Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 1hb November 2014  

ISMAIL ABDULLAH (PROF. MADYA DR.)
(Ismail bin Abdullah, Prof. Madya Dr.)

LAHIR : 30 Mac 1948, di Kuala Terengganu, Terengganu.
ALAMAT: 28 Lintang Pekaka 5, Taman Pekaka, 11700 Gelugor,  Pulau Pinang.

DALAM perkembangan puisi Melayu moden Malaysia, nama Ismail Abdullah tidak dapat diketepikan begitu sahaja kerana kehadirannya jelas dengan usaha-usaha eksperimen yang menggabungkan aspek-aspek visual, grafik, digital, metafora, simbol dan koda.  Usaha-usaha ini menjadikan karya-karya puisinya berbentuk semiotik, signal dan visual.

Ismail Abdullah dilahirkan di Kuala Terengganu dan kemudian menetap di Johor, iaitu semasa berumur lapan tahun kerana mengikut bapanya yang berniaga pakaian di Semerah, Batu Pahat.  Di Pekan inilah Ismail membesar dan menerima pendidikan rendah dan menengah.  Ketika di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar, bakat melukis, mengarang dan berpuisi Ismail mula berkembang.  Semasa di tingkatan empat, Ismail memasuki Pertandingan Poster Hari Kesihatan Sedunia Daerah Batu Pahat.  Mural dinding Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar, Ismail yang melukiskannya.  Beliau aktif berpersatuan serta diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan penting.  Beliau dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Seni Lukis, Ahli Jawatankuasa Bahagian Kebudayaan dan Kesusasteraan serta Redaksi Pengarang majalah sekolah, “Bentara”.  Pada tahun 1964, iaitu dalam tingkatan lima, Ismail mendapat Hadiah Pelajar Terbaik Seni Lukis dan memenangi hadiah pertama dan kedua Peraduan Mengarang Sajak di sekolah tersebut.

Dari tahun 1966 hingga 1967, Ismail menuntut di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur.  Tamat latihan perguruan, Ismail ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Kuala Terengganu dari tahun 1968 hingga 1972.  Pada tahun 1973 beliau menyambung pendidikannya di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni halus dan sastera sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Beliau kembali mengajar di Terengganu setelah selesai pengajiannya di universiti sehingga penghujung tahun 1979. Kemudian beliau bertugas di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan sebagai pensyarah seni.  Setahun kemudian, Ismail mendapat peluang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Seni Halus (M.F.A.) di Rochester Institute of Technology, Rochester, New York, Amerika Syarikat,  dalam bidang fotografi seni halus.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1983, beliau berkhidmat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Pusat Seni di USM dari tahun 1983 hingga 1989.  Di samping menjadi pensyarah seni halus, Ismail juga bertanggungjawab sebagai Penyelaras Rancangan Sijil Seni Kreatif (1985-1989) dan Pengerusi Rancangan Ko-Kurikulum Kebudayaan (1987 - 1989).   Antara tahun 1985-1987 dan 1994-1995 pula, beliau telah menjadi Pengerusi Bahagian Seni Halus. 

Pada akhir tahun 1989, beliau sekali lagi meninggalkan Malaysia dan kali ini ke England pula bagi meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang sejarah seni.  Ismail menuntut di University of London, iaitu di  Department of Cultural and Historical Studies, Goldsmiths College, London. Beliau telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari universiti berkenaan pada tahun 1995.  Ismail kembali bertugas di USM sebagai Pengarah Pusat Seni (1995-1999) dan seterusnya sebagai Dekan Pusat Pengajian Seni mulai 1999 sehingga sekarang.

Sebagai ahli akademik dan salah seorang Ketua Jabatan di USM, Ismail telah terlibat secara aktif dalam bidang pentadbiran dan perancangan akademik. Beliau ialah Ahli Senat Universiti serta menduduki pelbagai jawatankuasa di USM. Di samping itu, beliau juga banyak  menyampaikan kertas kerja serta menghadiri pelbagai seminar yang berkaitan dengan seni dan budaya sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Pada masa sekarang, beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Ismail mula menghasilkan puisi semasa mengajar di Kuala Terengganu dan melibatkan diri secara serius dalam dunia penulisan karya kreatif ketika beliau menuntut di USM.  Di sinilah, Ismail mengenali dunia dan ilmu sastera, seni lukis dan komunikasi dengan teori-teori barat secara lebih mendalam.  Dengan mengikuti pengkhususan seni halus dan pengkhususan kecil dalam bidang kesusasteraan, Ismail dapat mengerti serta memahami hal-hal berhubung dengan catan, teori dan falsafah seni, puisi dan penulisan kreatif serta komunikasi.

Ismail gemar menghasilkan puisi kreatif yang mempunyai elemen visual, komunikasi dan intelektual.  Oleh sebab itu, beliau sering melakukan eksperimen dan salah satu puisinya yang membawa ciri-ciri demikian ialah “Konsepsual”.  Sebahagian puisi ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan kerja kursus penulisan kreatif di universiti.  Puisi ini adalah percubaan awal Ismail menggabungkan aspek visual dan grafik dengan elemen “tanda” yang komunikatif dan “bunyi” puitis.

