Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 23hb September 2014  

 MAJALAH - DEWAN BAHASA

 

PUISI BAHASA

 Getir yang Mungkir
Jaafar Haji Hamdan

BICARA BAHASA

Dirgahayu Bahasaku
Ritah Yahya

AGENDA BAHASA

Slanga "Kosa Kata Buangan"
Teo Kok Seong

Slanga Milik Siapa?
 Zaitul Azma Zainon Hamzah

Slanga Mengungkapkan Realiti
Jeniri Amir

Slanga Rahsia dalam Kalangan Penutur Indirawati Zahid

Slanga Positif atau Negatif?
Raja Masittah Raja Ariffin

Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Antara Sedar dengan Tidak
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

BAHASA DAN PERISTIWA

 Tiga Kemahiran Tingkatkan Keterampilan
Basirah Arifin

Mengecat Tembok Bahasa
Logiman Gamad

Lokakarya Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik Lanjutan
Zedbirma

MBJB dan Agen Bahasa Melayu
Rusdi Abd. Rahman

Pengalaman 50 tahun
Ritah Yahaya

PETIKAN BAHASA

SAYA DAN BAHASA

 Kita Masih Mencari-cari
Zahirah Zaidani

 AGENDA BAHASA

Kemahiran Bahasa Jurubahasa Isyarat
 Hasuria Che Omar

"Mengejar Kebahagian" dalam Furusato  
Raja Masittah Raja Ariffin

Penterjemahan Profesional 
Puteri Roslina Abdul Wahid

 BAHASA DAN PENDIDIKAN

Kesediaan Belajar
Vijaya Letchumy

Mengajar dan Belajar Bahasa
Mohd. Ali Salim

 BAHASA DAN MASYARAKAT

Mise mono neeyo! Slanga Yakuza
Zainol Abidin Kasim

"Gigitlah Berudu Lilin" Jika Salah Menterjemah
Victor Pogadaev

Beraya
Abdul Jalil Anuar

Fasih Bahasa Kebangsaan Alasan Kita, Alasan Mereka
Hasan Baseri Budiman

Makna Suratan dan Siratan dalam Puisi Jyh Wee Sew

Basung dan Bangas Homonim Remaja
Cliff Akid Kamijan

Bahasa Puisi Usman Awang
Raja Yusoff Ariffin

Kembalikan Semula Upaya Bahasa Melayu
Cliff Akid Kamijan

 

BICARA BAHASA

Dirgahayu Bahasaku!

 

Tirai tahun 2006 tidak lama lagi bakal berlabuh. Tahun 2006  merakamkan pelbagai peristiwa suka dan duka yang berlaku di dalam negara. Begitu juga dengan peristiwa bahasa. Ada antaranya yang membahagiakan minda dan jiwa, dan tidak kurang pula yang sebaliknya.
   Dewan Bahasa (DB) Disember melabuhkan tirai tahun 2006 de­ngan memfokuskan slanga untuk memahami pelbagai proses sosial yang unik dalam mendukung peranan sosial anggota masyarakat melalui bahasa. Sepanjang tahun 2006 ini juga, DB telah mengutarakan pelbagai tema bahasa sama ada yang santai mahupun yang serius. Butir bicara yang kami paparkan antara lain cuba mengajak pembaca merenungi, berfikir serta bermuhasabah dengan penuh kesedaran dan kebijaksanaan. Mungkin pada masa-masa tertentu pembaca turut tercuit, teruja atau terancam dengan kisah bahasa yang pelbagai rona.
   Pada kesempatan ini juga, kami, Sidang Editor DB merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pemakalah DB dari Januari hingga Disember 2006, para pembaca yang budiman dan orang perseorangan yang banyak memberikan sokongan. Oleh hal demikian, kami meng­ambil kesempatan ini untuk menguar-uarkan bahawa pada tahun 2007 nanti kami akan cuba menyajikan kelainan, sama ada dari segi konsep, kandungan mahupun reka letak DB. Kami berazam dengan penuh il­tizam untuk menyajikan yang terbaik untuk tatapan pembaca. Kami tidak berjanji, tetapi kami akan mencuba dan mengikhtiarkannya. Oleh hal demikian, kami amat mengalu-alukan sebanyak mungkin pema­kalah untuk meronakan DB dan apa-apa sahaja pandangan yang membina untuk kami jadikan teladan dan sempadan.

              Selamat menyambut tahun 2007 dengan azam dan iltizam yang kental!

 

                                                
                                                                  “Bahasa Merentas Benua” 

 

Ritah Yahaya


AGENDA BAHASA

SLANGA MILIK SIAPA?

ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH

BAHASA IALAH ALAT KOMUNIKASI MANUSIA. BAHASA JUGA menjadi alat ekspresi yang dimiliki oleh semua manusia yang kadang kala menyerlahkan unsur kolokial dan gelombang bunyi umpama gelombang ombak di lautan. Sejauh mana arus gelombang ombak itu sampai, sejauh itu jugalah penyebaran dan penggunaan bahasa slanga ini.
     Bahasa slanga wujud dalam semua bahasa dan bangsa dan dituturkan oleh semua orang yang mengetahuinya termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi. Kadang kala, penggunaan bahasa slanga berlaku tanpa sedar, mungkin disebabkan keasyikan atau keperluan seseorang untuk berbahasa dengan golongan yang menggunakan bahasa slanga ini. Selain berminat menggunakan bahasa slanga, terdapat juga ahli bahasa yang cenderung untuk mengkaji dan ingin mengetahui makna dan rujukannya.
“Slanga” berasal daripada perkataan Inggeris, iaitu ”slang”. Kamus Oxford memberikan bebe­rapa definisi slanga. Antaranya termasuklah:
a. slanga ialah satu perbendaharaan kata khusus yang digunakan oleh sekumpulan manusia yang rendah kedudukannya, jenis ini merupakan jenis bahasa yang rendah;
b. satu perbendaharaan kata atau cara menggunakan bahasa khusus bagi golongan manusia yang sama pekerjaannya; penggunaan bahasa sesuatu kelas dalam sesuatu masa;
c. Bahasa yang bersifat kolokial, rendah daripada pertuturan standard dan terdiri daripada perkataan baru atau perkataan-perkataan biasa yang digunakan dengan pengertian tertentu.
 
  Kamus Dewan pula mendefinisikan slanga se­bagai kata-kata yang bukan daripada golongan bahasa baku atau standard. Kata-kata tersebut biasa­nya digunakan dalam percakapan tidak formal dan tidak boleh digunakan dalam penulisan atau keadaan yang formal.
   Partridge dalam bukunya, ”Slang Today and Yesterday” mendefinisikan slanga sebagai bahasa pengembara yang pelik dan selalu digunakan dalam pengucapan yang tidak formal. Patridge membuat kajian yang terperinci tentang slanga meliputi sejarah ringkas, perbendaharaan kata slanga Inggeris, Amerika dan Australia.
   Patridge juga menyenaraikan beberapa tujuan penggunaan slanga oleh semua golongan masyarakat. Antaranya termasuklah slanga digunakan untuk berjenaka; untuk menyatakan sesuatu yang abstrak; untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan jelas; menunjukkan keintiman dalam kalangan ahli, dan menyembunyikan sesuatu perkataan yang menjadi rahsia, daripada pengetahuan umum.
   Selain Patridge, Drake turut berpendapat bahawa slanga ialah tabiat berbahasa dalam konteks biasa. Kenyataan Drake ini dilahirkan dalam persidangan di Universiti of Bristol, England. Dalam kajian beliau yang bertajuk ”The Social Role of Slang”, Drake mengemukakan pendapatnya bahawa slanga ialah fenomena berbahasa dalam kumpulan tertentu dan fenomena ini ada kaitannya dengan identiti kumpulan penutur slanga tersebut. Selain itu, slanga juga menggambarkan status sosial dan sebagai fungsi pengucapan sekumpulan penutur. Hal ini telah dibuktikan dalam kategori leksikon atau kosa kata yang digunakan mengikut kawasan geografi.           
    Sementara itu, ada pendapat yang mengatakan bahasa slanga dikelompokkan dalam bahasa eksklusif, iaitu bahasa yang tidak ditempatkan di atas bahasa lain. Hal ini bermaksud bahasa ini mempunyai bentuk yang tersendiri, terbatas serta serba unik. Bahasa ini digunakan oleh penutur dalam kelompok dalaman mereka sendiri, sama ada dari segi usia, kelas sosial, kumpulan, ataupun daerah.
   Dalam masyarakat Melayu, bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja dan kaum belia untuk berkomunikasi secara dalaman. Penggunaan bahasa slanga ini dapat menghindarkan rahsia mereka daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Tetapi sejauh manakah rahsia mereka dapat dipertahankan? Sebagai contoh, kata slanga Mat Rempit.
   Istilah Mat Rempit yang berasal daripada kata sla­nga digunakan oleh golongan remaja dan belia untuk memerihalkan lelaki remaja atau dewasa yang suka berlumba motosikal di jalan raya tanpa mempedulikan undang-undang jalan raya dan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
    Pada hari ini istilah Mat Rempit digunakan secara meluas dan semua peringkat usia tahu makna rujukan Mat Rempit. Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika bahasa slanga seperti ini turut membantu menambah istilah dalam kamus bahasa Melayu. Malah, istilah Mat Rempit juga boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa yang baharu wujud dalam bahasa Melayu dan boleh disamakan dengan simpulan bahasa lain yang sudah mantap seperti Mat Jenin, kutu embun, buaya darat, dan sebagainya. Oleh sebab bahasa slanga ini merupakan satu bahasa yang agak unik, popular, dan digunakan dengan meluas oleh kumpulan-kumpulan tertentu, hal ini telah menarik minat banyak ahli bahasa dari dalam dan luar negara untuk membuat kajian tentang bahasa... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Disember 2006 Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                          

 
Dikemaskini pada 2 Dis 2008
: 4929179
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  12001780120017801200178012001780120017801200178012001780120017801200178012001780 
Hari Ini 99
Semalam 981
Minggu Ini 1781
Minggu Lepas 6615
Bulan Ini 28200
Bulan Lepas 36268
Semua 12001780

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/09/14