::LAGU PUSPANITA::

Bulan, bintang empat belas penjuru

Lambang keutuhan bersatu padu

Isteri, pegawai, kakitangan semua

Berganding bahu saling membantu

 

Sudah menjadi rasmi pembangunan

Isteri sama memberi kebajikan

Di samping itu bertukar pandangan

Menambah ilmu serta pengetahuan

 

Bunga padi tanda keutuhan

Bergaul mesra tak kira keturunan

Beramah tamah tak kira pangkat

Tujuan asas capai matlamat

 

PUSPANITA mengorak langkah

Peranan suri pendidik diasah

Sifat kewanitaan meninggikan maruah

Perikemanusiaan menjadi falsafah

 

Korus:

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA

Tenaga isteri dan wanita

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA

Tenaga isteri dan wanita