Melayu  |  English 

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 9 September 2010  

  PRPM(Istilah, Kamus, Ensiklopedia dll.)

  Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Prestasi

  Aplikasi Dalam Talian

Khidmat Nasihat Dalam Talian

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ensiklopedia  

Istilah 

Bahasa Sukuan 

Kamus

Korpus Bahasa Melayu

Semakan Manuskrip Mengikut Carian Judul

Katalog Awam Dalam Talian

Carian Buku/Majalah

Pustaka Digital

Web TV DBP Malaysia

  Perkhidmatan
  Maklumat Umum

Borang-borang

Soalan Lazim

Telefon/Faks

Lokasi DBP

  Warga DBP Sahaja

Intranet

Web Mel

  Hiper Rangkai

Pusat Dokumentasi Melayu

Munsyi Dewan

Dawama

Puspanita DBP

Koperasi DBP

Persatuan Penterjemah Malaysia

Institut Terjemahan Malaysia

Produk Multimedia DBP

  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan


       PANTAU TEGUR BAHASA

PENDAHULUAN

Pantau tegur bahasa merupakan satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang melibatkan orang awam dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam.  Usaha ini dikelolakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta,

Jabatan Bahasa.  Dalam program ini, DBP memberi galakan kepada orang ramai supaya peka terhadap sebarang teraan bahasa pada papan tanda dan papan iklan, sama ada di dalam bangunan atau di luar bangunan.  Ganjaran mengikut jumlah pantauan akan diberikan kepada orang ramai yang terlibat sebagai pemantau.  Dengan adanya ganjaran ini, pihak DBP berharap usaha untuk meningkatkan kualiti penggunaan bahasa di tempat awam akan menjadi kenyataan.

KONSEP

Pantau tegur bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda,  sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan  ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.  Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP.  Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.

MATLAMAT

Merakam, menegur dan mengambil tindakan untuk memperbaik kesilapan bahasa dengan kadar yang segera.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Di bawah ini ialah contoh gambar
yang telah dirakamkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TUJUAN 

Untuk menyediakan prasarana bagi orang awam menyalurkan maklumat mengenai penggunaan bahasa yang didapati salah di mana-mana sahaja mereka berada, di seluruh negara, terutamanya di tempat awam.

Untuk menyedarkan semua pihak bahawa sebagai rakyat Malaysia, setiap orang bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Untuk memberi galakan kepada orang ramai menyertai usaha pengembangan bahasa kebangsaan di negara ini.

TEGURAN


DBP akan mengambil tindakan terhadap semua pantauan dengan meninjau  tempat-tempat yang telah dipantau.  Setelah disahkan kesalahannya, DBP akan menghubungi pihak yang melakukan kesilapan bahasa tersebut dan mengemukakan cadangan pembetulan.

DBP juga akan menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atau agensi tertentu untuk mendapatkan kerjasama dalam melakukan teguran ini.  Pihak berkenaan akan diberi tempoh untuk membuat pembetulan.  Pemantauan untuk melihat keberkesanan teguran tersebut akan dilakukan oleh pihak DBP setelah tamat tempoh berkenaan.

Antara ciri pencemaran bahasa ialah

1. Pengutamaan bahasa asing
2. Saiz atau warna
3. Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
4. Ejaan
5. Pemilihan kata
6. Pembentukan kata
7. Pengolahan  ayat
8. Penggunaan laras
9.

Pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke Khidmat Nasihat DBP


 

 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 
  Carian Laman


Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Tel: 03-2148 1011

Ikuti
Bulan Bahasa Kebangsaan
di Facebook


WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis

8:30 pg - 4:30 ptg

Jumaat

8:30 pg - 12:00 tgh

2:45 ptg - 4:30 ptg

 Majalah DBP
  Jumlah Capaian Sejak Jun 2004

  7816796781679678167967816796781679678167967816796 

  Muat Turun Aplikasi

       

Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  | Notis | Hakcipta  | Pasukan Web| Soalan Lazim
       1:

 

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
(Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 ,
21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744
Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera)
Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke
Khidmat Nasihat DBP.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.