Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak ditubuhkan pada tahun 1956 berperanan dan bertanggungjawab untuk mengembangkan, memasyarakatkan dan memartabatkan kesusasteraan Melayu. Bagi merealisasikan hasrat dan tanggungjawab tersebut, pelbagai kegiatan dan penyelidikan telah dilaksanakan terutamanya dalam usaha menerbitkan karya dari pelbagai sumber rujukan sastera yang berkualiti bagi mencapai kehendak pelanggan ataupun masyarakat. Selain itu, demi menghargai sumbangan golongan penulis yang beriltizam berkarya dan memperlihatkan kreativiti yang tinggi dalam memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu, DBP berusaha mendokumentasikan biografi ringkas penulis dalam portal Biografi Penulis: e-Wajah Penulis Malaysia agar usaha gigih mereka terakam dan didokumentasikan untuk rujukan masyarakat pelbagai peringkat. Pengumpulan Biografi Penulis: e-Wajah Penulis Malaysia ini juga akan menjadi penanda aras kepada perkembangan kesusasteraan kebangsaan pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa dan sekali gus akan menjadi rujukan kepada pengkaji dan masyarakat.
Untuk makluman, pelantar Biografi Penulis: e-Wajah masih pada peringkat awal pengumpulan dan perbahanan. Oleh itu, sebagai pelantar rujukan dan panduan tentang maklumat penulis, pihak kami akan mengemas kini data dan bahan dari semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, sebarang maklumat dan pandangan berkenaan Biografi Penulis: e-Wajah, boleh hubungi kami melalui:
Bahagian Penyelidikan Sastera
Jabatan Dasar dan Penyelidikan
Aras 21, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. tel petugas : 0321472445/0321479233
e-mel : penyelidikansastera@dbp.gov.my
A Rahim Abdullah
Latar Belakang dan Pendidikan
- A Rahim Abdullah lahir pada 21 Januari 1948, di Kampung Behor Inai, Mukim Kechor, Kangar, Perlis dan kini menetap di Kota Warisan, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
- Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau dan melanjutkan pelajaran Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Jitra, Kedah (1967-1968).
- Seterusnya, beliau berpeluang melanjutkan pelajaran di Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur, selama 4 tahun.
Kerjaya
- A Rahim Abdullah pernah bekerja sebagai penyelia Jabatan Perangkaan Malaysia (Ogos 1970-Januari 1971) di Kangar, Alor Setar dan Kuala Lumpur. Pada 15 April 1972, beliau bekerja dengan syarikat MNI.
- Mulai Ogos 1972-Ogos 1973, A Rahim bertugas di Pulau Pinang dan aktif dalam Persatuan Penulis Pulau Pinang dan Seberang Perai (PENAPAS) yang diketuai oleh Ahmad Abdul Hamid. Beliau turut bertugas di Kelang, Selangor (September 1973-Februari 1976) dan aktif dalam kegiatan sastera.
- Selain itu, A Rahim pernah bekerja dalam bidang insurans dan broker selama 6 tahun (jawatan terakhir beliau sebagai Pegawai Pemasaran di YPM Underwriting Sdn. Bhd.).
- Kemudian, beliau berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pembantu penyelidik di Bahagian Sastera, pada 7 Ogos 1978 dan pernah dilantik sebagai sidang editor majalah Dewan Budaya dan Dewan Sastera sehingga 1982. A Rahim Abdullah berkhidmat di DBP selama 16 tahun (jawatan terakhirnya sebagai Pegawai Perancang Bahasa, di Jabatan Sastera) dan bersara awal kerana berhijrah ke akhbar Berita Harian sebagai editor sastera untuk enam tahun.
- Selepas itu, beliau pernah bekerja dengan Yayasan Kesenian Perak dan penulis subjek Bahasa Melayu untuk program Sekolah Bestari, sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Penerbitan, Bahagian Hal Ehwal Awam, Jabatan Canselori Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah selama lapan bulan. Seterusnya, menjadi pensyarah dan ketua Program Penulisan di ASK mulai Julai 2001 hingga Ogos 2005.
- Mulai September 2008, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA. Kini, A Rahim Abdullah menjawat jawatan sebagai Pensyarah/Pegawai Kebudayaan (kontrak) Fakulti Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Penulisan dan Karya
- Karya beliau yang pernah diterbitkan antaranya termasuklah novel remaja berjudul Selagi Dusunku Berbuah (Kajang: Marwilis Publisher, 1987) dan Novel Kanak-kanak berjudul Matahari di Hujung Kota (siri novel Utusan Pelajar) 1987/1988.
- Bagi kumpulan cerpen ialah Potret Di Atas Piano (Asia: Heinemann, 1983), Setulus Hatimu (Malaysia: Heinemann, 1986), dan Antara Hujan dan Harapan (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991).
- Bagi puisi pula terdapat Catatan Orang Berdua (Kuala Lumpur: PENA, 1980), Arah Pengalaman (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991/1996), Kembara Arjuna (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), Di Sudut Sukma (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), dan Di Hadapan Utopia (Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise, 2008).
- Dalam bentuk antologi puisi pula ialah Emas Tempawan/Burnished Gold (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), Voices of Malaysian Poets (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), Seribu Seratus Ekar Puisi/One Thousand One Hundred Acres of Poetry (Langkawi: Tanjung Rhu Land Sdn. Bhd., 2011), Puisi Kunjungan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), Kemerdekaan dan Perhambaan (Kuala Lumpur: Gapena, 2008), Takah Lima Puluh (Kuala Lumpur: PENA, 2012).
- Beliau juga menghasilkan pelbagai buku kajian antaranya Ulasan dan Kajian Lengkap Drama Tiga Sezaman (Penerbitan Adabi, 1984), Penilaian Kembali Sejarah Melayu STPM (Penerbitan Adabi, Pustaka Sri Murni, 1984/1996), Meringkas dan Memahami Karangan (Penerbitan Fajar Bakti, 1989), Puisi Pancaran Budi (Arah Indah, 1990), Kolekasi Terpilih SN Keris Mas (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), Pemikiran Sasterawan Nusantara: Suatu Kajian Perbandingan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), Tradisi dan Seni Sezaman: Isu-isu dan Cabaran (Perak: Yayasan Kesenian Perak, 1999), SN Keris Mas: Tangapan Tokoh dan Sarjana (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001), Wayang dalam Bayang (monograf himpunan kertas kerja Seminar Festival Wayang Nusantara, ASK 2001), Biografi Raja Sabarudin Abdullah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), Citra Manusia dalam Puisi Penyair Asia Tenggara (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), Novelis Nusantara: Ideologi dan Pemikiran (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008).
Aktiviti Sastera dan NGO
- A Rahim Abdullah pernah menyalin puisi Muhammad Yamin yang bertulisan jawi kepada rumi semasa beliau darjah enam. Semasa tingkatan empat, beliau mengikuti kursus penulisan skrip drama radio secara pos dengan penulis Alias Husaini di Singapura. Ketika berada di tingkatan lima, Rahim cuba menguji bakatnya dan memasuki Pertandingan Menulis Skrip Drama Pentas sempena 20 tahun UMNO.
- Beliau turut berlakon dalam drama “Lidah Tak Bertulang” karya Omar Saad dan diarahkan oleh Mohd. Farid Ariffin (mantan Menteri Kesihatan). Pada bulan Mei 1965, A Rahim ikut sama menjalani latihan drama “Gantung Tak Bertali” karya Kalam Hamidi untuk watak Hakim Mahkamah Syariah. Beliau juga aktif dalam Persatuan Belia Cahaya Padang Pauh sebagai Ahli Jawatankuasa dan pengerusi pada tahun 1969. Semasa di PLBN, Peretak, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Tinggi PLBN, dan ditugaskan oleh pensyarah Zulkifli Abdul Hamid untuk mengarah drama “Serunai Malam” karya Usman Awang.