Puisi begini lebih mirip kepada puisi “bunyi”, “kata” dan “tanda” yang “abstrak”, “metaforikal,”  “simbolik” dan “arbitrari”.  Untuk menulis puisi ini, Ismail menggunakan elemen visual, grafik dan kata perbandingan (metafora) serta “koda”.  Menurut Ismail, puisi jenis ini telah dikembangkan dengan penggunaan “koda” yang peribadi yang akhirnya menghasilkan puisi abstrak dan berkonteks.  Pada ekstrimnya, puisinya tidak lagi menggunakan kata-kata puitis tetapi hanya “dikodakan” dengan elemen-elemen visual yang “arbitrari” sama ada yang bersifat “personal” atau “impersonal”.  Oleh itu puisinya mempunyai struktur yang sangat bebas (arbitrari) dan terbuka bentuk pengucapannya dengan dipengaruhi oleh unsur-unsur “tanda” atau “koda”.

Malahan, kaedah dan cara membaca puisinya juga bersifat arbitrari, iaitu sebagaimana kita menghayati dan melihat sebuah karya lukisan abstrak, “ensemblaj” atau “instalasi”. Ini bermaksud bahawa puisi Ismail boleh dibaca, dilihat atau dihayati dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, dari atas ke bawah atau dari  bawah ke atas ataupun menyongsang dan pelbagai sudut.

Selain menulis puisi, Ismail juga aktif dalam bidang seni lukis, fotografi dan teater.  Beliau juga bergiat bersama seniman Kumpulan Anak Alam Kuala Lumpur.  Melalui Perkumpulan Teater Terengganu (KOMPUTER) dan Persatuan Penulis Terengganu (PELITA), Ismail bergerak cergas dengan memberikan angin percubaan kepada teman-teman kreatifnya.

Dalam bidang teater tempatan, Ismail terlibat dengan serius dalam bidang perekaan set.  Rekaan set kreatif Ismail yang menarik dan artistik telah banyak memberi kejayaan kepada kumpulan teater KOMPUTER pada akhir tahun 1970-an.  Melalui pertandingan teater antara kelab-kelab teater di Malaysia, Ismail telah memenangi Hadiah Perekaan Set selama tiga tahun berturut-turut, iaitu:  Anugerah Set Kreatif Terbaik (1977), Anugerah Pereka Set Terbaik (1978) dan Anugerah Khas Pereka Set (1979).  Kesemua pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia (KKBS).

Beliau juga memenangi Pertandingan Seni Lukis Terbuka Malaysia (1975) dan Fotografi Nasional Malaysia (1976) yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara dan KKBS Malaysia.

Ketika membacakan puisinya, Ismail menggunakan pendekatan teaterikal dengan penampilan imej “bantu” bagi meleraikan idea dan makna yang tersembunyi di sebalik bentuk dan kata yang abstrak, kompleks dan berkoda.  Alat-alat bantu itu seperti sketsa, sisipan foto, alat tayang, komputer atau bahan-bahan tara yang lain yang dapat menjelaskan lagi makna atau mesej sesebuah puisi.  Pembacaan puisinya yang diadun dengan imej-imej fotografi, grafik dan digital menampakkan perhubungan antara dunia puisi dengan seni lukisnya yang kompleks serta bersaling-kait. Oleh itu,  bentuk penulisan puisi Ismail memiliki campuran pelbagai bentuk ekspresi dan disiplin ilmu.  Karya puisinya banyak terkumpul dalam bentuk kertas edaran, kertas pos, stensilan, catan, fotostat, disket komputer dan sebagainya.

Ismail juga menulis esei-esei eksperimen dengan memberi perhatian terhadap pendekatan semiotika, pasca-strukturalisme dan pasca-moden dalam puisi kontemporari.  Antara esei-eseinya yang menyentuh hal ini ialah “Sajak-sajak Konsepsual, Prakata:  Manifesto” (1976), “Wadah Puisi 1985”, “Mempertahankan Puisi Eksperimen Malaysia” (1990), “Puisi Komputer/Pasca-Moden (1991), “Puisi Digital:  Ontologi, Sintesis & Antitesis” (1998), “Puisi Digital dan Dunia Siber” (1999).

Pada masa sekarang beliau sedang giat bereksperimen dengan menggabungkan puisinya ke dalam kerangka penggunaan grafik dan imej digital berkomputer.

KARYA 
Puisi
- Kembara  (antologi bersama).  Kuala Terengganu: PELITA, 1979
- Terengganu dalam Puisi  (antologi bersama). Kuala Terengganu: PELITA, 1983
- Warna Kemesraan (antologi bersama). Kuala Terengganu:  PELITA, 1986
- Sajak-sajak Ekspermental: 1974-1986 (stensilan), 1986
- Puisi Komputer  [disket/stensilan], 1992
- Puisi Digital  [disket], 1999
Pameran
- Seni lukis, fotografi, seni alternatif  dan imej komputer

Pautan

-    Dari wikipedia bahasa melayu

-    Book finder

 
Dikemaskini pada 20 Jan 2009
: 5043244
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12057640120576401205764012057640120576401205764012057640120576401205764012057640 
Hari Ini 925
Semalam 1519
Minggu Ini 7893
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 925
Bulan Lepas 42098
Semua 12057640

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014