1. Menjana idea, pandangan dan maklumat tentang sesuatu isu untuk diolah menjadi rencana; 2. Menghasilkan rencana yang jitu isinya dan strukturnya; dan 3. Menilai rencana dalam media massa daripada sudut kepaduannya.
SKOP DAN KANDUNGAN:
Jenis-jenis rencana
Pemilihan isu dan fokus untuk dijadikan rencana
Pemilihan dan penentuan media serta khalayak
Pemerolehan maklumat
Melakar isi-isi penting
Seni mengungkapkan judul rencana
Pengolahan isi-isi rencana dalam perenggan yang utuh
Kuasa bahasa dalam penulisan rencana
Pengeditan draf rencana
Penerbitan rencana di media
KOS PELAKSANAAN:
1. Pembimbing dibayar mengikut kadar bayaran kepada pakar. Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan, syarikat, persatuan atau kadar yang dipersetujui bersama.
2. Bayaran ini tidak meliputi perbelanjaan yang berkaitan dengan tambang perjalanan dan penginapan di luar kawasan Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) jika kursus diadakan di luar kawasan tersebut.
3. Jika kursus diuruskan oleh mana-mana pihak yang dilantik oleh pembimbing atas permintaan penganjur, maka bayaran khidmat pengurusan yang jumlahnya akan dirundingkan perlu disediakan.
PERUNDINGAN:
Kenyataan di atas umum sifatnya dan perundingan masih boleh dilakukan untuk setiap aspek secara khusus.
TEMPOH:
Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh tiga hari menurut waktu bekerja
PERTANYAAN:
Alamat Surat Menyurat: Persatuan Linguistik Malaysia Peti Surat 10803 50926 Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk keterangan lanjut: Telefon: 012 2925984 03-21482797 03-21482801
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA. (Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 , 21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744 Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera) Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke Khidmat Nasihat DBP. Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.