Penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 12 Ogos 1996, di Kuala Lumpur, Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara negara rantau ini demi membina dan mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia. Salah satu program Nusantara, sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi MASTERA, ialah Hadiah Sastera MASTERA. Hadiah ini adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri, iaitu Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia bagi memenuhi pernyataan yang berikut;
"Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahanpenerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera?.
Tujuan:
Mengenal pasti karya-karya sastera bermutu dalam pelbagai genre yang asli ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di negara-negara rantau Asia Tenggara
Memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada bermutu dan kepada para penulis yang menghasilkannya dalam sesuatu tahun penilaian.
Bidang Penilaian: (Karya Perseorangan)
Kumpulan puisi
Kumpulan cerpen
Novel
Drama pentas
Kajian sastera / kumpulan esei kritik
Pelaksanaan
Setiap negara akan memilih tiga(3) karya terbaik yang mewakili lima(5) genre tersebut untuk dinilai di Peringkat Rantau.
Mastera Malaysia akan membentuk Panel Induk yang terdiri daripada wakil dari ketiga-tiga negara pendiri dan Singapura(sebagai wakil negara pemerhati)untuk memilih eorang pemenang dari setiap negara.
Setiap pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM10,000.00 berserta sijil dan plak.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA. (Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 , 21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744 Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera) Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke Khidmat Nasihat DBP. Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.