- A Rahim juga mengikuti kelas trengkas di Institut Trengkas Malaysia, dan ikut menubuhkan Persatuan 5P di Kangar. Skripnya bertajuk “Pelangi Hilang Hujan Tak Jadi”, berjaya difilemkan dan diarahkan oleh A Bakar Hamid (aktivis teater dan penyanyi lagu Hindustan). Beliau memegang dua watak dalam filem ini. Pada tahun berikutnya, bersama Mokhtar AK, mereka menghasilkan drama “Teluk Gelam” di bawah arahan A Bakar Hamid ini berjaya dipentaskan di Dewan Serbaguna, Kangar.
- Beliau juga berpeluang mengikuti bengkel penulisan (semua genre) anjuran PENA di Dewan Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Semasa bertugas di Pulau Pinang, mulai Ogos 1972 hingga Ogos 1973, Rahim ikut aktif dalam Persatuan Penulis Pulau Pinang dan Seberang Perai (PENAPAS) yang diketuai oleh Ahmad Abdul Hamid. Ketika bertugas di Kelang, Selangor selama tiga tahun (September 1973 hingga Februari 1976) beliau turut aktif dalam KEMUDI, dan PENA, juga kegiatan sastera dan budaya di Dewan Bahasa dan Pustaka, membaca puisi di Jalan Belanda, Hari Puisi Nasional yang diadakan di Kuala Lumpur dan Kelang.
- Pada tahun 1974, Rahim turut memasuki pertandingan menulis skrip filem anjuran Sari Artis di Petaling Jaya, dengan manuskripnya bertajuk “Senja Merah”. Beliau pernah dilantik sebagai sidang editor majalah Dewan Budaya dan Dewan Sastera sehingga 1982. Semasa bertugas dengan Jabatan Sastera DBP, Rahim berkesempatan mengikuti kursus dan penataran sastera di Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Jakarta.
- Beliau aktif menghasilkan naskhah drama TV dan filem Adaptasi novel Platun Harimau karya Mohd. Fauzi Abd Hamid (DBP, 2009) ke dalam drama TV (13 siri) disiarkan di RTM 2, mulai 21Julai 2011. Beliau turut berlakon dalam filem Mat Som arahan Hatta Azad Khan, dan Penyair Malam (1997) arahan Kamal Ishak.
- Sumbangan sosial beliau selain membentangkan kertas kerja dalam seminar dan diskusi buku, juga menganggotai persatuan penulis, antara lain: Ahli Seumur Hidup Persatuan Penulis Nasional (PENA), AJK Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (sejak 1993), Ketua Dua Angkatan Sasterawan Indera (AKSARA), AJK GAPENA (2008-2010), Bendahari Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian, AJK Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia, ahli Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), Ahli Lembaga Koperasi Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (KASMA), dan Ahli Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Beliau juga banyak pengalaman menjadi panel penilai dalam beberapa pertandingan mengarang iaitu Hadiah Sastera Remaja Bank Rakyat – DBP (1990-an) Hadiah Sastera Sabah (sejak 1990-an), Hadiah Sastera Formula Malaysia (2000), Hadiah Sastera Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Hadiah dan Anugerah
- Dalam bidang penulisan cerpen, beliau dengan sayembara ESSO-GAPENA 1 (1979) dengan “Datuk” mendapat hadiah sagu hati, diikuti cerpen “Dialog Tak Sudah” untuk tahun 1980, dan cerpen “Anak Kampung Semarak” (1981) mendapat hadiah penghargaan Sayembara Cerpen Remaja anjuran ESSO-GAPENA. Selain itu, Drama “Asar Belum Berakhir” pula mendapat hadiah kedua Pertandingan Menulis Drama Pentas sempena Abad ke-15 Hijrah, anjuran Jabatan Perdana Menteri tahun 1982.
- Dalam bidang penulisan puisi, Puisi “Solitaire“ mendapat hadiah utama dalam Hadiah Sastera Utusan 1987, dan “Takdir di Mana-mana” mendapat hadiah sagu hati dalam hadiah sastera yang sama untuk tahun 1988.
Penulisan kreatif dan non-kreatif semakin terserlah apabila buku kajiannya, Pemikiran Sasterawan Nusantara: Suatu Kajian Perbandingan (DBP, 1995) mendapat Hadiah Sastera Malaysia kategori buku kajian. Eseinya yang bertajuk “Melihat Dunia Mungkin dan Nasionalisme Melayu dalam Drama-drama Noordin Hassan” (yang tersiar dalam Dewan Sastera) mendapat hadiah eceran Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1997/1998, bersama-sama puisinya “Cinta Nusantara” (Berita Minggu, 20 Disember 1997). Seterusnya, manuskrip “Semiotik Melayu: Pemantapan Teori Sastera Mutakhir” mendapat Hadiah Karya Ilmiah anjuran DBP tahun 2007. - Dalam penulisan sajak pula, sajak berjudul “Soneta Takdir” dan “Di Sini” yang termuat dalam buku Kembara Arjuna (1992) mendapat hadiah sagu hati Pertandingan Lirik Lagu Puisi anjuran DBP 1994. Sementara sajak “Monolog Arjuna” turut dilagukan oleh Ahmad Ramli dalam album pertamanya Puisi untuk Kekasih (Buluh Perindu Production/EMI 1996). Seterusnya lirik lagu “Hujan di Kotaku” mendapat sagu hati Pertandingan Mencipta Lirik anjuran DBP dan MICP tahun 2001.
Karya
Kumpulan Puisi:
- Catatan Orang Berdua, 1980. Kuala Lumpur: PENA.
- Arah Pengalaman, 1991/1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kembara Arjuna, 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Di Sudut Sukma, 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakan.
- Di Hadapan Utopia, 2008. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise.
Antologi Puisi:
- Emas Tempawan/Burnished Gold, 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Voices of Malaysian Poets, 2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Seribu Seratus Ekar Puisi/One Thousand One Hundred Acres of Poetry, 2011. Langkawi: Tanjung Rhu Land Sdn. Bhd.
- Puisi Kunjungan, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kemerdekaan dan Perhambaan, 2008. Kuala Lumpur: Gapena.
- Takah Lima Puluh, 2012. Kuala Lumpur: PENA.
Kumpulan cerpen:
- Potret Di Atas Piano, 1983. Asia: Heinemann.
- Setulus Hatimu, 1986. Malaysia: Heinemann.
- Antara Hujan dan Harapan, 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Novel Remaja:
- Selagi Dusunku Berbuah, 1987. Kajang: Marwilis Publisher.
Novel Kanak-kanak:
- Matahari di Hujung Kota (siri novel Utusan Pelajar) 1987/1988.
Buku Kajian:
- Ulasan dan Kajian Lengkap Drama Tiga Sezaman, 1984. Penerbitan Adabi.
- Penilaian Kembali Sejarah Melayu STPM,1984/1996. Penerbitan Adabi, Pustaka Sri Murni.
- Meringkas dan Memahami Karangan,1989. Penebitan Fajar Bakti.
- Puisi Pancaran Budi,1990. Arah Indah.
- Kolekasi Terpilih SN Keris Mas,1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Pemikiran Sasterawan Nusantara: Suatu Kajian Perbandingan,1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Tradisi dan Seni Sezaman: Isu-isu dan Cabaran,1999. Perak: Yayasan Kesenian Perak.
- SN Keris Mas: Tangapan Tokoh dan Sarjana, 2001. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Wayang dalam Bayang (monograf himpunan kertas kerja Seminar Festival Wayang Nusantara, ASK 2001).
- Biografi Raja Sabarudin Abdullah, 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Citra Manusia dalam Puisi Penyair Asia Tenggara, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Novelis Nusantara: Ideologi dan Pemikiran, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A Rahmad
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Ahmad.
- Beliau dilahirkan pada 11 Februari 1951 di Kampung Banggol Besi, Pendang, Kedah Darul Aman.
- Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Pendang sehingga darjah enam.
- Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Pendang hingga ke tingkatan tiga dan mengambil aliran sains ketika tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra.
- Beliau belajar sendiri di kelas tingkatan enam di Persatuan Belia Bimbingan, 1A, Lorong Liku, Bakar Bata, Alor Setar selama setahun dan berjaya memiliki Sijil Tinggi Pelajaran.
- Pada tahun 1974, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sastera di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM).
- Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2.9.2011.
KERJAYA
- Guru sementara di Sekolah Menengah St. Nicholas Convent, di Alor Setar dan di Maktab Mahmud.
- Penolong Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha Perbendaharaan Malaysia setelah memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.
- Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada akhir tahun 1975.
- Penolong Daerah Pendang, Penolong Setiausaha Kerajaan A, Setiausaha Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan), Setiausaha Menteri Besar, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Muda, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Perkhidmatan), Pegawai Daerah Sik, Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Kulim, serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri.
PENULISAN DAN KARYA
- Rahmad menulis pelbagai genre seperti sajak, cerpen dan novel.
- Beliau berjaya menerapkan nilai-nilai falsafah ketamadunan Melayu dalam karya-karya yang dihasilkan termasuklah merakamkan kisah-kisah pengalamannya semasa melawat beberapa buah negara di Nusantara, di Barat dan di Timur Tengah.
AKTIVITI SASTERA DAN NGO
- Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PENULIS, iaitu persatuan penulis di Kedah sebelum ditukar kepada ASASI.
- Beliau menubuhkan Kumpulan Karyawan Rakyat Kedah (KARYA) dan pernah menjadi Ketua 1 dalam persatuan tersebut.
- Beliau dan rakan-rakannya bersetuju membubarkan KARYA bagi memberikan penumpuan kepada Majlis Kebudayaan Negeri yang berwibawa sebagai badan bukan kerajaan (NGO) budaya yang berpayung di bawah pentadbiran negeri.
- Beliau menjalankan pelbagai aktiviti di Kedah termasuklah Hari Sastera Kedah, Minggu Sastera Kedah dan Himpunan Budayawan Malaysia.
- Beliau telah mencetuskan idea untuk menganjurkan Dialog Utara Selatan yang mempertembungkan pengarang-pengarang Kedah dan Johor.
- Rumah rekreasi beliau, iaitu Anjung Pendeta yang merupakan di pusat peranginan Batu Hampar, Yan, dipersetujui untuk dijadikan markas kegiatan sastera ASASI.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Tokoh Perpustakaan Desa (1992) sempena Bulan Membaca Peringkat Negeri Kedah.
- Tokoh Bahasa dan Sastera Negeri Kedah (2011).
- Anugerah Bintang Cemerlang Kedah.
- Anugerah Ahli Mahkota Kedah.
- Anugerah Setia Diraja Kedah.
- Anugerah Dato’ Setia Diraja Kedah.
- Anugerah Hadiah Novel GAPENA.
- Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1992).
- Hadiah Cerpen Utusan Melayu-Public Bank (1993).
- Hadiah Sastera Perdana (2000/2001).
KARYA
Antologi Cerpen:
- Denyut Nadi Degup Jantung. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
- Mengetuk Jendela Jauhari. Kulim: Penerbitan Azizi.
- Samudera. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
- Sarwajagat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Novel:
- Canang. Selangor: Penerbitan Saujana.
- 1991. Anjung Petayu. Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributors.
- Mahsuri Mashor. Kedah: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Kehidupan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Lutfiah. Kulim: Penerbitan Azizi.
Antologi Cerpen Bersama
- 1981. Jelapang. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
- 1993. Mercu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 2000. Merintis Denai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 2000. Bacalah dalam Bahasamu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 2000. Daik Bonda Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Malaysian Encyclopedia Research Center Berhad.
- 2000. Nyanyian Orang Laut. Bandar Baru Bangi: Galeri Melora.
- 1981. Angin Utara. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
- 1994. Sungai Kasih. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Buku
- A. Rahmad dari Banggol Besi ke Jalan Lain ke Hamovniki. Kedah: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman.
A. Aziz Deraman
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Aziz bin Deraman.
- Dilahirkan pada 23 Julai 1948 di Kampung Baru, Pasir Puteh, Kelantan.
- Pendidikan awal beliau di Sekolah Kebangsaan Lelaki Pasir Puteh (1955–1960).
- Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kamil hingga Tingkatan 3, kemudian ke Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan (1964–1967).
- Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Pengajian Melayu (Antropologi dan Sosiologi) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1971.
KERJAYA
- Menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) mulai tahun 1971.
- Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negeri (1971–1973).
- Pegawai Penyelidik (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1973–1975).
- Ketua Cawangan Penyelidikan Kebudayaan (1975–1979).
- Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kewangan (1979–1981).
- Pengarah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1981–1987).
- Timbalan Setiausaha Bahagian Perusahaan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1989–1991).
- Setiausaha Bahagian Pembangunan Masyarakat, Kementerian Perpaduan. Negara dan Pembangunan Masyarakat (1993–1994).
- Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1994–2004).
PENULISAN DAN KARYA
- Pengarang yang berbakat dalam bidang puisi, esei, rencana dan tulisan ilmiah. Tulisan-tulisan awalnya menampilkan semangat kebangsaan, kesedaran sosial dan perjuangan bahasa Melayu.
- Gaya penulisan beliau memadukan unsur intelektual, budaya dan nilai Islam, menjadikannya unik dalam kalangan sasterawan Melayu moden.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Ahli Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).
- Pengerusi Tetap PESAKA (1984–1989).
- Panel Penasihat Biro Kebudayaan Pemuda UMNO (1984–1986).
- Naib Presiden CIOFF Asia dan Oceania (1984–1996).
- Timbalan Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia–China (1992).
- Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1982–1989) dan
- Ahli Lembaga Yayasan Perpustakaan Negara (1994–1998).
- Ahli Majlis Dakwah Negara (2017–kini).
- Ahli PERADABAN (Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan).
- Terlibat dalam seminar, forum dan bengkel sastera serta budaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (1988).
- Jasa Setia Mahkota (JSM) (1990).
- Mahkota Mindanao (1999).
- Pingat Datuk Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSM) gelaran Dato’ (2001).
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), Pulau Pinang (2003).
- Anugerah Khas Presiden ABIM (2003).
- Tokoh Persahabatan Malaysia-China (2004).
- Anugerah MASTER (Indonesia, 2005).
- Soka University Award of Honour (Jepun, 2006).
- Profesor Adjung, Universiti Utara Malaysia (2007).
KARYA
Kumpulan Puisi
- Kau dan Aku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Bahtera Madani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Gapura Diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Bicara Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Zaman Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Mahligai Kencana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Suara dari cikini. Selangor: Penerbitan Minda.
- Wak Long. Selangor: Penerbitan Minda.
Buku Umum
- Asas dan Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Hubungannya dengan Perkembangan Kebudayaan Negara. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Geger Sokmo. Kuala Lumpur: Oasis Book Sdn. Bhd.
- Intelektualisme Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Islam dan Pengucapan Kesenian. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Minda Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Wacana Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Belia dan Budaya. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
- Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. DBP dan Persatuan Linguistik Malaysia.
- Perancangan Kebudayaan dan Perpaduan Negara. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Perayaan (Malaysia Kita). Singapore: Times Book International.
- Sosio-Culture Development in Malaysia. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka dan Bahasa.
- Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- The Development of Culture, Communication and Education in Malaysia. Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
A. Bakar Hamid
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abu Bakar bin Abdul Hamid. (Drs.).
- Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1938 di Batu Pahat, Johor.
- Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dumpar Tinggi, Muar.
- Dari tahun 1950 hingga tahun 1956, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Inggeris bagi tahap rendah dan tinggi di Muar sehingga lulus School Certificate.
- Dari tahun 1957 hingga tahun 1958, beliau belajar di English College Johor Bahru.
