Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

FAKRUERUAN BIN MOHD RAZI

Total Views: 22

MAKLUM BALAS

Gelaran

  • Prof. Emeritus Dato’ Dr.

Latar belakang

  • Dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah

Pendidikan

  • Pendidikan awal dan menengah: Kuala Lumpur dan Kedah
  • Pengajian tinggi: Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (Sastera Indonesia) dari Universitas Indonesia
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam Linguistik Am dari University of London (1969), wanita Melayu pertamamenerima pencapaian ini

Kerjaya dan Sumbangan

  • Berkhidmat di Universiti Malaya (UM) sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu sejak tahun 1963, dan empat tahun di UPSI.
  • Penolong Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu UM (1963)
  • Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu UM (1966)
  • Pengarah Pusat Bahasa UM (kemudiannya menjadi Fakulti Bahasa dan Linguistik) dari 1972–1995 dan Profesor Madya UM (1972)
  • Profesor dalam Kerusi Linguistik Melayu (1976)
  • Pensyarah Jemputan Pusat Pembinaan Bahasa dan Perkembangan Bahasa, Jakarta, Indonesia (1977)
  • Pensyarah Jemputan Institute of Linguistics, University of Hawaii(Julai 1977)
  • Presiden Pengasas Persatuan Linguistik Malaysia (1977 - 1979)
  • Profesor Pelawat Center for Southeast Asian Languages and Cultures Mahidol University, Bangkok(Mei 1978 dan Mei 1979)
  • Profesor Pelawat University of Qatar(Mac 1979 - April 1979)
  • Timbalan Naib Canselor (perjawatan), UM (1983)
  • Ahli Jawatankuasa Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (1980-1986)
  • Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pekerja) UM (1983–1986)
  • Profesor Pelawat Fulbrightuntuk rancangan SEASSI, Northern Illinois University, Amerika Syarikat (2 Jun 1987 - 23 Ogos 1987)
  • Profesor Linguistik Melayu, UM (1976 -2000)
  • Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM (1995-2000)
  • Presiden Pengasas Persatuan Bahasa Moden Malaysia (1986 - 1994; 2002 hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia (1972 - kini)
  • Ahli Lembaga Pengelola DBP
  • Selepas persaraan, dilantik sebagai Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan menubuhkan Institut Tamadun Melayu di UPSI (2001–2005)
  • Sumbangan pada peringkat institusi dan negara:
    • Wanita Melayu pertamayang mendapat Ijazah Doktor Falsafah.
    • Banyak menjalankan kajian mengenai bahasa peribumi di Sabah dan di Sarawak, dan juga bahasa-bahasa Orang Asli

Bidang kepakaran

  • Tokoh linguistik terkemuka Malaysia yang banyak berjasa dalam pembangunan bahasa Melayu dan mengetuai banyak usaha perancangan bahasadan memperjuangkan martabat bahasa Melayu pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Hasil penyelidikan/karya

  • Menghasilkan lebih daripada 45 buah buku akademik berkenaan linguistik
  • Tatabahasa Melayuseperti MorfologiSintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1968), Nahu Melayu Mutakhir (1980), Nahu Kemas Kini (2008)
  • Kajian linguistik dan perancangan bahasa sepertiLanguage and Society in Malaysia (1982), Susur Galur Bahasa Melayu (1985), Bahasa Melayu di Samudera (2006) dan lain-lain
  • Kajian bahasa peribumi, antaranyatermasuklah analisis bahasa Kentakbong (Baling), Mah Meri (Sepang) serta beberapa bahasa suku kaum di Sabah dan di Sarawak
  • Penerbitan seperti The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description(tesis PhD 1969; diterbitkan DBP 1981) dan The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages
  • Menyumbang kepada penggubalan sistem ejaan, kamus istilah dan standardisasi bahasa melalui jawatan dalam JKTBM, MBIM/MABBIM
  • Menulis dan menyunting Ensiklopedia Bahasa Melayuyang merangkumi sejarah, variasi, ejaan, fonologi, morfologi, sintaksis, ragam dan etimologi
  • Menterjemahkan kamus Bahasa Inggeris, Oxford Advanced Learners Dictionarydan Choose Life (kumpulan wacana Arnold Toynbee dan Daisaku Ikeda) dan beberapa karya Daisaku Ikeda serta cerita-cerita rakyat Jerman ke dalam bahasa Melayu
  • Penyumbang rencana akademik dalam penerbitan tempatan dan antarabangsa
  • Editor Undangan International Journal of the Sociology of Language
  • Ahli sidang editorial beberapa jurnal linguistik antarabangsa
  • Menjalankan penyelidikan, antaranya termasuklah University of Malaya English for Special Purpose Project(yang menghasilkan siri buku pengajaran bahasa Inggeris, diterbitkan oleh Thomas Nelson Inc.), CICHE ELT 308 Academic Writing and Teaching Package Project, University of Malaya Spoken English Project (UMSEP) dari tahun 1980 hingga 1983, dan projek Culturally Conditioned Models of Conflict and Conflict Resolution, Malaysia-Sweden (University of Goteborg) dari tahun 1989 hingga tahun 1994.
  • Hasil kajian terbaharu beliau adalah mengenai bahasa yang digunakan dalam koleksi surat-menyurat Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah dari tahun 1882-1905 Masihiyang menggambarkan siasah pengurusan Sultan Abdul Hamid ketika Kedah masih di bawah jajahan kerajaan Siam. Kandungan surat-surat tersebut diolah dari sudut masyarakat dan penggunaan bahasa dalam pengurusan negeri Kedah dan juga dalam hubungan Kedah dengan Siam dan negeri-negeri Melayu yang lain.

 

Anugerah dan pengiktirafan

  • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) – 1973
  • Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) – 1979
  • Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato’ – 1983
  • Anugerah ASANAL – 1979
  • 'Orde Des Palmas Academique Perancis' – 1989
  • GRATA HOME NAGEM Institute Portugese Do Oriente, Macau – 1990
  • Boss of the Yeardari Persatuan Setiausaha Malaysia Sesi 1992/1993
  • Piagam Penghargaan MABBIM Indonesia 1993
  • Sijil Penghargaan Menteri Pendidikan Malaysia kerana mengembangkan MABIM dan MABBIM – 1995
  • Anugerah Bahasa Raja Nazrin Shah Yang Pertama dari Persatuan Bahasa Moden Malaysia – 1996
  • Anugerah Women of the Year1998 dari American Biographical Institute
  • Anugerah 20thCAA Silver Medal of Honor dari International Biographical Center – 1999
  • Gelaran Profesor Emeritus oleh UM – 2000
  • Anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa 2001 dari DBP
  • Anugerah Tokoh MABBIM 2003
  • Doktor Persuratan Kehormat(D.Litt) oleh UKM – 2006
  • Anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa Kebangsaan 2010 dari Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Tokoh Akademik Negara 2011 oleh Anugerah Akademik Negara
  • Pada 31 Ogos 2012, sewaktu Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil, beliau telah diberi Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Zamanoleh kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan beliau kepada negara.
  • Sanjungan Adiwangsa Bahasa Melayu dalam Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada 9 Oktober 2025
Skip to content