Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 20hb September 2014  

HARUN MAT PIAH (DR.)
(Harun bin Mat Piah, Dr.;  Haji; Hasrun Syam; Har)

Lahir : 14 November 1937, di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.
Alamat : No. 2 Jalan 1/9F, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

 
SUMBANGAN Harun Mat Piah dalam pengkajian dan penyelidikan sastera banyak mengarah kepada sastera dan budaya Melayu tradisional.  Buku-buku, makalah dan kertas-kertas kerja persidangan yang dihasilkan adalah hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang  teliti dan bersifat akademik serta sistematik bentuknya.  Beliau adalah antara tokoh yang berwibawa dalam kesusasteraan Melayu lama, khususnya puisi  Melayu tradisional.
 Anak bongsu daripada lima adik beradik ini berasal dari Perak dan pendidikan awalnya diterima dari sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1955-1957).  Dengan mengikuti kelas-kelas persendirian di sekolah Inggeris, Harun berjaya memperoleh sijil-sijil MCE (Malaysia Certificate of Education, 1961) dan HSC (Higher Certificate of Education, 1966).  Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa (1963), Maktab Perguruan Ilmu Khas (1965) dalam bidang seni dan kraftangan.  Pada tahun 1967 Harun memasuki Universiti Malaya dan tiga tahun kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang linguistik.

Setelah tamat pengajian universiti, Harun bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Inggeris Kuala Kubu Baharu, tetapi khidmatnya tidak lama di sini.  Beliau berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Malaya dan pada tahun 1973 beliau meraih ijazah tersebut dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik.  Selepas itu, Harun menerima Biasiswa British Commonwealth Universities untuk melanjutkan pengajian di School of Oriental and African Studies, Universiti London (1972-1975).  Dalam tempoh tersebut beliau berpeluang membuat penyelidikan di pusat-pusat manuskrip Melayu di Eropah Belanda, Perancis dan Belgium, selain London, Cambridge dan Oxford di United Kingdom).

Sekembalinya ke tanah air, Harun bertugas sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, (juga Institut Alam dan Tamadun Melayu di universiti yang sama dan meneruskan penyelidikan dalam bidang sastera klasik. Pada tahun 1981 Harun berjaya mendapat Ijazah Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menerusi disertasinya, "Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi."  Penyelidikan untuk tujuan itu mengambil masa lebih daripada  lima tahun yang melibatkan 750 buah kampung dan sekitar 1000 responden.  Penyelidikannya dianggap cukup autoritatif dalam bidang pengkajian puisi Melayu tradisional.

Sepanjang tahun 1984 Harun bertugas sebagai Asian Scholar-in-Residence di Universiti Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat di bawah Rancangan Pertukaran Sarjana-sarjana Fulbright.  Antara jawatan lain yang diterimanya ialah Timbalan Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM); Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Harun bersara pada awal tahun 1990 untuk bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di universiti tersebut.  Harun bersara dari jawatannya pada akhir tahun 1997.  Kini beliau melibatkan diri dalam penerbitan karya agung bersama Yayasan Karyawan Malaysia.

Dalam bidang penulisan, Harun menumpukan pengkhususan kepada sastera klasik selain budaya tradisi dan memberikan sumbangan dalam pengkajian tradisi lisan, permainan-permainan kesenian seperti gamelan.  Semasa di maktab, beliau pernah memenangi peraduan-peraduan mengarang esei, cerpen dan drama menggunakan nama samaran Hasrum Syam dan Har.  Harun juga pernah memenangi peraduan syarahan, perbahasan dan berbalas pantun selain menyertai kumpulan muzik pancaragam.  Pada tahun 1983 beliau memenangi Hadiah Sastera Malaysia bagi kategori esei, bersama Prof. Muhammad Haji Salleh.  Mungkin kerana minatnya lebih tertumpu kepada sastera tradisional dan penulisan akademik yang lebih serius, menyebabkan bakat kreatifnya tidak dikembangkan.

Dalam aktiviti akademik dan sosial, Harun pernah mengasas dan memimpin persatuan-persatuan belia dan kebajikan masyarakat.  Beliau pernah menjadi Setiausaha dan kemudian Pengerusi Persatuan Pengajian Melayu Malaysia pada tahun 1983 dan 1985 hingga 1990.  Dengan keahliannya itu, beliau sering dilantik sebagai pakar rujuk bidang sastera klasik oleh beberapa badan penerbitan.  Jawatan lain yang berkaitan dengan kegiatan sastera ialah Ahli Panel Hakim Hadiah Sastera Malaysia (1988-1989); Ketua Jawatankuasa Istilah (untuk Puisi) Dewan Bahasa dan Pustaka (1985-87), Ahli Panel Penulis Projek Penerbitan Ensiklopedia Dewan Bahasa dan Pustaka (1988-1990); Ketua Projek Penyelidikan Kesusasteraan Melayu Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (1988-1990); Panel Penilai Cerpen-cerpen Bahana (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei) dan Panel Hakim Puisi Islam Pusat Dakwah Islamiah Brunei, 1991-1993.

KARYA
Buku
- Kesarjanaan Melayu (bersama Farid M. Onn).  Kuala Lumpur:  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,  1976
- Cerita-cerita Panji Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980
- Anthology of Asean Literature (bersama Ismail Hussein et. al.). Asean COCCI, 1982
- Gamelan Malaysia (ed.). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1982
- Lambang Sari - Tari Gamelan Terengganu (bersama Siti Zainon Ismail).  Kuala Lumpur: IBKKM dan SUK Terengganu, 1986
- Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
-

Kesusasteraan Melayu Tradisional (bersama Siti Hawa Salleh et. al.).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

Pautan:

Definisi Pantun Adat Oleh Harun Mat Piah

Syair Melayu-Khazanah Yang Perlu Dipertahankan

 
Dikemaskini pada 13 Jan 2009
: 4925477
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11999635119996351199963511999635119996351199963511999635119996351199963511999635 
Hari Ini 357
Semalam 924
Minggu Ini 6251
Minggu Lepas 10558
Bulan Ini 26055
Bulan Lepas 36268
Semua 11999635

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 18/09/14