- Pada tahun 1963, beliau melanjutkan pengajian ke Universitas Indonesia, Jakarta sehingga memperoleh gelaran Drs. dari Fakultas Sastera.
KERJAYA
- Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) pada tahun 1963.
- Editor majalah rasmi PENA iaitu Penulis serta jurnal dwibahasa Tenggara.
- Profesor Madya di Universiti Malaya (UM) bermula pada tahun 1975.
- Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) pada tahun 1978.
- Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) bermula pada tahun 1980.
- Profesor di Universiti Malaya yang dilantik secara rasmi pada 28 Jun 1980.
- Profesor Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif di Universiti Malaya (UM).
- Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Semula Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebaik sahaja jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh pihak kementerian.
- Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari pertengahan tahun pada tahun 1985 hingga 1986.
PENULISAN DAN KARYA
- Bakar Hamid merupakan seorang pengkritik sastera yang prolifik dengan pengkhususan dalam bidang esei, kritikan, ulasan, dan kajian yang menjadi rujukan utama dalam kalangan pelajar serta mahasiswa kesusasteraan.
- Beliau aktif menyelenggarakan karya-karya tokoh sastera sebelum perang seperti A. Kadir Adabi dan Ahmad Kotot, selain menghasilkan panduan penulisan kreatif bersama-sama Sasterawan Negara Usman Awang.
AKTIVITI SASTERA DAN PERSATUAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Setiausaha PENA bermula pada tahun 1964 hingga tahun 1966.
- Ketua Satu Persatuan Penulis Nasional (PENA).
- Editor rasmi bagi majalah PENA iaitu Penulis serta jurnal dwibahasa Tenggara yang memuatkan karya sastera dari rantau Asia Tenggara.
- Pencetus idea penubuhan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) pada awal tahun 1970-an.
- Beliau aktif membicarakan isu sastera melalui pelbagai media massa termasuk akhbar, majalah, dan radio, khususnya berkaitan masalah kritikan dan bahasa dalam sastera.
- Panel Hakim Hadiah Karya Sastera dari tahun 1971 hingga 1975.
- Panel Anugerah Sastera Negara bermula pada tahun 1979.
- Beliau sering dirujuk oleh rakan-rakan penulis dan pengkaji untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dalam hal-hal kesusasteraan, akhbar, majalah, dan radio.
KARYA
Cerpen
- 1972. Hadiah: Antologi Cerpen Pilihan 1966-1970 (Penyelenggara bersama Abdullah Hussain). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian dan Penyelengaraan
- 1974. Diskusi Sastera Jilid I: Sastera Tradisi (Penyelenggara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1975. Diskusi Sastera Jilid II: Kesusasteraan Moden (Penyelenggara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1975. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (Pengantar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1979. Sebelas Rejab (Pengantar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1981. Esei Pilihan Keris Mas (Penyelenggara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Esei dan Kritikan
- 1973. Panduan Menulis Cerpen (bersama Usman Awang). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wawancara
- 1984. Wawancara Sastera (Disusun oleh A.M. Thani). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Ghani Abdullah
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abd. Ghani bin Abdullah.
- Dilahirkan pada 20 Mac 1949 di Kampung Ramuan China Kecil, Melaka.
- Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Kecil, Melaka pada tahun 1956.
- Menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Masjid Tanah (Sekolah Menengah Ghaffar Baba) pada tahun 1962.
- Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur selepas berpindah kerana ayahnya bertugas sebagai polis di sana.
KERJAYA
- Menyertai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Oktober 1969 sebagai kerani khas kepada Keris Mas.
- Kemudian dilantik sebagai Pembantu Penyelidik dan seterusnya Pegawai Perancang Bahasa di Bahagian Sastera DBP.
- Bersara pada 1 Januari 1998. Setelah bersara, beliau terus aktif sebagai penulis, editor, dan perunding kreatif.
PENULISAN DAN KARYA
- Setiausaha Satu Persatuan Penulis Nasional (PENA) (1985–1997).
- Terlibat dalam projek seperti Malam Karyawan, Badan Bertindak Bosnia, dan Akademi Penulis.
- Ahli Jawatankuasa Istilah DBP, Jawatankuasa Istilah Pos, Geografi, Perhotelan dan Muzik.
- Terlibat selaku hakim pertandingan drama, pidato, puisi dan deklamasi sajak.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Terlibat dalam kegiatan sastera dan drama di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- Setiausaha Satu Persatuan Penulis Nasional (PENA) (1985–1997).
- Yang Dipertua Kesatuan Sekerja DBP (1986–1992).
- Dilantik sebagai Munsyi Dewan oleh DBP (1995).
- Ahli Jawatankuasa Istilah DBP (Pos, Geografi, Perhotelan, Muzik).
- Menjadi hakim pertandingan drama, pidato dan puisi peringkat kebangsaan.
- Mengikuti latihan penulisan dan drama di Sanggar Rendra, Indonesia.
- Aktif sebagai penulis, editor dan perunding kreatif selepas bersara.
- Membimbing penulis muda serta terlibat dalam pelbagai program kesusasteraan
HADIAH DAN ANUGERAH
- Hadiah Penghargaan Sastera Utusan (2000).
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2001).
- Hadiah Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak (2003).
- Hadiah Utama DBP (2006) cerita remaja Aku dan Makhluk Asing.
- Hadiah Sagu Hati DBP (2007) puisi Kelahiran Kebenaran Bahasa.
KARYA
Antologi Cerpen
- 1980. Neraca. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- 1982. Lukisan Bernyawa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- 1987. Di Sisi Rindah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1992. Hadiah. Kuala Lumpur: Jabatan Penulisan Universiti Malaya.
- 1994. Menarah Gunung. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
- 2002. Cempiang Jalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- 2020. U-Bot Buana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antologi Puisi
- 1975. Lompat Si Katak Lompat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1979. Berhati Nabi Berwajah Ibu. Singapura: Penerbit Toko Buku A.Rahman.
- 1980. Catatan Orang Berdua. Kuala Lumpur: PENA.
- 1980. Pahlawan-pahlawanku Dilupakan Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1981. Tinta Pena. Kuala Lumpur: PENA.
- 1985. Keris dalam Bunga Raya. Kuala Lumpur: PENA.
- 1988. Titian Senja. Selangor: United Selangor Pres Sdn. Bhd.
- 1988. Puisirama Merdeka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1994. Cetera 94. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1994. Nostalgia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
- 1995. Kalbu Alam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 2006. Kencana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 2007. Bangau Oh Bangau. Kuala Lumpur: Perunding Kreatif Strategi.
Cerita Kanak-kanak
Siri Asal Usul Haiwan:
- 2002. Asal Pakuh dan Bunyi Kaf-Wau. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Ayam Hutan, Ayam Kampung. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Helang dan Ular. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Kaki ke Atasa Kepala ke Bawah.Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Sebab Kucing Makan Tikus. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Sebab Pungguk Berjaga Malam. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Siri Dongeng Klasik:
- 2002. Bertemu Harta. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Jengking Emas. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Mencari Kerbau. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Padi Emas. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Puteri Kaca Bertuang. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Umpan Belalang Rusa. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Siri Peribahasa:
- 2002. Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Bagai Aur dengan Tebing. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Bagai Murai Tercabut Ekor. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Layang-layang Putus Tali. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Seperti Kayu Bongkok. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2002. Setinggi-tinggi Terbang Bangau. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Siri Asal Usul Tempat:
- 2003. Gunung Kinabalu. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Kampung Aganalar. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Naga Kepala Tujuh. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Pembukaan Langkasuka. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Samudra. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Sungai Batu Pahat. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Siri Cerita Tokoh:
- 2003. Amir Hamzah Menawan Mekah. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Amir Hamzah Menawan Mesir. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Tun Lanang Berjasa. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Tun Perak yang Bijaksana. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. un Saleh Panglima Gagah. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Tun Umar yang Berani. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Siri Cerita Klasik:
- 2003. Burung Bayan Mencari Puteri. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Ditawan Karana Lalai. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Mencari Buah Delima Putih. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Puteri Mangkat Rakyat Berperang. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Raja Membeli Akal. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2003. Sang Rajuna Tapa Menjadi Batu. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Siri Cerita Rakyat Sabah/Sarawak:
- 2004. Bajau Orang Berjauhan. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2004. Gayaya dan Gararap. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2004. Kaling Seorang Pahlawan. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2004. Lenggai Bersemangat Tinggi. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2004. Srikandi Tani. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
- 2004. Tigel dan Oyung. Selangor: Maximseri Design Sdn. Bhd.
