Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 1hb November 2014  

ATAN LONG
(Atan bin Long Dr.; Surianata)

LAHIR : 27 Ogos 1935, Tanjung Gading, Batu 4, Muar, Johor.
MENINGGAL : 20 September 1993.

ATAN LONG adalah seorang tokoh pendidik dan penulis yang tidak asing lagi di negara ini.  Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1935 di Tanjung Gading, Muar, Johor. Beliau berkecimpung dalam bidang pendidikan, iaitu hampir 35 tahun.  Beliau banyak menimba pengalaman pendidikan dalam tempoh tersebut.  Suboh merupakan satu-satunya novel hasil karyanya.  Novel ini diterbitkan sewaktu beliau menuntut di tahun dua, Universiti Malaya.  Suboh disiapkan pada pukul 1.00 tengah hari, Rabu, 31 April 1963.  Tema yang dikemukakan dalam novel ini ialah perubahan nasib yang lebih baik oleh satu keluarga yang mahu menukar corak kehidupan mereka.  Novel ini pernah digunakan sebagai buku teks sastera untuk tingkatan 5.

Atan Long mendapat pendidikan awal  di sekolah melayu di Muar dan kemudian ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, seterusnya Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur.  Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.  Beliau memperoleh Ijazah Ph.D. dalam bidang pendidikan di University of Winconsin, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Rendah Tanjung Gading, Muar hinggalah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.  Beliau terkenal sebagai seorang pakar psikologi pendidikan dan pernah menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Profesor Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia.  Setelah bersara, beliau dilantik sebagai Profesor bagi Program Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau mula menulis dalam bidang sastera kreatif menggunakan nama pena Surianata.  Selain novel Suboh, beliau turut menulis cerpen, esei dan terjemahan.  Tulisan-tulisan beliau banyak tersiar di majalah Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Mastika, Berita Minggu, Utusan Zaman, Watan, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya.  Antaranya ialah “Nasib Anak-anak yang Gagal Peperiksaan”, Utusan Zaman, 8 Ogos 1976; “Soal Disiplin dan Istilah Baik dan Buruk”, Berita Harian, 12 Januari 1977; “Keperibadian Muslim Mesti Berdasarkan Takwa, Iman dan Ihsan”, Berita Minggu, 22 Julai 1979; “Pentingnya Peranan Guru dalam Masyarakat”, Berita Minggu, 7 Disember 1980; “Koleksi Tulisan dan Kertas Kerja Atan Long”, Utusan Malaysia, 1 April 1986.  Selain itu, beliau turut menghasilkan kajian dan buku akademik.  Buku Psikologi Pendidikan (1976) menjadi salah sebuah buku rujukan yang penting bagi pelajar universiti.

Atan Long merupakan ahli seumur hidup Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) bermula pada 28 Januari 1984.  Beliau telah diumumkan sebagai pemenang Hadiah Penulis Terbaik dalam bidang pendidikan dengan karyanya berjudul “Pedagogi – Faedah Mengajar” di Konvensyen Pendidikan ke-6 (KONPEN 6) pada tahun 1981.  Beliau juga merupakan Penyelaras Pasukan Penyelidikan mengenai kajian tabiat membaca orang-orang Melayu di Malaysia pada tahun 1983.

KARYA
Novel
- Suboh.  Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964
Umum
- Pergerakan dan Emosi  (terjemahan).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968
- Bimbingan Sastera: untuk Tingkatan V  (penye. bersama Ahmad Saleh dan Yahaya Ismail) Kuala Lumpur: Syarikat Karyawan, 1968
- Bahasa Melayu.  Pulau Pinang: Progress Publication, 1969
- Satu Penyiasatan Berhubung dengan Pengajian Bacaan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970
- Siasah dan Penyesuaian (terjemahan).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970
- Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-kanak Melayu di dalam Darjah Satu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971
- Psikologi Pendidikan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976
- Bimbingan Kertas Am.  Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1979
- Fikiran-fikiran Tentang Pendidikan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979
Cerita Kanak-kanak
- Kur Si Kura-kura.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977
- Ra Si Monyet Hutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977
- Yam Si Ayam Cerdik.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977

 

 
Dikemaskini pada 24 Nov 2008
: 5041719
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12057105120571051205710512057105120571051205710512057105120571051205710512057105 
Hari Ini 390
Semalam 1519
Minggu Ini 7358
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 390
Bulan Lepas 42098
Semua 12057105

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014