Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Notis Perlindungan Data Peribadi

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Tarikh kemas kini : Selasa, 15 Julai 2025

PENGENALAN

DBP komited untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Notis ini menjelaskan bagaimana DBP memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

PENGUMPULAN

Kami mengumpul data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang membezakan atau mengenal pasti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor telefon, alamat IP, nombor pendaftaran kenderaan, imej (gambar/rakaman, gambar kenderaan dan lain-lain), maklumat pekerjaan dan kewangan, data peribadi anggota keluarga, waris, keadaan kesihatan fizikal, kepercayaan agama dan penyuaraan pendapat.

SUMBER PENGUMPULAN

Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:

  1. Borang pendaftaran pengguna baru di semua aplikasi online
  2. Borang permohonan/ pembayaran perkhidmatan DBP

TUJUAN PENGUMPULAN

Kami mengumpul data peribadi anda untuk:

  1. Memproses permohonan perkhidmatan kami
  2. Menghantar produk/perkhidmatan kami kepada lokasi pilihan anda
  3. Menyelesaikan aduan / masalah yang berkaitan (jika berlaku)
  4. Menghantar pemakluman perkhidmatan kami
  5. Berkongsi maklumat dengan Agensi Kerajaan yang lain
  6. Aktiviti audit, penilaian risiko, tinjauan, penyelidikan berhubung polisi yang dikeluarkan oleh DBP dan pelepasan kewajipan kawal selia/perundangan;

BAGAIMANA DIPROSES

Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.

PENZAHIRAN

Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:

  1.  Pihak ketiga yang dilantik oleh DBP bagi melaksanakan kerja bagi pihak DBP.
  2. Pihak berkuasa untuk tujuan perundangan.

LANGKAH KESELAMATAN

Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  1. Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
  2. Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
  3. Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak ketiga yang dilantik oleh DBP

Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.

TEMPOH PENYIMPANAN

Semua Data Peribadi yang diperolehi dari anda akan disimpan selagi mana diperlukan oleh DBP. DBP akan mengambil tindakan munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda akan dimusnahkan atau dihapuskan secara kekal, jika ia tidak lagi diperlukan.

 

HAK ANDA

Anda berhak untuk:

  1. Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
  2. Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
  3. Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan Data Peribadi anda kepada DBP, namun keengganan anda mungkin menghalang DBP daripada menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan.

HUBUNGI KAMI

Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:

Bahagian Sistem Maklumat,
Dewan Bahasa dan Pustaka,

Aras 16,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur

No Tel : 0321479000

Email:  webmaster@dbp.gov.my

 

Setelah menerima permintaan bertulis anda, DBP mungkin memerlukan pengesahan identiti anda sebelum meneruskan untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memenuhi permintaan anda.

Total Views: 19

MAKLUM BALAS

Skip to content