Kumpulan Siri Haiwan Bestari:
- 2005. Di Sebalik Kisah Si Beruang. Karisma Publications Sdn. Bhd.
- 2005. Gergasi dan Sahabat Kuda. Karisma Publications Sdn. Bhd.
- 2005. Harimau dan Gading Gajah. Karisma Publications Sdn. Bhd.
- 2005. Kijang Tua di Rimba. Karisma Publications Sdn. Bhd.
- 2005. engajaran Buat Itik. Karisma Publications Sdn. Bhd.
- 2005. Pengembaraan di Negeri Belang. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Drama:
- 1997. Mahkota Pusaka. Kuala Lumpur: PENA.
Novel:
- 1991. Camar Putih di Awan Biru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1995. Permaisuri. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
- 1966. Siti Zubaidah (Klasik). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- 2008. Apabila Hidup Menjadi Lembah Kesusahan. Kuala Lumpur: Perunding Kreatif Strategi.
- 2009. Harimau Oh Harimau. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Novel Remaja:
- 1984. Sal dan Munah. Selangor: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
- 1990. Norisa Sesat di Hutan. Kuala Lumpur: Progressive Products Supply.
- 1992. Nilai Nyawa Sejuta. Selangor: Lima Enterprise.
A. Kadir Adabi
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Kadir bin Ahmad.
- Beliau juga dikenali dengan pelbagai nama samaran seperti Adabi, Akba, Aki, Al-Mansur Adabi, Abna Adabi, Abu Mansur Kelantan, dan Wook bt. Abdullah.
- Beliau dilahirkan pada 17 Ogos 1901 di Kampung Raja Dewa, Kota Bharu, Kelantan.
- Beliau menerima pendidikan awal secara tidak formal daripada ayahnya sendiri dan kemudiannya menuntut ilmu dengan seorang ulama, Syeikh Daud Atas Banggul.
- Dari tahun 1917 hingga tahun 1920, beliau mengikuti pendidikan formal di Madrasah Muhammadiah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Kelantan selama tiga tahun.
- Beliau mendapat asuhan khusus dalam bidang karang-mengarang dan terjemahan di bawah bimbingan Haji Mohammad bin Haji Mohammad Said.
- Beliau turut menimba pengalaman dalam bidang pentadbiran dan kewangan melalui tugas sebagai bendahari diraja kepada YTM Tengku Seri Indera Mahkota Kelantan pada masa mudanya.
- Beliau meninggal dunia pada 24 Februari 1944.
KERJAYA
- Bendahari Diraja kepada YTM Tengku Seri Indera Mahkota Kelantan.
- Penulis petisyen.
- Pengarang Majalah Putera yang diterbitkan oleh Kelab Putera bermula pada tahun 1929.
- Pengarang Majalah Kencana bermula pada tahun 1930.
- Penolong pengarang bagi majalah Al-Hikmah pada tahun 1932.
- Pengarang Akhbar Matahari di Singapura semasa zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1943.
- Penerbit Majalah Berita Malai di Singapura bagi akhbar Matahari.
- Sidang pengarang bagi majalah GATRA (Persatuan Penulis Kedah) pada tahun 1967, 1968, dan 1970.
- Penolong pengarang bagi majalah Al-Hikmah pada tahun 1932.
- Penerbit Cahaya Timur bersama Ibrahim Fikri dan Misbaha yang menumpukan kepada penerbitan bahan bacaan berkualiti di Terengganu.
PENULISAN DAN KARYA
- Kadir Adabi merupakan seorang pemikir dan penulis yang sangat prolifik sebelum Perang Dunia Kedua, dengan penghasilan beratus-ratus buah rencana yang menyentuh persoalan bahasa, pendidikan, politik, agama, dan sosioekonomi.
- Beliau mula mengubah haluan penulisan daripada rencana umum kepada novel pada tahun 1930-an untuk menyatakan perjuangan kebangsaan secara simbolik, khususnya dalam menentang penjajah dan mengkritik kepincangan sosial masyarakat Melayu.
- Tulisan-tulisan beliau terkenal kerana sifatnya yang terlalu kritis dan berani terhadap golongan bangsawan Melayu serta isu-isu sensitif, sehingga pernah menyebabkan permit surat kebenaran menulis beliau ditarik balik oleh pihak pemerintah.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO).
- Ahli Jawatankuasa Kesatuan Melayu Semenanjung (KMS).
- Pengasas Kelab Setiawan Belia penerbitan buku pengetahuan dan mengadakan kutub-khanah (perpustakaan).
- Pengasas Kelab Putera bagi penerbitan majalah Putera pada tahun 1929.
- Sidang pengarang bagi majalah GATRA (Persatuan Penulis Kedah) pada tahun 1967, 1968, dan 1970.
- Penolong pengarang bagi majalah Al-Hikmah pada tahun 1932.
- Penerbit Cahaya Timur bersama Ibrahim Fikri dan Misbaha yang menumpukan kepada penerbitan bahan bacaan berkualiti di Terengganu.
- Pemaju Gagasan Penubuhan Universiti di Tanah Melayu pada tahun 1923.
KARYA
Novel
- 1937. Acuman Mahkota. (Diterbitkan semula pada 1986). Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
- 1939. Sebelas Rejab. (Diterbitkan semula pada 1980). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Latiff Mohidin (S.E.A. Write)
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin.
- Dilahirkan pada 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan.
- Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV.
- Beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura.
- Pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959.
- Pada tahun 1960, beliau menyambung pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan dibiayai oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman.
- Pada tahun 1969, beliau mengikuti kursus seni goresan di Ateliar La Courriee, Paris dan kemudian meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.
KERJAYA
- Felow Kreatif dan Seniman Tamu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (1977-1979).
- Felow Kreatif di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi (1980).
PENULISAN DAN KARYA
- Latif mula mengadakan pameran perseorangan pada usia 11 tahun dengan mempamerkan sebanyak 60 buah karya lukisannya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1951).
- Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri.
- Pada tahun 1960-an, inilah Latiff mula menghasilkan beberapa buah puisi, termasuk sebuah puisi yang terkenal, iaitu “Sungai Mekong” yang kemudian menjadi judul kumpulan puisinya yang pertama.
- Latiff ialah penulis yang tumbuh dengan pendidikan moden yang liberal dan oleh sebab beliau ialah pelukis dan penyair yang paling banyak mengembara di Eropah dan Asia, maka Latiff berkesempatan pula berkenalan dengan tradisi dan sastera dunia yang beragam.
- Beliau mula terlibat dalam bidang kepenyairan sejak awal tahun 1963 dan terus aktif berpuisi sambil mengembara pada tahun 60-an dan 70-an. Puisi beliau yang kaya dengan pelbagai imejan, metafora, serta ungkapan ringkas yang segar telah membawa nafas baharu dalam perkembangan puisi di Malaysia. Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman peribadi penyair sendiri. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya.
- Dalam bidang seni lukis pula, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri lukisannya seperti “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, Latiff diiktiraf sebagai antara pelukis penting di negara ini. Beliau telah mengadakan 30 pameran perseorangan di Asia dan di Eropah.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Ahli Persatuan Pelukis-pelukis Malaya (PPMM) yang ditubuhkan pada tahun 1948.
