Koleksi tokoh adalah koleksi buku, majalah, skrip dan bahan bukan bercetak seperti piring hitam yang pernah dimiliki oleh beberapa orang tokoh terkenal dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu di Malaysia.
Koleksi ini diamanahkan oleh tokoh-tokoh tersebut untuk didokumentasikan oleh PDM dan menjadi rujukan dan kajian kepada para pengguna PDM bagi mengetahui kecenderongan seseorang tokoh dalam sesuatu bidang, dan jenis sumber yang menjadi rujukan kepada tokoh-tokoh tersebut untuk berkarya.
Antara koleksi yang terdapat di PDM ialah Asraf, Nik Safiah Karim, Awang Sariyan, Muhammad Haji Salleh, Othman Khamis (Nelawati Kedah), Rejab F.I., Othman Haji Zainuddin, Abdullah Hassan dan beberapa orang tokoh lain.
Manuskrip Melayu warisan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya, dan lambang merupakan peradaban bangsa yang perlu dipulihara untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan generasi alaf baru.
Menyedari hakikat ini, PDM telah mengumpulkan 343 judul manuskrip Melayu. Koleksi  manuskrip Melayu ini merupakan koleksi manuskrip tulisan tangan huruf Jawi, Rumi, Sanskrit, Bugis, Rencong, Palava atau bentuk tulisan lama. Manuskrip ini bukan sahaja ditulis di atas kertas, malah ada juga di atas kepingan buluh, daun lontar dan beberapa media lain.
Katalog manuskrip terbitan PDM memuatkan 182 entri manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu, iaitu bidang pengajian bahasa Melayu,Â
biografi, agama Islam, kepercayaan, kesusasteraan rakyat, dalam bentuk syair, hikayat, gurindam, perubatan tradisional Melayu, Quran (30 juzuk) dan tafsirannya, sejarah, undang-undang, dan subjek-subjek umum yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Setiap entri yang terakam diberi butiran secara terperinci dan sistematik supaya para penyelidik dapat menggunakannya dengan lebih berkesan.
Koleksi litograf yang ada dalam simpanan kebanyakannya dalam tulisan jawi, yang diterbitkan dalam tahun-tahun sebelum 1950-an, oleh Jawi Press, Mission Press, Sulaiman Marie dan orang perseorangan.
Sejumlah besar koleksi litograf ini terdiri daripada syair dan hikayat seperti Syair Cendawan Putih, Hikayat Amir Hamzah dan beberapa lagi. Setakat ini terdapat lebih daripada 45 judul (93 naskhah) bahan litograf yang tersimpan. Bahan-bahan tersebut diperoleh melalui pembelian dan hadiah.
Sebahagian daripada koleksi ini ada dalam bentuk mikrofilem (35 mm) dan mikrofis (16 mm). Setiap permohonan salinan mikrofilem daripada institusi-institusi lain akan dikenakan bayaran mengikut kadar bayaran yang telah ditetapkan.
Koleksi Pita Rill (Audio) 1/4 inci adalah antara koleksi yang paling unik, bukan kerana bentuk fizikal, tetapi dari segi isi kandungannya. Ia merupakan koleksi rakaman audio sastera lisan yang diceritakn semula oleh penglipur lara sejak tahun 1960-an.
Pusat Dokumentasi Melayu menyimpan sebanyak 301 judul pita ril dan 180 judul adalah koleksi rakaman ceita rakyat yang telah dirakam sejak tahun 160 hingga 1971. Rakaman pita ril turut memuatkan rakaman berbentuk temubual bersama-sama tokohseperti Hamka, Usman Awang dan lain-lain.
Sebanyak 100 judul pita ril telah dipindah ke dalam format digital bagi kemudahan akses dan proses mentranskripsi bahan tersebut ke dalam bentuk teks. Antara judul yang menarik dan terkenal ialah Raja Dondang, Selampit, Burung Bayan, Raja Bersiong, Mahsuri, Awang Belanga, Si Malim Deman, Gul Bakawali dan Selindung Bulan.
Koleksi tesis, disertasi, dan latihan ilmiah yang dihasilkan oleh staf DBP khususnya atau diperoleh melalui pembelian atau hadiah. Kebanyakan koleksi ini meliputi bidang bahasa, kesusasteraan dan penerbitan.
Koleksi tesis / disertasi ini ditempatkan di tingkat 4, koleksi ini dikatalog sebagai koleksi rujukan dan untuk rujukan pengguna secara dalaman sahaja.
Buku-buku cenderamata, risalah dan brosur bagi sesuatu majlis rasmi sama ada anjuran DBP mahupun institusi luar yang berkaitan bahasa, sastera dan penerbitan.
Contohnya brosur-brosur seminar, bangkel, kursus, pelancaran buku, teater dan sebaginya. Bahan dikatalog sebagai koleksi rujukan, dan ia boleh didapati melalui rujukan sahaja.
Koleksi kalendar DBP dari awal terbitan sehingga kini.
Koleksi poster terbitan DBP yang berkaitan tentang bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu. Contohnya poster kempen bahasa, drama, seminar, pameran dan sebagainya.
Pusat Dokumentasi Melayu
Aras 3, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : 03-2147 9659Â
Faks : 03-2147 9626
E-mel : khidmat1@dbp.gov.my
| HARI | MASA |
| Isnin – Khamis | 8.30 pagi – 4.30 petang |
| Jumaat | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang |
| Cookie | Duration | Description |
|---|---|---|
| cookielawinfo-checkbox-analytics | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics". |
| cookielawinfo-checkbox-functional | 11 months | The cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional". |
| cookielawinfo-checkbox-necessary | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary". |
| cookielawinfo-checkbox-others | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other. |
| cookielawinfo-checkbox-performance | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance". |
| viewed_cookie_policy | 11 months | The cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data. |