Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 31hb Ogos 2014  


KHADIJAH HASHIM

(Khadijah binti Hashim)

LAHIR :  20 April 1972 di Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
ALAMAT : 32, Jalan SS 3/44, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 
MEMANDANGKAN
jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah  kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan Khadijah Hashim.  Khadijah Hashim merupakan salah seorang daripada penulis wanita yang paling aktif  menghasilkan pelbagai karya kreatif.  Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel.  Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel.  Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya.

Khadijah Hashim menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi guru agama.  Beliau pernah mengajar di Sekolah Seri Pelangi, Batu Pahat.  Tetapi selepas itu pekerjaan sebagai wartawan lebih menarik minatnya dan beliau diterima berkhidmat di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada tahun 1974.  Beliau memulakan tugasnya sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu.  Di samping menjadi wartawan, Khadijah mengelolakan ruangan `Dialog Kecil’, iaitu menulis kisah-kisah mengenai masyarakat yang berlaku sehari-hari.  Di samping itu Khadijah pernah mengelolakan ruangan wanita dalam akhbar Utusan Malaysia, Selepas dua tahun berkhidmat di Utusan Melayu, Khadijah menurut jejak langkah rakan-rakannya seperti Zaharah Nawawi dan Salmiah Rahman menyertai Kumpulan Akhbar The New Straits Times, mengelolakan ruangan kesusasteraan dan menjadi penulis tetap ruangan `Ragam Hidup’ (mulai tahun 1980) di Berita Harian.  Setelah beberapa tahun dengan Berita Harian, Khadijah meletakkan jawatannya dan membuka syarikat penerbitan sendiri, `K’ Publishing and Distributors Sdn. Bhd.

Nama Khadijah dalam bidang novel mula dikenal apabila novel pertamanya, Badai Semalam diterbitkan pada tahun 1968 oleh Pustaka Nasional di Singapura.  Selepas itu novel-novel Jalan ke Kubur (1969), Pelangi Pagi (1971), Merpati Putih Terbang Lagi (1972), Belum Masanya (1976) dan Di Tengah Kabus (1980) pula terbit.  Boleh dikatakan hampir setiap tahun sejak 1968 Khadijah berjaya menerbitkan novel demi novel, suatu usaha kreatif yang sungguh menggalakkan.  Di samping itu beliau juga menghasilkan cerpen dan berjaya menerbitkan kumpulan cerpennya berjudul Segeluk Air (1974), Mawar Merah di Jambangan (1979), dan beberapa buah kumpulan cerpen yang lain.

Badai Semalam, meskipun mengandungi idealisme baru, namun masih didasarkan kepada persoalan tradisional, iaitu kisah anak tuan rumah jatuh cinta kepada anak orang gajinya.  Novel ini dikemukakan dengan garis plot yang jelas dan mudah diikuti.  Keindahan novel lebih banyak terletak pada ceritanya dan bukan pengolahan yang ada di dalamnya.

Pada keseluruhannya, Badai Semalam menarik dan dapat mengikat minat pembaca dari awal sampai akhir.  Pembaca ikut berasakan segala resah gelisah dan kekusutan fikiran yang dialami oleh Mazni sehingga ikut bersimpati dengannya.  Novel ini memberi kesan bahawa amanat yang mahu disampaikan oleh Khadijah ialah tidak ada sesuatu yang dapat menghalang seseorang mencapai hasratnya asalkan dia tetap berusaha dan yakin pada diri sendiri.

Hasil kegiatannya menulis novel, Khadijah telah berjaya memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka untuk novelnya Merpati Putih Terbang Lagi.  Kejayaan yang dicapai oleh Khadijah sebagai seorang penulis dapat diukur daripada jumlah cerpen beliau yang memenangi Hadiah Karya Sastera.  Pada tahun 1971, beliau memenangi Hadiah Karya Sastera untuk tiga buah cerpennya, iaitu “Kasih Entah di Mana” (Utusan Zaman, 10 November 1971), “Sekapur Sirih Segeluk Air” (Berita Minggu, 11 April 1971) dan “Budi yang Tak Terbeli” (Wanita, Mei 1971).  Kemudian dalam tahun-tahun 1974 dan 1975, Khadijah memenangi Hadiah Karya Sastera lagi dengan cerpen-cerpen “Bila Ayah Mogok” (Utusan Zaman, 10 Mac 1974), “Mawar Merah di Jambangan” (Mastika, September 1975) dan “Tuah Orang” (Mastika, Mac 1975)

Sebagai penulis cerpen pula, kebanyakan cerpen Khadijah banyak berkisar di sekitar persoalan keluarga.  Khadijah memperlihatkan sikapnya terhadap keharmonian dan kedamaian hidup di desa dan membenci kekalutan hidup kota.  Dalam kebanyakan cerpen Khadijah, meskipun cerpennya menggambarkan suasana biasa tentang keluarga, namun masih terasa tujuan penulis yang mahukan pembacanya berfikir lebih jauh dan dalam terhadap amanat yang disampaikan.  Di sinilah antara keistimewaan Khadijah dalam bercerita, yang sekali imbas nampak sederhana tetapi sebenarnya mempunyai makna yang lebih dalam.