- Latiff pernah menjadi pemimpin tidak rasmi sekumpulan anak muda yang berbakat seni, yakni kumpulan “Anak Alam” di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Hadiah Karya Sastera Malaysia.
- Anugerah Puisi Putra I anjuran Bank Bumiputra dari GAPENA.
- Penerima S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand (1986).
KARYA
| Puisi | |
| 1. | 1972. Sungai Mekong. Kuala Lumpur: Jalan Bukit Bintang. |
| 2. | 1974. Kembara Malam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 3. | 1977. Wayang Pak Dalang. Kuala Lumpur: Sistem Intermedia. |
| 4. | 1979. Serpihan dari Pedalaman. Kuala Lumpur: Sistem Intermedia. |
| 5. | 1981. Pesisir Waktu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 1988. Garis: Dari Titik ke Titik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 7. | 1992. Rawa-rawa. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn. Bhd. |
| 8. | 1996. Dinihari: Sajak-sajak. Kajang: Makruf Publisher & Distributors. |
| 9. | 2007. Latiff Mohidin: Syair-syair Lengkap. Kuala Lumpur: PETRONAS. |
| Terjemahan | |
| 1. | 1981. Bantal Impian/Yukio Mishima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 2. | 1986. Gitanjali/Rabindrananth Tagore. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| Autobiografi | |
| 2010. Catatan Latiff Mohidin. Petaling Jaya: Maya Press. | |
A. Rashid Ngah
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Rashid bin Ngah.
- Beliau juga dikenali dengan nama samaran Rosbiwo.
- Beliau dilahirkan pada 16 September 1937 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.
- Dari tahun 1947 hingga tahun 1952, beliau menerima pendidikan asas di sekolah-sekolah Melayu di kampung kelahirannya sehingga lulus darjah lima.
- Dari tahun 1953 hingga tahun 1956, beliau terpilih untuk melanjutkan latihan perguruan di Maktab Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim.
- Pada tahun 1957, beliau mengikuti kursus khas di Maktab Perguruan Bahasa (MPB), Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Pada tahun 1967, beliau berjaya lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) melalui pengajian secara sendirian.
- Dari tahun 1967 hingga tahun 1970, beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.A. Hons).
KERJAYA
- Guru pelatih di sekolah di Kuala Terengganu Utara dari tahun 1952 hingga tahun 1953.
- Guru di Sekolah Melayu Bukit Tunggal setelah tamat pengajian di Maktab Sultan Idris (SITC) pada tahun 1956.
- Guru di Kemaman, Terengganu selepas mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa pada tahun 1958.
- Guru besar di Sekolah Menengah Seberang Takir, Kuala Terengganu selama satu tahun (1970).
- Ketua Pengarang urusan di Terengganu Garam Sendirian Berhad bermula Julai 1973.
PENULISAN DAN KARYA
- Karya pertama A. Rashid Ngah melalui novel sulungnya, Di Bawah Alunan Ombak (1961), yang diulang cetak lebih daripada 12 kali dan dijadikan buku teks sastera untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama beberapa tahun.
- Karya-karya beliau banyak merakamkan kehidupan masyarakat nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan menyuntik semangat patriotisme seperti yang digambarkan dalam novel Di Bawah Alunan Ombak.
- Beliau juga aktif menghasilkan cerpen yang membicarakan nasib golongan bawahan seperti buruh dan nelayan yang bergaji rendah sebagai bentuk dokumentasi sosial masyarakat pada zamannya.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Pengasas Persatuan Sasterawan Muda Terengganu (PELITA).
- Ketua Dua GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional) pada tahun 1975.
- Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu Utara.
- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Utara.
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bermula pada tahun 1978.
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama lima penggal berturut-turut bermula dari tahun 1973 hingga 1986.
- Beliau sering terlibat dalam kempen politik dan sastera, termasuk memberi bantuan kepada calon Barisan Nasional serta memperjuangkan nasib golongan nelayan melalui penulisan.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Bintang Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) (1983).
KARYA
Cerpen
- 1981. Pelita Sebuah, Pulau Pinang. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
Novel
- 1961. Di Bawah Alunan Ombak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. S. Amin
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Adnan bin Haji Abdul Rahman.
- Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1929 di Pekan, Parit, Perak.
- Dari tahun 1936 hingga tahun 1938, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Putih, Ipoh sehingga darjah III.
- Pada tahun 1939, pendidikan beliau terpaksa tergendala seketika akibat faktor kemiskinan dan kematian bapanya.
- Dari tahun 1940 hingga 1941, beliau menyambung semula persekolahan di sekolah yang sama sehingga berjaya tamat darjah V.
- Pada tahun 1943, beliau mengikuti latihan teknikal di Sekolah Latihan Mekanik Tentera Laut Jepun di Syonan-To (Singapura) semasa zaman pendudukan Jepun.
- Sekitar tahun 1943, beliau mempelajari bahasa Jepun secara formal melalui latihan ketenteraan tersebut.
- Dari tahun 1947 hingga 1948, beliau mempelajari bahasa Inggeris di sekolah malam sewaktu menetap di Singapura.
KERJAYA
- Mekanik tentera laut Jepun di Syonan-To (Singapura) pada tahun 1943 hingga 1945.
- Tukang sukat tanah di sebuah lombong di Ipoh, Perak pada tahun 1945.
- Anggota askar Inggeris dalam pasukan RAOC dan menjalani latihan di Pulau Pinang pada tahun 1947 hingga 1948.
- Anggota Pasukan Polis Hutan Tanah Melayu di Ipoh pada tahun 1949.
- Pemandu bas di syarikat Singapore Traction Company pada tahun 1950 hingga 1952.
- Pemberita dan pengedar majalah di syarikat penerbitan Gelanggang Film milik P. Ramlee pada tahun 1955 hingga 1956.
- Pemangku pengurus penerbitan di syarikat penerbitan Gelanggang Film milik P. Ramlee pada tahun 1958.
- Penyunting Majalah Angkatan Baru di bawah syarikat Syarikat Franklin, Kuala Lumpur pada tahun 1964.
- Penyunting Akhbar Utusan Melayu pada tahun 1967 hingga 1972.
- Penyunting Akhbar Berita Harian pada tahun 1972 hingga 1984.
PENULISAN DAN KARYA
- Kepengarangan A.S. Amin dapat dilihat sebagai pelopor aliran “puisi kabur” dalam kesusasteraan Melayu moden dengan menghasilkan sebanyak 60 buah puisi sepanjang sembilan tahun.
- Penulisan beliau dikenali dengan penggunaan diksi yang padat, simbol-simbol konvesional atau universal, penuh perlambangan, dan sering menyentuh persoalan kemanusiaan yang mendalam.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Ahli Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) di Singapura pada tahun 1950-an.
- Penggerak aliran puisi kabur yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan gaya penulisan simbolik dan perlambangan dalam kesusasteraan Melayu moden.
- Sidang pengarang majalah Angkatan Baru di Kuala Lumpur pada tahun 1964.
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (PENA).
- Peserta aktif forum dan bengkel puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Pembimbing penulis muda melalui tugas beliau sebagai penyunting di akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian dengan memberikan ruang dan teguran membina kepada penyair baharu.
KARYA
Puisi
- 1965. Damai. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad
A. Samad Ahmad
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Samad bin Ahmad.
- Beliau dilahirkan pada 14 November 1913 di Bukit Raja, Kelang, Selangor.
- Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang).
- Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Anglo-Chinese School, Kelang.
- Pada tahun 1932, beliau menamatkan persekolahannya di peringkat Junior Cambridge di High School, Kelang.
- Selepas tamat sekolah, beliau tidak menyambung pendidikan formal sebaliknya menamatkan pelajaran di situ sahaja untuk mula bekerja.
