985,339 hlm.
Memoir
- Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency, 1975, 61 hlm.
Umum
- Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86 hlm.
- Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid I), 283 hlm.

 
Dikemaskini pada 25 Nov 2008
: 5023777
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12048979120489791204897912048979120489791204897912048979120489791204897912048979 
Hari Ini 798
Semalam 1343
Minggu Ini 6581
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 34362
Bulan Lepas 41037
Semua 12048979

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014