Melihat sumbangan penulis wanita yang berasal dari Batu Pahat ini, ternyata beliau berpotensi besar untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan indah.  Setiap kali karya barunya terbit, hasilnya tidak pernah mengecewakan.  Karyanya sering mendapat sambutan, sama ada dalam kalangan pembaca dewasa mahupun remaja.  Kegiatannya dalam penulisan kreatif sehingga kini masih berterusan lebih-lebih lagi karya-karya yang dihasilkannya itu dapat diterbitkannya sendiri.  Dengan itu beliau agak beruntung kerana kebanyakan karya yang tersiar secara bersiri dalam akhbar dapat diterbitkan semula dalam bentuk buku.  Antara cerita yang dibukukannya ialah Mira Edora dan Dekat Di sayang Jauh Dikenang, malahan novelnya yang kedua itu pernah mendapat sambutan apabila diadaptasi menjadi sebuah drama TV.  Sehingga kini tidak kurang daripada 13 buah buku remaja, 18 buah novel dan 7 kumpulan cerpen telah dihasilkannya.

Bakat Khadijah rupa-rupanya tidak terbatas kepada penulisan novel dan cerpen sahaja, tetapi juga mencipta pantun.  Baru-baru ini beliau telah berjaya menerbitkan koleksi pantunnya yang terdiri daripada 808 untai.  Selain itu, Khadijah juga berbakat dalam seni lukis dan baru-baru ini beliau telah mengadakan pameran sulungnya di ibu kota.

Sebagai suatu pengiktirafan kepada bakat seni dan kegigihannya berkarya, Khadijah telah terpilih mengikuti Program Penulisan Antarabangsa (IWP) di Lowa, Amerika Syarikat dalam tahun 1994.

KARYA

Novel
- Badai Semalam, Singapura: Pustaka Nasional, 1968, 201 hlm.
- Jalan ke Kubur, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 139 hlm.
- Pelangi pagi, Johor Baru, Penerbitan Penamas Malaysia, 1971, 133 hlm.
- Merpati Putih Terbang lagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, 289 hlm.
- Belum Masanya, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1976, 96 hlm.
- Di Tengah Kabus, Singapura: Pustaka Nasional, 1980, 123 hlm.
- Bila dan di Mana, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 199 hlm.
- Dekat Disayang Jauh Dikenang, Petaling Jaya: `K’ Publishing & Distibutors Sdn. Bhd., 1984, 133 hlm.
- Laila Azwa Gadisku, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1986, 144 hlm.
- Alun Hidup, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1990, 217 hlm.
- Ke Mana Kasih Hendak Dibawa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 133 hlm.
- Melawan Arus, ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 229 hlm.
- Langkah Pertama, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1994, 126 hlm.
Cerpen
- Segeluk Air, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 142 hlm.
- Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.
- Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.
- Aku Anak Menteri, Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1980, 73 hlm.
- Batas Menanti, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1982, 95 hlm.
- Hawa (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 250 hlm.
- Angin Senja, Petaling Jaya: ‘K’  Publishing & Distributors Sdn. Bhd.. 1985. 93 hlm.
- Bujang Kota, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 144 hlm.
- Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya :  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.
- Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya : Penerbit Fajar  Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.
Cerpen Remaja
- Mawar Merah di Jambangan, Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1979, 129 hlm.
- Angin dari Sawah, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Sdn. Bhd., 1980, 95 hlm.
- Arnizah (Peny. bersama Othman Puteh) Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1984, 82 hlm.
- Malang Tak Berbau (Peny.  Bersama Othman Puteh), Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1984, 54 hlm.
- Rahsia Gadis Bisu (Peny. bersama Othman Puteh), Petaling Jaya: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1984, 61 hlm.
Cerita Kanak-kanak
- Anak Kucing, Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
- Anak Monyet Mati Ibu, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
- Balik Kampung, Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
- Dua Kali Dibedah, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd. 1983.
- Hati Nurani Berdebar, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
- Lauk Kenduri, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
- Sepatu Bola, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
- Tak Susah Sebut ‘R’, Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
Himpunan Sastera Remaja
- Cerdik Tak Berakal (Peny.), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 87 hlm.
- Ibuku Sayang (Peny.) Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 90 hlm.
- Sayang Telani (Peny.), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1985, 110 hlm.
Kajian
-

Panduan Menulis Skrip Drama Radio, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1986, 136 hlm.

Pautan

Dunia Penyair

Buku dari Khadijah Hashim

Komuniti orang kurang upaya

Laman cahayamata

 

 
Dikemaskini pada 12 Jan 2009
: 4852725
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11973162119731621197316211973162119731621197316211973162119731621197316211973162 
Hari Ini 568
Semalam 1168
Minggu Ini 568
Minggu Lepas 7863
Bulan Ini 35850
Bulan Lepas 37087
Semua 11973162

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 28/08/2014