KERJAYA
- Pemain muzik dalam sebuah pancaragam selepas meninggalkan bangku sekolah. (1936–1937).
- Pemberita dan penulis pelatih di bawah bimbingan Abdul Rahim Kajai di syarikat penerbitan Majlis.
- Wartawan sepenuh masa di syarikat penerbitan Majlis.
- Editor di New Klang Press.
- Penulis cerita panjang dalam akhbar Sahabat Bahagia pada tahun 1938.
- Juruhebah Melayu di Radio Kuala Lumpur sebelum waktu malam atas permintaan pihak Jepun (1942).
- Wartawan di Berita Malai di Singapura (1942).
- Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Jepun.
- Penterjemah dan Penulis di Pejabat Karang Mengarang, Dewan Bahasa dan Pustaka (1957).
- Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga beliau bersara pada Mei 1977.
PENULISAN DAN KARYA
- Samad Ahmad sangat meminati bidang sejarah tanah air dan dunia, di mana pengalaman hidupnya dalam arus pergolakan politik dan nasionalisme banyak membentuk kesedaran serta tumpuan karyanya.
- Bakat penulisan beliau diasah dan dipengaruhi oleh gaya penceritaan serta bimbingan tokoh wartawan terkemuka, Abdul Rahim Kajai, dan merupakan pengarang penting di akhbar Perubahan Baru dahulunya dikenali sebagai Majlis.
- Beliau telah memberikan sumbangan besar melalui usaha menyunting, menyusun semula, dan memberikan pengenalan kepada naskhah-naskhah sastera Melayu lama seperti Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan Hikayat Amir Hamzah.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Ahli Jawatankuasa Kesatuan Melayu Muda (KMM).
- Penggerak awal dunia kewartawanan Melayu melalui penglibatan aktif dalam akhbar Majlis, Warta Malaya, dan Berita Malai bersama tokoh-tokoh besar seperti Ishak Haji Muhammad dan Abdul Samad Ismail.
- Penyunting dan Pengurus Penerbitan di New Klang Press pada tahun 1930-an.
- Ahli jawatankuasa GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional).
- Beliau merupakan aktivis gerakan sastera dan kebudayaan yang sering menyertai perbincangan intelektual mengenai sejarah, bahasa, dan sastera Melayu di pelbagai peringkat.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Sastera (1980) oleh Universiti Malaya.
- Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Sastera (1985) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
- Anugerah Budaya Negeri Selangor (1985).
- Gelaran Pejuang Sastera (1978).
- Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (1964).
KARYA
Novel / Cerita Klasik
- 1936. Cinta Itu Bahaya atau Rohani Ariffin. Kelang: Dins Store.
- 1937. Setia Itu Jaya. Kelang: Dins Store.
- 1946. Dosaku. Kuala Lumpur: Abdul Samad Ahmad.
- 1950. Tak Melayu Hilang di Dunia. Kelang: Abdul Samad Ahmad.
- 1952. Batu Belah Batu Bertangkup. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan kelima, 1964).
- 1956. Nakhoda Tenggang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1963. Laksamana Tun Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1969. Dilanggar Todak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1970. Zaman Gerhana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian dan Penyelenggaraan Naskhah
- 1936. Pantun Bunga Rampai. Kelang: New Klang Press.
- 1957. Sejarah Kesusasteraan Melayu I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1958. Sejarah Kesusasteraan Melayu II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1958. Sejarah Kesusasteraan Melayu III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1979. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1987. Hikayat Amir Hamzah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Autobiografi / Umum
- 1937. Kenang-kenangan Selangor. Kelang: New Klang Press.
- 1966. Pesaka Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1981. Sejambak Kenangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1982. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1984. Peluru Petunang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 1985. Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terjemahan
- 1936. Riwayat Hidup Abraham Lincoln. Kelang: Abdul Samad Ahmad.
A. Samad Said
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Samad bin Mohamed Said.
- Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.
- Pada tahun 1940 hingga 1946, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
- Pada tahun 1956, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Victoria Institution sehingga memperoleh Sijil Senior Cambridge.
- Pada 16 Oktober 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris.
KERJAYA
- Kerani di Hospital Umum Singapura.
- Samad Said pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestaman.
- Samad Said juga pernah bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang.
- Pengarang Berita Harian, sekitar tahun 1960-an.
- Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau, pada tahun 1981.
- Ketua Pengembangan Sastera dalam kumpulan akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur.
PENULISAN DAN KARYA
- Samad Said seorang pengarang Melayu yang agak unik dan berindentiti serta kekuatannya adalah dalam kepengarangannya novel walaupun beliau juga seorang yang profilik dalam menghasilkan genre yang lain seperti drama dan kritikan sastera.
- Beliau turut menghasilkan karya bukan kreatif seperti esei, catatan, autobiografi, nota perjalanan, pengembaraan, bicara karya dan panduan penulisan. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka.
- Novel pertama beliau yang berjudul Gerhana yang memenangi hadiah penghargaan peraduan novel DBP 1958 kemudian ditukarkan dengan judul Salina yang diterbitkan pada tahun 1961. Menurut Profesor A. Teeuw, dan sesetengah sarjana novel ini disifatkan sebagai bertaraf antarabangsa.
- Novelnya, Sungai Mengalir Lesu menampilkan pengalaman langsung A. Samad Said dalam masyarakat yang menderita akibat perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri A. Samad Said yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi.
- A. Samad Said juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam karya Liar di Api. A. Samad Said antara penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Beliau pernah menjadi anggota ASAS ‘50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat”.
- Beliau sering diundang memenuhi majlis sastera demi membantu perkembangan sastera tanah air. Semasa muda, beliau merupakan seorang pengikut ASAS 50’, Gerakan Sastera Kepimpinan Ashraf dan Awam Lil Sarkam.
- Panel bagi Anugerah Sastera Negara pada 1979 dan Pertandingan Menulis Cerita Pendek Asiaweek pada tahun 1982.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Anugerah Pejuang Sastera (1976).
- Penerima S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand (1979).
- Anugerah Sastera Negara (1985).
- Anugerah ASEAN, (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darussalam (1993).
- Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk (1997).
- Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri dengan membawa gelaran Dato’ Seri (2017).
KARYA
| Novel | |
| 1. | 1961. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 2. | 1966. Bulan Tak Bermadu di Fateh Sikri. Melaka: Penerbitan Abbas Bandung. |
| 3. | 1967. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan. |
| 4. | 1978. Di Hadapan Pulau. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pendidikan. |
| 5. | 1979. Keledang. Kuala Lumpur: Mac Millan Publishers Ltd. |
| 6. | 1980. Adik Datang. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. |
| 7. | 1980. Langit Petang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 8. | 1985. Daerah Zeni. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. |
| 9. | 1992. Hujan Pagi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 10. | 1994. Cinta Fansuri. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. |
| Novel Remaja Kanak-kanak | |
| 1. | 1968. Bendera Merah di Atas Bukit. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 2. | 1968. Lima Kawan ke Rumah Rahsia. Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd. |
| 3. | 1969. Jangan Ikut Jalan Ini. Singapura: Pustaka Nasional. |
| 4. | 1969. Yang Berat Sama Dipikul. Singapura: Pustaka Nasional. |
| 5. | 1974. Mengejar Tetamu di Waktu Senja. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 6. | 1980. Antara Kabus ke Kabus. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 7. | 1980. Di Simpang Jalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 8. | 1980. Jalan Retak. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| Cerpen | |
| 1. | 1960. Liar di Api & Di Tepi Jalan. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 2. | 1962. Daun-daun Berguguran. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 3. | 1964. Debar Pertama. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 4. | 1966. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja? Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 5. | 2005. Dosa Pejuang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 2012. Tasik Syahdu & Cerpen-cerpen Lain. Batu Caves: PTS Pop Sdn. Bhd. |
| Puisi | |
| 1. | 1973. Benih Harapan. Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad. |
| 2. | 1975. Daun Semalu Pucuk Paku. Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa. |
| 3. | 1984. Benih Semalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka |
| 4. | 1988. Malaysia dalam Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 5. | 1990. Balada Hilang Peta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 1999. Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W dalam Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 7. | 2003. Suara dari Dinding Dewan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. |
| 8. | 2004. Dirgahayu Dr. Mahathir dan Kepada Pemimpin yang Itu. Subang Jaya: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| 9. | 2004. Rindu Ibu. Subang Jaya: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| 10. | 2005. Sebuah Antologi Puisi yang menghimpunkan Karya-karya Selama Lebih Setengah Abad. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. |
| Drama | |
| 1. | 1965. Di Mana Bulan Selalu Retak. Singapura: Malaysia Publications Ltd. |
| 2. | 1966. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 3. | 1986. Wira Bukit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 4. | 1992. Lazri Meon Daerah Zeni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 5. | 1996. Lantai T. Pinkie. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 2008. 68 Soneta Pohon Ginkgo. Kota Damansara: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| 7. | 2013. Di Atas Padang Sejarah. Subang Jaya: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| Esei/Kritikan | |
| 2. | 1981. Tangan yang Simpatik. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. |
| 3. | 1989. Antara Bulan dan Wira. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 4. | 2006. Ilham di Tepi Tasik. Kota Damansara: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| Autobiografi | |
| 1. | 1979. Dari Salina ke Langit Petang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 2. | 2006. Diari Kembara. Shah Alam: Marwilis Publisher Sdn. Bhd. |
| Umum | |
| 1. | 1965. Warkah kepada Salmi Manja. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 2. | 1989. Antara Bulan dan Wira. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 3. | 1991. Warkah Eropah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 4. | 1995. Koleksi Terpilih A. Samad Said. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
A. Samad Said
LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN
- Nama sebenar ialah Abdul Samad bin Mohamed Said.
- Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.
- Pada tahun 1940 hingga 1946, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
- Pada tahun 1956, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Victoria Institution sehingga memperoleh Sijil Senior Cambridge.
- Pada 16 Oktober 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris.
KERJAYA
- Kerani di Hospital Umum Singapura.
- Samad Said pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestaman.
- Samad Said juga pernah bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang.
- Pengarang Berita Harian, sekitar tahun 1960-an.
- Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau, pada tahun 1981.
- Ketua Pengembangan Sastera dalam kumpulan akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur.
PENULISAN DAN KARYA
- Samad Said seorang pengarang Melayu yang agak unik dan berindentiti serta kekuatannya adalah dalam kepengarangannya novel walaupun beliau juga seorang yang profilik dalam menghasilkan genre yang lain seperti drama dan kritikan sastera.
- Beliau turut menghasilkan karya bukan kreatif seperti esei, catatan, autobiografi, nota perjalanan, pengembaraan, bicara karya dan panduan penulisan. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka.
- Novel pertama beliau yang berjudul Gerhana yang memenangi hadiah penghargaan peraduan novel DBP 1958 kemudian ditukarkan dengan judul Salina yang diterbitkan pada tahun 1961. Menurut Profesor A. Teeuw, dan sesetengah sarjana novel ini disifatkan sebagai bertaraf antarabangsa.
- Novelnya, Sungai Mengalir Lesu menampilkan pengalaman langsung A. Samad Said dalam masyarakat yang menderita akibat perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri A. Samad Said yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi.
- A. Samad Said juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam karya Liar di Api. A. Samad Said antara penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas.
AKTIVITI SASTERA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Beliau pernah menjadi anggota ASAS ‘50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat”.
- Beliau sering diundang memenuhi majlis sastera demi membantu perkembangan sastera tanah air. Semasa muda, beliau merupakan seorang pengikut ASAS 50’, Gerakan Sastera Kepimpinan Ashraf dan Awam Lil Sarkam.
- Panel bagi Anugerah Sastera Negara pada 1979 dan Pertandingan Menulis Cerita Pendek Asiaweek pada tahun 1982.
HADIAH DAN ANUGERAH
- Anugerah Pejuang Sastera (1976).
- Penerima S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand (1979).
- Anugerah Sastera Negara (1985).
- Anugerah ASEAN, (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darussalam (1993).
- Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk (1997).
- Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri dengan membawa gelaran Dato’ Seri (2017).
KARYA
| Novel | |
| 1. | 1961. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 2. | 1966. Bulan Tak Bermadu di Fateh Sikri. Melaka: Penerbitan Abbas Bandung. |
| 3. | 1967. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan. |
| 4. | 1978. Di Hadapan Pulau. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pendidikan. |
| 5. | 1979. Keledang. Kuala Lumpur: Mac Millan Publishers Ltd. |
| 6. | 1980. Adik Datang. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. |
| 7. | 1980. Langit Petang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 8. | 1985. Daerah Zeni. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. |
| 9. | 1992. Hujan Pagi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 10. | 1994. Cinta Fansuri. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. |
| Novel Remaja Kanak-kanak | |
| 1. | 1968. Bendera Merah di Atas Bukit. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 2. | 1968. Lima Kawan ke Rumah Rahsia. Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd. |
| 3. | 1969. Jangan Ikut Jalan Ini. Singapura: Pustaka Nasional. |
| 4. | 1969. Yang Berat Sama Dipikul. Singapura: Pustaka Nasional. |
| 5. | 1974. Mengejar Tetamu di Waktu Senja. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 6. | 1980. Antara Kabus ke Kabus. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 7. | 1980. Di Simpang Jalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 8. | 1980. Jalan Retak. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| Cerpen | |
| 1. | 1960. Liar di Api & Di Tepi Jalan. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 2. | 1962. Daun-daun Berguguran. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 3. | 1964. Debar Pertama. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 4. | 1966. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja? Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 5. | 2005. Dosa Pejuang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 2012. Tasik Syahdu & Cerpen-cerpen Lain. Batu Caves: PTS Pop Sdn. Bhd. |
| Puisi | |
| 1. | 1973. Benih Harapan. Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad. |
| 2. | 1975. Daun Semalu Pucuk Paku. Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa. |
| 3. | 1984. Benih Semalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka |
| 4. | 1988. Malaysia dalam Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 5. | 1990. Balada Hilang Peta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 1999. Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W dalam Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 7. | 2003. Suara dari Dinding Dewan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. |
| 8. | 2004. Dirgahayu Dr. Mahathir dan Kepada Pemimpin yang Itu. Subang Jaya: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| 9. | 2004. Rindu Ibu. Subang Jaya: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| 10. | 2005. Sebuah Antologi Puisi yang menghimpunkan Karya-karya Selama Lebih Setengah Abad. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. |
| Drama | |
| 1. | 1965. Di Mana Bulan Selalu Retak. Singapura: Malaysia Publications Ltd. |
| 2. | 1966. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. |
| 3. | 1986. Wira Bukit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 4. | 1992. Lazri Meon Daerah Zeni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 5. | 1996. Lantai T. Pinkie. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 6. | 2008. 68 Soneta Pohon Ginkgo. Kota Damansara: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| 7. | 2013. Di Atas Padang Sejarah. Subang Jaya: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| Esei/Kritikan | |
| 1. | 1963. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 2. | 1981. Tangan yang Simpatik. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. |
| 3. | 1989. Antara Bulan dan Wira. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 4. | 2006. Ilham di Tepi Tasik. Kota Damansara: Wira Bukit Sdn. Bhd. |
| Autobiografi | |
| 1. | 1979. Dari Salina ke Langit Petang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 2. | 2006. Diari Kembara. Shah Alam: Marwilis Publisher Sdn. Bhd. |
| Umum | |
| 1. | 1965. Warkah kepada Salmi Manja. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. |
| 2. | 1989. Antara Bulan dan Wira. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 3. | 1991. Warkah Eropah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
| 4. | 1995. Koleksi Terpilih A. Samad Said. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
